Thursday, October 27, 2011

1] MENGAPA SHIA TIDAK BERPEGANG KEPADA MADHAB MAJORITI [RAMAI]?? 2] PERLUNYA PADA PERPADUAN 3] PERPADUAN DICAPAI HANYA DENGAN MENGIKUTI MADHAB MAJORITI

1] MENGAPA SHIA TIDAK BERPEGANG KEPADA MADHAB MAJORITI [RAMAI]??
2] PERLUNYA PADA PERPADUAN
3] PERPADUAN DICAPAI HANYA DENGAN MENGIKUTI MADHAB MAJORITI

Thul Qi’da 7, 1329 H..

1] Saya tanyakan kepada kamu sekarang, apakah sebabnya kamu [shia] tidak mengikuti madhab majoriti kaum Muslim, maksud saya golongan al-Ash’ari, di dalam menentukan prinsip-prinsip keagamaan dan madhab yang empat di dalam cabang-cabangnya. Ummah Muslim semua bersetuju untuk patuh kepadanya di setiap masa dan ketika, manusia sebulat suara menyatakan betapa adilnya pengasas-pengasas tersebut dan juga ijtihad mereka, beramanah, wara’, zuhud, benar, bermoral yang baik, dan berkedudukan tinggi di dalam pengetahuan dan juga amalan.

2] Betapa besarnya keperluan kita hari ini kepada perpaduan dan persamaan! Ini boleh dicapai melalui kamu, dengan mengikuti golongan-golongan ini sebagaimana yang dipersetujui oleh Muslim secara umum, terutama apabila musuh agama kita telah membuat keputusan untuk menghancurkan kita dengan segala daya yang mungkin. Mereka telah memusatkan fikiran dan hati mereka terhadap matlamat tersebut, sedangkan Muslim masih lagi lena, seolah-olah Muslim masih terus dibuai mimpi, membantu musuh supaya dapat menghancurkan diri mereka sendiri, dengan membiarkan diri dipecah belahkan kedalam kumpulan-kumpulan serta mengoncangkan perpaduan kepada berpuak-puak di dalam kefanatikan, meninggalkan diri mereka terbahagi, berpecah, yang membawa setiap orang kepada kesesatan, tidak berkommunikasi sesama sendiri; makanya, kita semua menjadi mangsa serigala, sedang anjing terus memamah daging kita.

3] Adakah kamu melihat yang lain dari apa yang kami telah katakan disini, semoga Allah membimbing langkah kamu pada menyatukan barisan kita? Katakanlah kepada saya, kerana kamu akan di dengari apabila berkata-kata dan dipatuhi apabila memerintah, dan keamanan kepada kamu.

Yang ikhlas,
‘S’


   SURAT 4

1]  PERUNDANGAN AGAMA MEMBUKTIKAN WAJIB MENGIKUTI GOLONGAN AHLUL BAYT.
2] TIDAK TERDAPAT BUKTI YANG MEWAJIBKAN MENGIKUTI GOLONGAN MAJORITI
3] GENERASI DARI TIGA ABAD PERTAMA TIDAK PERNAH MENGETAHUI GOLONGAN INI
4] KEMUNGKINAN PADA IJTIHAD
5] PERPADUAN BOLEH DICAPAI DENGAN MENGHORMATI GOLONGAN AHLUL BAYT

Thul Qi’da 8, 1329 H.

1] Kami mengikuti, di dalam prinsip keagamaan, pada golongan yang lain dari al-Ash’ari, dan ikutan kami di dalam cabang-cabang Islam, pada yang lain dari madhab yang empat tersebut, bukanlah disebabkan oleh perkauman mahu pun kefanatikan, dan tidak juga disebabkan dari keraguan terhadap ijtihad oleh para-para Imam madhab tersebut, atau terhadap kepintaran mereka, kejujuran, berkepercayaan atau tingginya pengetahuan dan juga amalan mereka.

Bahkan dari pembuktian agama telah mewajibkan keatas kita pada mengikuti golongan para Imam dari Ahli keluarga Nabi; tempat turunnya pengkhabaran, tempat dimana para Malaikat berkunjung, tempat sampainya wahyu dan ilham. Maka kami senantiasa merujuk kepada mereka di dalam semua perkara untuk memahami cabang-cabang agama dan juga doktorinnya, di dalam segala asas dan dasar fiqh, di dalam pengetahuan etnik, tata susila, dan juga kesopanan. Kami telah melakukan semua ini dengan menuruti penilaian maklumat dan bukti, yang menyuruh mengikuti Sunnah ketua para Nabi dan Rasul [sawas].

Jika bukti-bukti itu membolehkan kami berbeza dengan Para-para Imam keturunan Muhammad [as], atau jika kita boleh mencapai kedekatan dengan Allah awj dengan mengikuti golongan yang lain, maka kami telah mengikuti jejak langkah manusia umum; demi memperkukuhkan persahabatan dan memperkuatkan ikatan persaudaraan. Tetapi sebaliknya bukti yang nyata melarang mukmin dari condong pada mengikuti pilihan mereka sendiri

2] Bahkan pihak majoriti tidak dapat membuktikan bahawa golongan mereka lebih utama dari yang lainnya, jauh sekali dari menjadikan ianya wajib untuk diikuti. Kami telah melihat kedalam isi kandungan buku-buku Islam secara teliti dengan mata yang tajam menghalusi, tetapi kami tidak menemui sebarang pembuktian terhadap hujah kamu melainkan dari apa yang kamu telah sebutkan terhadap ijtihad, berkepercayaan, adil dan tingginya kedudukan mereka.

Walau bagaimanapun kamu tentu sedia maklum bahawa berijtihad, berkepercayaan, adil dan tingginya kedudukan bukanlah hak monopoli untuk mereka-mereka sahaja; dari itu, jika kedudukan perkara itu adalah yang sedemikian rupa, bolehkah madhab mereka menjadi wajib, hanya dengan kamu yang mengatakannya?

Saya tidak fikir ada sesiapa yang berani mengatakan bahawa pengetahuan dan amalan mereka melebihi dari para-para Imam kami, iaitu keturunan yang disucikan, bahtera penyelamat ummah, pintu pengampunan, keselamatan dari kesesatan di dalam beragama, lambang bagi petunjuk, itulah dia keturunan Rasul Allah [as] dan peninggalan Baginda [sawas] untuk ummahnya. Baginda [sawas] berkata: ‘Janganlah mendahului mereka pasti kamu akan binasa dan janganlah kamu ketinggalan kerana pasti kamu akan binasa. Janganlah mengajari mereka, kerana mereka lebih mengetahui dari kamu.’ Tetapi inilah hasilnya dari akibat kekuasaan politik pada permulaan Islam

Saya sungguh hairan dengan tuntutan kamu yang mengatakan bahawa generasi terdahulu mengikuti madhab tersebut, setelah mendapatinya yang paling adil dan madhab yang terbaik, dan manusia bersetuju untuk mengikutinya pada setiap masa dan ketika. Kamu katakan begitu seolah-olah kamu tidak mengetahui bahawa mereka yang terdahulu, generasi awal yang terbaik adalah pengikut keturunan Muhammad, dan secara lisan boleh dikatakan separuh dari jumlah penduduk Islam, dan mereka adalah pengikut para Imam dari keturunan Muhammad [sawas]. Mereka tidak mengadakan untuknya sebarang pengganti, dan begitulah semenjak dari hidupnya Ali dan Fatimah [as], sedangkan al-Ash’ari dan para Imam dari keempat madhab dan bahkan bapa-bapa mereka belumpun wujud lagi, sebagaimana yang kamu telah sedia mengetahui.

3] Generasi dari tiga abad pertama tidak pernah mengikuti golongan tersebut sama sekali. Dimanakah madhab-madhab tersebut semasa tiga generasi itu, iaitu generasi yang terbaik pernah wujud? Al-Ash’ari dilahirkan pada 270 H dan mati dalam tahun 320 H. Ibn Hanbal dilahirkan pada 164 H dan mati pada 241 H. Al-Shafi’I dilahirkan pada 150 H dan mati pada 204 H. Malik dilahirkan pada 95 H [1] dan mati pada 179 H. Abu Hanifah dilahirkan pada 80 H dan mati pada 150 H. Shii mengikuti golongan para Imam dari Ahlul Bayt Nabi, dan ahli rumah lebih mengetahui apa yang ada di dalam rumah mereka. Yang bukan shii [diketika itu] mengikuti para sahabat dan tabi’in yang terpelajar, dari itu apa yang membuatkan ‘WAJIB’ diatas semua Muslim, setelah tiga abad berlalu, untuk mengikuti madhab-madhab ini, selain daripada mengikuti salah satu dari yang diikuti oleh mereka yang terdahulu? 

Apakah yang membuat manusia mengalihkan tumpuannya dari ahli-ahli yang tiada taranya pada kitab Allah dan dari para sahabatnya, keturunan Rasul Allah dan orang kepercayaannya, bahtera keselamatan ummah, pemimpin, penyelamat dan pintu keampunan?

4] Apakah yang menyebabkan pintu ijtihad ditutup dimuka kaum Muslim, setelah ianya terbuka luas semasa dipermulaan tiga abad; selain dari untuk beralih kepada keengganan, bersenang-senang, bermalas-malas, begitu juga pada penerimaan terhadap rampasan hak dan merasa puas dengan kejahilan?

Siapa yang boleh membuatkan dirinya, secara sedar atau tidak sedar, mengatakan bahawa Allah awj, tidak pernah mengirimkan Nabi atau RasulNya yang terbaik, dengan agama dan kod etika yang terbaik, dan tidak juga Dia mewahyukan kepadanya Kitab dan Peringatan yang terbaik, perundangan dan doktorin, dan tidak juga Dia mencukupkan agama ini untuknya dan menyempurnakan Rahmat keatasnya, dan tidak juga Dia mengajarkannya dengan pengetahuan yang dahulu dan sekarang, melainkan untuk satu tujuan iaitu semua perkara ini akan berkesudahan pada para Imam dari madhab-madhab tersebut supaya dapat dimonopoli untuk diri mereka sendiri? Kemudian mereka akan melarang orang lain semuanya dari mendapatkan dari punca yang lain, seolah-olah agama Islam, di dalam kitab dan sunnahnya, dan di dalam semua tanda-tanda dan pembuktian, adalah harta milik mereka sendiri, dan bahawa mereka melarang penggunaannya dalam apa bentuk juga pun yang bertentangan dengan pendirian mereka …. Adakah mereka itu pewaris Nabi atau adakah Allah telah menamatkan melalui mereka para pengganti dan para-para Imam; atau telah mengajarkan kepada mereka pengetahuan yang dahulu dan sekarang, dan bahawa Dia telah menganugerahkan keatas diri mereka dengan apa yang tidak pernah dianugerahkan keatas diri makhluk lainnya?

Tidak!!! Mereka samalah seperti ramai yang lain, tunggak dan penjaga ilmu pengetahuan, pemelihara dan penyeru. Mereka yang menyeru kepada pengetahuan adalah jauh dari menutup pintu untuk yang lain atau melarang yang lain dari mencapainya. Mereka tidak pernah mengekang fikiran, tidak juga menghadkan pandangan umum supaya tertumpu kepada diri mereka sahaja, tidak juga mereka dapat menutup hati manusia atau menjadikan yang lain pekak, buta, dunggu, terikat atau dibelenggu. Ini tidak boleh dikatakan perbuatan mereka melainkan ianya adalah suatu tuduhan yang palsu, dan kenyataan dari mereka telah menjadi saksi bagi kami.

5] Marilah kita sekarang menumpukan pada perkara yang mana kamu telah menarik perhatian kami: Perpaduan Muslim. Apa yang saya lihat adalah, perkara ini tidak bergantung pada Shia meninggalkan madhab mereka, tidak juga sunni meninggalkan madhab mereka. Meminta Shia untuk melakukan itu tanpa meminta madhab Sunni yang lain melakukan yang sama adalah sama seperti membuat pilihan yang berat sebelah, atau bahkan memilih pada yang kurang utama. Ianya umpama meminta sesuatu yang diluar kemampuan sesaorang [mustahil bagi shia] sebagaimana yang telah diketahui dari pembukaan kata-kata kami terdahulu. 

Ya, perpaduan dan persamaan boleh dicapai, jika kamu boleh membebaskan madhab Ahlul Bayt dan melihat padanya sebagaimana kamu melihat kepada mana-mana madhab yang lain dari kamu, supaya yang Shafi’I, Hanafi, Maliki dan Hanbali boleh menganggap pengikut Ahlul Bayt sama seperti golongan mereka sendiri. Maka barulah perpaduan Muslim akan tercapai, dan mereka dapat bersatu dalam satu lipatan. Perbezaan diantara madhab-madhab sunni tidaklah kurangnya dari perbezaan yang terdapat diantara Sunni dan Shia di dalam aliran pemikiran sebagaimana ribuan buku pada dasar dan cabang agama dari kedua kumpulan telah dedahkan, dari itu, mengapa sebilangan diantara kamu mengutuk Shia kerana berbeza dari Sunni? Mengapa mereka tidak, pada pokok perkara yang sama, mengutuk sunni kerana berbeza dari shia, atau kerana berbeza sesama sunni. 

Kalau madhab boleh ada empat, mengapa tidak lima? Bagaimana boleh terjadi, tidak ada masalah pada empat madhab, tetapi tidak pada lima? Bagaimana boleh terjadi apabila empat madhab dikatakan sebagai ‘menyatukan’ Muslim, dan apabila ditambah kepada lima, perpaduan itu hancur dan Muslim berpecah belah sesama sendiri? 

Saya harap apabila kamu mempelawa kami kepada ‘satu penyatuan’, kamu hendaklah juga mempelawa pengikut empat madhab yang lain kepada tujuan yang sama. Yang terkemudian itu [empat madhab] akan menjadikan lebih mudah untuk kamu dan juga pada mereka. Tetapi mengapa kamu memilih kami sahaja secara khusus pada ajakan ini? Adakah kamu dapati pengikut Ahlul Bayt yang memecahkan perpaduan sedangkan pengikut yang lain menyatu-padukan hati dan keazaman, walaupun terdapat madhab dan aliran pemikiran mereka berbeza, cita rasa dan kecenderungan mereka amat banyak berlainan? Kami fikir bahawa kamu terlebih baik dari ini, kerana kami tahu akan kecintaan kamu terhadap saudara-saudara kamu, dan keamanan bersama kamu.

Yang ikhlas,
‘Sh’

[1] Di dalam Riwayat Hidup Malik, Ibn Khallikan mengatakan di dalam bukunya Al-a’yan bahawa dia telah berlama-lama di dalam rahim ibunya hingga hampir tiga tahun. Perkara yang sama dinyatakan juga oleh Ibn Qutaybah yang menjumlahkan Malik diantara mereka yang bijak, pada muka surat 170 dari bukunya Al-Ma’arif, telah menyebutkan dirinya pada muka surat 198 diantara orang yang mana ibunya mengandung melebihi dari waktu yang biasa.

No comments:

Post a Comment