Monday, October 31, 2011

YUHANNA ZIMMI MENCARI KEBENARAN (Kisah pencarian kebenaran seorang Kristian)




                  

YUHANNA ZIMMI

MENCARI KEBENARAN
(Kisah pencarian kebenaran seorang Kristian)







Oleh:

Sayyid Sa‘id Akhtar Rizvi










_______________________________________________
Edisi Terjemahan

KOLEKSI PEMIKIRAN ISLAM

________________________________________________



MISI ISLAM BILAL, TANZANIA

P.O.BOX 20033,

DAR AL-SALAM, TANZANIA
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Diterjemahkan dari buku aslinya Yuhanna In Search Of Truth 
Cetakan Bahasa Inggeris: Tanzania
__________________________________________________
__________________________________________________
Hak terjemahan dilindungi undang-undang
All rights reserved
__________________________________________________
Cetakan Pertama: Oktober, 1994
__________________________________________________
___________________________________________________
Edisi Bahasa Inggeris
Yuhanna In Search Of Truth
___________________________________________________
Edisi Bahasa Melayu Copyright @

KANDUNGAN

PERKARA

1.    Pengenalan.
2.    Perbezaan kepercayaan di kalangan umat Islam.
3.    Yuhanna- kajian yang berterusan.
4.    Apakah keempat-empat mazhab itu benar?
5.    Adakah mazhab Hanafi benar?
6.    Adakah mazhab Syafi‘i benar?
7.    Adakah mazhab Maliki benar?
8.    Adakah mazhab Hanbali benar?
9.    Aliran yang paling benar ialah Syi‘ah.
10. Apakah manusia melakukan perbuatan dengan terpaksa.
11. Sadiq- nama bagi Ahl al-Bayt Muhammad (s.a.w).
12. Suatu pemerhatian terhadap Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Uthman.
13. Adakah perlantikan Abu Bakr bagi jawatan khalifah dilakukan oleh Nabi (s.a.w).
14. Sebahagian dalil yang sahih mengenai kekhalifahan ‘Ali (a.s).
15. Al-Qur’an dan masalah khilafah ‘Ali (a.s).
16. Apakah alasan dan hujah yang membuktikan kemaksuman ‘Ali (a.s).
17. Keutamaan dan keistimewaan Imam ‘Ali (a.s).
18. Kelebihan keilmuan ‘Ali (a.s).
19. Keberanian ‘Ali (a.s).
20. Sifat dermawan, simpati dan keperkasaan Imam ‘Ali  (a.s).
21. Sifat rendah diri Imam ‘Ali (a.s).
22. Ibadat ‘Ali (a.s) kepada Allah s.w.t.
23. Kritikan terhadap para sahabat.


                          
PRAKATA


Bismi-Llah al-Rahman al-Rahim

Prakata Penterjemah

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas limpahan hida­yah dan inayah-Nya, salawat dan salam kepada  Nabi Muhammad (s.a.w) dan para Imam Ahl al-Bayt (a.s), para sahabatnya yang tulus ikhlas menjunjung perintah Allah dan Rasul-Nya.

Dengan segala daya dan upaya yang ada, saya telah berusaha untuk menyempurnakan sebuah penterjemahan buku yang ditulis dalam Bahasa Inggeris bertajuk “Yuhanna Zimmi in Search of Truth,” untuk dialihbahasakan ke Bahasa Melayu. Biarpun berhadapan dengan pelbagai kerumitan, saya berharap agar buku kecil ini akan dapat memenuhi  kehendak para ilmuan yang  tercari-cari sesuatu yang pernah hilang di suatu ketika dahulu.

Kesukaran mungkin dihadapi oleh umat Islam kerana buku-buku bercorak Islam yang hakiki tidak begitu banyak didapati di dalam Bahasa Malaysia. Jadi, saya mengharapkan semoga keilmuan yang berharga  ini dapat dimanfaatkan bagi kepentingan Islam  umumnya dan umat Islam di Malaysia khususnya.

Sebarang keilmuan yang terkandung dalam buku ini seharusnya dinilaikan dengan fikiran yang lebih terbuka tanpa sebarang prasangka dalam usaha kita mencari kebenaran yang hakiki. Semoga usaha  yang tidak sepertinya ini  mendapat  keberkatan daripada Allah s.w.t. Akhir kata, ucapan salawat dan salam ke atas Junjun­gan kita Nabi Muhammad (s.a.w) dan para Imam Ahl  al-Bayt (a.s) (Allahumma salli ‘`ala Muhammad wa Al al-Muhammad).

PENDAHULUAN

  Pada hari Allah s.w.t, pencipta alam semesta ini mengasaskan kewujudan alam ini, Ia telah menciptakan sebuah alam yang lengkap sempurna, jauh daripada sebarang kekurangan dan kecacatan  dengan maksud agar pada suatu hari nanti, semuanya dapat berjalan dengan baik dan menuju matlamat ketauhidan kepada Allah s.w.t jua.

Di  antara makhluk-makhluk ciptaan-Nya, manusia dicipta  dan dianugerahkan dengan akal dan nafsu supaya manusia dapat mempergunakan segala kemudahan dan meneruskan kegiatan hidup mereka di alam maya ini. Walau bagaimanapun, manusia tentulah tidak berupaya menanggapi semua persoalan misteri yang terjadi  atau menjalani peringkat-peringkat kehidupan mereka dengan jaya tanpa mengalami saat-saat kematian dan kemusnahan.

Justeru  itu,  Allah  menyempurnakan  penciptaannya dengan pertolongan dan petunjuk-Nya dengan mengutuskan para  rasul  dan nabi  dari kalangan mereka sendiri untuk memimpin ke arah  jalan yang benar dan lurus. Nabi  atau utusan Allah, menerusi perutusan wahyu dan kurniaan kekuatan  pemberian Allah, berupaya menyingkapkan tabir yang  menghalanginya atau dengan kata-kata lain, mampu menyerlah intipati dunia ini ke seluruh pelusuk rantau.

Kalaulah seandainya pada hari dan waktu dunia ini ketandusan cahaya  kepimpinan  Ilahi, tentulah akan berlaku porak-peranda. Jadi, manusia  yang  tidak ada daya dan upaya ini, dibebaskan daripada sebarang tanggungjawab lalu  mereka  akhirnya  menuduh Allah berlaku tidak adil terhadap mereka. Keadaan ini samalah seperti Allah menciptakan manusia tetapi tidak menyediakan maka­nan yang mencukupi untuk keperluan mereka.  Hal  ini  tentunya mengaibkan lebih-lebih lagi kepada penciptanya  sendiri. Namun begitu, pada hakikatnya Allah telah menyediakan keperluan makanan itu, tetapi hanya manusia sahaja yang tidak mahu berusaha untuk mencarinya. Lantaran itu, kesalahan hendaklah dipertanggungjawab­kan ke atas bahu makhluk dan bukan kepada Khaliqnya.

Golongan Syi‘ah berserta mereka yang mempercayai kesempurnaan  Allah berdasarkan akal yang waras menerima hakikat ini dan tidak  pernah  sekali-kali menyangkalnya. Tiada seorang jua  pun yang  boleh mengatakan peraturan dan ketetapan Allah  ini  mesti kekal dari dulu hinggalah sekarang ini, malahan hendaklah berubah. Contohnya, kewujudan alam ini tidak pernah berlaku sebelumnya tetapi itulah peraturan yang telah dilaksanakan.

Dunia ini ibarat matahari yang bersinar dan pastinya bersi­nar.  Begitulah  juga dengan para nabi yang pasti wujud.  Kadang kala matahari terselindung di balik awan, tetapi awan tidak  akan dapat menahan sinar matahari. Apabila angin bertiup, awan akan berarak lalu, dan matahari akan kembali seperti sedia kala.
Begitulah  juga dengan para nabi dan Imam (pemimpin  agama) pasti  wujud, ibarat logam yang tersembunyi di dalam perut  bumi, tentu boleh ditemui seandainya digunakan peralatan  yang khusus untuk mencarigalinya. Nabi  (s.a.w) telah bersabda dengan penuh rasa rendah dirinya kepada Allah: “Barang siapa menjadikan aku  sebagai  mawlanya, maka ‘Ali juga menjadi mawlanya.”

Sehubungan  dengan ini, golongan Syi‘ah menjelaskan bahawa pada masa Nabi (s.a.w) wafat, seorang hamba Allah yang  benar-benar beriman  kepada-Nya,  pasti  wujud dan dijaga-Nya agar  sesiapa sahaja yang menginginkan jawatan khalifah itu tidak dapat berbuat sesuatu untuk mengambilnya. Allah sudah tentu memerintahkan Nabi-Nya supaya menjelaskan manusia pilihan Allah dan mengangkat status dan kedudukannya di mata sekalian manusia waktu itu. Nabi (s.a.w) dari mula hinggalah baginda wafat, terus menerus berusaha menerangkan hakikat ini melalui berbagai-bagai cara  dan di pelbagai tempat. Ulama Islam telah mengambil inisiatif menca­tatkan sabda-sabda baginda s.a.w dalam kitab-kitab mereka.

Secara ringkasnya, golongan Syi‘ah percaya dan yakin bahawa berdasarkan dalil-dalil hadith dan akal, selepas Nabi (s.a.w) wafat hanya ada  seorang  sahaja yang layak menjadi pemimpin,  wajib ditaati  dalam ketundukan kepada perintah Allah s.w.t iaitu  Imam ‘Ali (a.s). Hari  ini, lebih 120 juta umat manusia  dari  berbagai-bagai bangsa menjadi pengikut Imam ‘Ali dengan gelaran Syi‘ah ‘Ali.  Gelaran ini telah diketahui umum semenjak dari zaman Nabi  (s.a.w) dan ‘Ali (a.s) lagi, dan  selepas  itu ia menjadi begitu berpengaruh  hingga  menjadi lambang bagi golongan yang melantik ‘Ali (a.s) sebagai khalifah selepas Nabi (s.a.w).

Pada peringkat awal, perselisihan umat Islam hanya berkisar di sekitar  masalah penggantian khalifah. Satu pihak  mengenali ‘Ali sebagai khalifah yang keempat melalui proses ijma‘  manakala di satu pihak lagi iaitu Syi‘ah mengakui beliau sebagai  khalifah yang  pertama yang telah ditetapkan oleh  Allah  (s.w.t)  sendiri. Keadaan ini tidak dapat bertahan lama, sebelum pihak yang pertama tadi mula mengambil sikap menyisihkan diri daripada ajaran Tuhan dengan maksud agar pemilihan seterusnya dibuat berdasarkan pili­han orang ramai (ijma‘).

Dengan  alasan-alasan yang di luar daripada apa yang dibincangkan ini, mereka mula meletakkan diri mereka kepada kekurangan dan  kelemahan yang ada pada diri manusia, tertipu bukan sahaja dalam  masalah furu‘ (cabang) bahkan juga  dalam masalah-masalah usul (dasar). Mereka tidak berkemampuan untuk menerangkan hal-hal ketuhanan, dan membawa manusia ke landasan yang sebenarnya kerana yang  pastinya manusia itu biar bagaimana luas ilmu atau  bijak mana sekalipun, tentu tidak mampu mencapai peringkat ilmu terten­tu  dan memahami  kebenaran dengan cara  mereka sendiri. Dalam keadaan  ketidakmampuan ini, mereka memerlukan pertolongan Ilahi yang  hanya dapat dijangkau menerusi manusia pilihan Allah untuk menyelamatkan mereka daripada kekecewaan dan kepincangan.

Perbezaannya  hanyalah  kerana pada  mulanya  ia memerlukan makanan  yang ringkas sahaja dan  kemudian bertambah  kompleks. Bagaimanapun  kedua-dua  hal tadi menunjukkan manusia  sentiasa memerlukan sesuatu dan Allah sahajalah yang akan menjadi penolongnya.

Daripada apa  yang telah diperkatakan tadi,  jelas menunjukkan bahawa Syi‘ah dalam semua peringkat perkembangannya bergantung harapan kepada  Allah kerana mereka mengetahui bahawa tiada Tuhan yang berhak  disembah selain Dia, dan pada masa yang sama turut meng­hormati  para utusan Allah terhadap segala keputusan  yang  telah ditetapkannya.  Atas dasar inilah, mereka terus berpegang  kepada perintah Rasul kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Aku akan pergi meninggalkan kamu semua, tetapi aku telah tinggalkan  kepadamu  dua ingatanku yang paling berharga  (al-Thaqalayn) iaitu al-Qur'an, kitab Allah yang pasti dijaga seperti janji-Nya hingga ke Hari Qiamat dan memeliharanya daripada  seba­rang perubahan dan pemalsuan. Keduanya, pewarisku yang dibersih­kan Allah dengan sebersih-bersihnya daripada sebarang angkara syaitan  seperti yang termaktub dalam kitab al-Qur'an.  Kedua-duanya  tidak akan berpisah antara satu dengan yang  lain kerana jika  al-Qur'an  sahaja yang wujud tanpa penafsir  yang  ma`sum (terpelihara daripada dosa dan kesalahan) di sampingnya, pasti ia akan ditafsirkan mengikut sesuka hati individu tertentu yang akhirnya hanya akan menimbulkan masyarakat yang pincang.”

Sejarah telah membuktikan golongan penindas dan orang yang alim sering memenuhi maksud mereka dengan kezaliman. Demikianlah sebaliknya  kalau  hanya para Imam yang ma‘sumun sahaja wujud sedangkan  kitab Allah tidak ada, tidak akan ada  lagi  perintah-perintah Allah yang dapat dilaksanakan oleh  para Imam untuk disempurnakan. Justeru itu, Syi‘ah mengambil jalan yang paling baik, meme­nuhi perintah Allah dengan jalan mengikuti Imam ‘Ali (a.s) dan keturunannya kerana mereka beramal dengan ajaran al-Qur'an dan Sunnah Nabi (s.a.w) tanpa sebarang perasaan ingkar.

Dalam usaha meningkatkan syiar Islam dan menumpaskan musuh-musuhnya, para pengikut Syi‘ah mematuhi para Imam yang ma‘sumin dengan  berkorban seluruh jiwa raga mereka demi kerana Allah  dan agama Islam, tanpa sebarang perubahan dibuat dalam usaha penyeba­rannya  ke  merata pelusuk dunia. Kalaulah bukan kerana usaha mereka yang bersungguh-sungguh ini, sudah pasti Islam tidak akan dapat  diperlihatkan dalam bentuknya yang asal. Apakah Islam  ini dapat dimengertikan dengan cara Mu‘awiyah, Yazid dan para  pemer­intah seumpama  mereka yang dikatakan  memerintah berlandaskan perintah  Allah  dan Rasul-Nya, sedangkan umat  Islam  diwajibkan mentaati menurut perintah Allah, kepada setiap  penindas-penindas tadi yang terhunus dengan pedang di tangan-tangan mereka.

Bagaimanakah manusia dapat menerima  agama dan menyembah Tuhan yang seperti ini? Golongan Syi‘ah dalam mengikuti para pemimpin  suci mereka, berupaya memisahkan matlamat dan kehendak individu daripada kemahuan Allah dan membebaskan agama ini dari­pada tangan mereka yang mengakui beriman kepada Allah sedangkan pada hakikatnya tidak demikian. Syi‘ah melaungkan kepada seluruh dunia bahawa Islam satu-satunya agama yang bebas, tidak menyebe­lahi mana-mana pihak yang berusaha menentang kebenaran dan keadi­lan atau menyokong penindasan dan menjadikan orang-orang yang tidak berdosa sebagai tawanan, juga syariat yang dibawanya meme­nuhi kehendak yang diperlukan manusia. Justeru itu, syariat  yang diutuskan oleh Allah  ini mestilah dibawa oleh seorang yang ma`sum.

Syi‘ah dalam abad ke-14 ini tidak pernah mendapat kekuasaan yang sepenuhnya dan menenangkan dunia dengan  kebenaran Islam sebagai sebuah kuasa pemerintah. Bahkan sekiranya pada waktu itu, ia berjaya mendapat sebahagian kuasa atau kedudukan dalam pemerintahan, ketegangan  dan perasaan anti-Islam  akan wujud dalam masyarakat. Ini mendorong golongan Syi‘ah berfikir dan mencari jalan untuk menyelamatkan keadaan ini yang akhirnya memaksa mereka mengamalkan konsep taqiyyah.

Pada masa yang sama, Syi‘ah membuat pengorbanan yang  tiada tolok bandingnya dalam usaha menyebarkan ajaran Ilahi oleh  para Imam  mereka, meskipun berhadapan dengan berbagai-bagai penderi­taan dan kesengsaraan. Mereka dengan berkat pertolongan Ilahi mampu membangunkan ciri-ciri kemanusiaan dan menyebarkan ajaran agama pemimpin mereka dalam bentuk yang lengkap sempurna kepada seluruh manusia, seterusnya dapat menarik  perhatian kalangan cendikiawan dan mereka yang berilmu pengetahuan.

Mereka mengemukakan Islam dalam bentuk yang boleh dinilaikan, seterusnya menawarkan bisa racun, melunturkan kesombongan dalam penyebaran dakyah oleh negara-negara kuasa besar. Mereka juga mampu menyatakan ketinggian maksud yang terkandung dalam al-Qur'an dan al-Hadith hinggakan hari  ini, walaupun berhadapan dengan  rintangan  demi rintangan, hampir 130 juta  umat  Islam bahkan boleh  kita katakan 600 juta umat Islam terhutang budi dengan pengorbanan para pejuang kebenaran yang berjaya meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya.

Salah satu sumbangan paling berharga yang dilakukan oleh Syi‘ah adalah berkait dengan perbincangan, analisis dan peneli­tian tentang perkara-perkara yang tersebut  dalam hadith-hadith Nabi (s.a.w). Hadith-hadith itu dianalisis melalui bentuk soalja­wab, manakala persoalannya dibincangkan dengan terperinci, dikri­tik atau diakui dengan jelas untuk mempengaruhi pemikiran orang-orang yang boleh berfikir dan memahami hakikat kebenaran dengan pemerhatian yang mendalam.

Di  antara  mereka  yang turut  memberikan sumbangan  dalam bidang  ini ialah penyusun dan pengkritik hadith  yang  terkemuka iaitu ‘Allamah  Abu al-Fath al-Razi yang telah  melakukan usaha yang tiada tolok bandingnya dalam memperlihatkan ketulenan ajaran al-Qur'an dan hadith. Perlu dinyatakan di sini bahawa beliau memiliki saham yang besar dalam usaha menghindarkan salahtafsiran terhadap asas Islam menerusi sudut pandangan al-Qur'an dan Ahl al-Bayt (a.s).

Ulama besar ini telah membincangkan masalah khalifah dan kepimpinan dalam masyarakat beragama ini dengan cara yang menarik dan  memperlihatkan kepada umum bahawa sesiapa sahaja walau dari peringkat apa sekalipun, boleh dan mampu membezakan  yang hak daripada  yang  batil  tanpa sebarang  perasaan  prejudis, untuk memilih dan menentukan jalan yang akan ditempuhi untuk  mendekati Allah (s.w.t). Usaha yang tidak ternilaikan daripada tokoh ulama terkemuka tersebut diberi tajuk “Yuhanna Zimmi,” telah sampai kepada kami dengan cara yang sungguh terhormat oleh tokoh akademi terkenal Dr. Syahabi, ketua di pusat pengajian Teologi di Masyad.

Dengan berkat Allah, ia telah dapat dicetak dan diterbitkan beberapa kali. Selepas ini, Sighat al-Islam wa al-Muslimin Agha Esyterhardy, salah seorang penulis terkemuka kami telah mengha­silkan kembali buku ini dalam bentuk yang lebih menarik, penuh dengan sumber-sumber keilmuan dan diberi tajuk: “Pembelaan kepada Mazhab Syi‘ah.” Kami sungguh bernasib baik kerana buku ini berjaya diulangcetak beberapa kali dan kini masih lagi diperlu­kan, tetapi kami tidak dapat memenuhi semua permintaan tersebut akibat kekurangan bekalan. Permintaan yang besar terhadap buku tersebut dan minat yang mendalam di kalangan generasi muda telah mendorong Hujjat al-Islam Agha Faghihi mengambil langkah menterjemahkan buku tadi ke dalam bahasa Inggeris dan syukur al-Hamduli-Llah, usaha ini terlaksana jua.

Kini, dengan izin restu daripada Allah s.w.t, terjemahannya dalam bahasa Inggeris telah pun diterbitkan. Semoga Allah meneri­ma usaha yang dibuat ini sama ada yang berbentuk material mahupun spiritual dalam rangka untuk menjayakan cita-cita ini. Moga-moga Allah s.w.t memelihara golongan Syi‘ah daripada sebarang anasir jahat menerusi perlindungan Imam al-Zaman (moga-moga saya dapat berbakti kepadanya) dan moga-moga kami dengan keizinan Allah mendapat kekuatan ilmu daripada mazhab Syi‘ah.



Hassan Saeed
1398H
Chehel Sotoon Library and School
Jami` Mosque
Tehran, Iran.

PENGENALAN


Nama  saya Yuhanna, seorang penganut agama kristian. Selama ini saya telah mengikuti jalan yang salah. Akibat daripada  ke­kecewaan inilah, saya telah memulakan usaha untuk mencari kebena­ran yang  boleh memberikan pengampunan dan seterusnya keyakinan yang luhur dan suci murni. Tuhan telah memberkati saya dan menyi­nari hidup saya yang dahulunya berada dalam gelap gelita dengan petunjuk-Nya. Akhirnya saya yakin dengan sepenuhnya  keimanan kepada Allah, para rasul dan Imam yang suci, hari Akhirat dan menerusi sumber-sumber inilah sahaja yang dapat membawa pencapai­an keimanan yang total.

Lantas saya terus berusaha mengkaji dan memikirkan persoa­lan-persoalan yang selama ini begitu membingungkan orang ramai hinggakan mereka tidak berupaya mencapai kesimpulan terakhir. Di antaranya, ada sebahagian  orang mengatakan  alam  sejagat  ini bersifat kekal. Setengahnya pula mempercayai  Tuhan  itu  satu, manakala yang lainnya mempercayai kepada berbilang Tuhan.

Bagi  mereka yang tidak mempercayai keesaan Tuhan mempunyai pendapat-pendapat yang berlainan mengenai sifat-sifat Tuhan. Ada yang mengatakan Tuhan itu berjisim, manakala sebahagiannya pula mengatakan Tuhan itu bukanlah demikian keadaannya. Ada pula yang mengakui  Tuhan  mengetahui segala-galanya, sedangkan yang lain pula menafikannya. Terdapat setengah orang percaya bahawa kitab Taurat (Old Testament) itulah satu-satunya kitab Allah, kristian pula mempercayai Bible, kumpulan yang lain kepada Zoroaster dan kumpulan seterusnya kepada Islam dan al-Qur'an.

          Orang ramai begitu taksub dengan  berbagai-bagai kumpulan. Masing-masing dengan prinsip mereka yang tersendiri dan setiap daripada  mereka merasakan hanya merekalah sahaja yang berada di pihak yang benar.

Saya, Yuhanna yang sedang dalam pencarian ini kebingungan apabila memikirkan jalan mana yang harus diikut. Lalu, saya mengambil  keputusan untuk membaca dan seterusnya mengkaji semua kitab  suci mereka dan dengan itu dapatlah saya membuat  pilihan yang terbaik. Hasil daripada pengkajian yang  mendalam terhadap Old Testament, Bible, Zabur, Suhuf Nabi Ibrahim (a.s)  dan  al-Qur'an, saya dapati hanya al-Qur'an sahaja kitab  yang paling sempurna dan lengkap. Justeru itu, saya bertambah minat untuk mencintai Islam.






PERBEZAAN KEPERCAYAAN DI KALANGAN UMAT ISLAM

Apabila saya menganuti Islam, saya perhatikan terdapat jurang perbezaan yang ketara di antara berbagai-bagai kumpulan Islam tadi. Satu pihak menuduh pihak yang  lain  sebagai bukan daripada golongan Islam dan begitulah pula sebaliknya. Kini, saya dapati bahawa saya telah berada di suatu persimpangan jalan yang semakin sukar berbanding dengan sebelumnya.

Satu golongan daripa­da umat Islam percaya keesaan Tuhan terletak kepada sifat-sifat kebesaran-Nya. Sekumpulan lain pula percaya segala yang baik  itu daripada Allah manakala yang buruk pula adalah daripada perbuatan manusia  sendiri. Ada pula yang percaya kita tidak berkuasa  ke atas segala perbuatan kita, manakala di satu pihak lagi mengata­kan sebaliknya.

Terdapat juga sebahagian orang yang mengatakan Tuhan boleh dilihat manakala sebahagian yang lain mengatakan tidak boleh dilihat. Ada orang yang percaya al-Qur'an itu kekal, tetapi di pihak lain mengatakan tidak. Setengahnya pula percaya para rasul itu ma‘sumun (terpelihara daripada perbuatan dosa dan salah) [kitab Tanzih al-Anbiya’ tulisan Sayyid al-Murtada telah membahaskannya) manakala sesetengah yang lain tidak mempercayai kesucian dan kemaksuman mereka (seperti yang disebutkan dalam kitab yang sama).

Berhubung dengan persoalan khilafah (pemilihan khalifah), sebahagiannya mengatakan Abu Bakr sebagai khalifah yang pertama dan mengatasi yang lain. Golongan yang lain pula memberikan pandangan yang songsang terhadap Abu Bakr dan mereka percaya bahawa Imam ‘Ali (a.s) ialah pengganti Rasulullah (s.a.w).  Tidak kurang pula yang cuba memperkecil-kecilkan personaliti ‘Ali (a.s) dan ada pula yang menganggapnya sebagai Tuhan.

Terdapat  golongan yang memuji Abu Bakr, ‘Umar dan Husayn, manakala  yang lain mengutuk ‘Ali (a.s), ‘Uthman dan  Hasan.  Ada juga orang  yang percaya kepada Imam Dua Belas (12),  sedangkan yang lain pula menuruti 4, 5 atau 6 Imam.

Oleh itu, timbullah berbagai-bagai persoalan agama seperti persoalan halal dan haram makanan tertentu. Contohnya: satu pihak berkeyakinan  bahawa  memakan burung merpati, arnab atau  musang adalah halal, sedangkan di satu pihak lagi menegah dengan menga­takan bahawa semuanya itu sebagai kotor.

Persoalan-persoalan yang timbul dalam mazhab-mazhab Islam ini memberikan kesan yang sungguh besar kepada diri saya. Ketika inilah, saya merasakan bahawa saya patut berhenti sahaja daripada mengikutinya. Namun demikian, keinginan saya  untuk mendapatkan kepuasan ruhani menerusi agama tersebut terus mendesak saya daripada pelbagai peringkat.

YUHANNA– KAJIAN YANG BERTERUSAN

Kini, saya telah terjunam ke dalam lautan pertentangan pendapat yang sungguh dalam apabila saya mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada al-Qur'an dan  al-Hadith  yang telah diyakini oleh seluruh umat Islam. Di dalam proses  penye­lidikan ini, saya cuba mendapatkan pandangan tokoh-tokoh ulama daripada berbagai-bagai mazhab, juga melakukan pengembaraan  ke beberapa tempat.

Pertama  sekali, saya menuju ke Institusi Pengajian Islam Mustansaria di Baghdad, Iraq. Di sini, saya berada bersama-sama dengan empat orang Imam Sunni (Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanba­li) memberikan kuliah agama mereka. Saya turut berdiskusi dengan mereka mengenai Islam tanpa memberitahu niat dan kepercayaan saya.


APAKAH KEEMPAT-EMPAT MAZHAB ITU BENAR?

          Saya telah menemui tokoh-tokoh ulama daripada empat mazhab Sunni (Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali) dan ini adalah di antara intisari perbincangan kami:

Yuhanna:  Wahai tuan-tuan yang dimuliakan, saya seorang penganut kristian tetapi kini ingin menganuti Islam. Tolonglah tunjukkan dan beritahukan kepada saya berkenaan dengan cara-cara berwudu’, mandi, sembahyang dan puasa. Terdapat perbezaan yang besar dalam penjelasan mereka terhadap persoalan yang saya kemu­kakan itu.

Yuhanna:  Wahai tuan-tuan ulama Islam yang mulia! Dengan nama Allah, saya bermohon agar tuan-tuan dapat menunjukkan jalan yang benar supaya saya dapat mengikutinya untuk mendekatkan  diri saya kepada Allah s.w.t.

Ulama Sunni: Wahai Yuhanna! Anda bebas memilih salah satu daripada empat mazhab ini.

Yuhanna:   Jawapan  yang  anda berikan   itu  tidak   dapat memenuhi maksudku, kerana di antara keempat-empat mazhab terse­but terdapat percanggahan prinsip yang cukup besar.

Ulama  Sunni:  Wahai Yuhanna! Seandainya anda dapati ada sesuatu yang  salah dalam keempat-empat  mazhab itu, silalah kemukakan kepada kami.

Yuhanna: Abu Hanifah mengatakan wudu’ tanpa  niat adalah sah, manakala Syafi‘i pula mengatakan tidak sah. Syafi‘i berpen­dapat Bismillah wajib dibaca dalam sembahyang sementara Maliki pula menyalahinya  dalam masalah ini. Ahmad  Hanbal  menjelaskan sekiranya  Imam sakit atau tidak berkeupayaan, dia boleh  bersem­bahyang dalam keadaan  duduk dan bagi  mereka mengikuti  Imam, walaupun sekiranya mereka sihat, hendaklah bersembahyang  dalam keadaan yang sama seperti Imam (duduk). Mazhab lain  mengatakan cara tersebut adalah tidak sah. Di sini jelas menunjukkan  terda­pat kekurangan di antara satu mazhab dengan mazhab yang lain.

Ulama Sunni: Mujtahid daripada keempat-empat mazhab telah menetapkan  keputusan ijtihad mereka dalam  hukum  syarak  itu. Justeru itu, ijtihad mereka itu adalah benar menurut cara mereka sendiri.

Yuhanna: Saya bermohon agar anda memberitahu saya  ajaran yang  disampaikan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) sendiri supaya  saya dapat melaksanakannya seperti yang diperintahkan.

Ulama Sunni:  Kesemua empat mazhab tadi  memang  diterima oleh Nabi Muhammad (s.a.w). Jadi, terpulanglah kepada anda  untuk membuat pilihan.

Yuhanna: Di dalam mazhab-mazhab tersebut terdapat  per­canggahan prinsip yang sungguh dalam. Tentunya Nabi (s.a.w) dalam perkara  ini hanya menerima satu mazhab sahaja.  Lantaran itu, saya ingin bertanya apakah keempat-empat mazhab ini wujud semasa Nabi (s.a.w) masih hidup?

Ulama Sunni: Tidak! Ia hanya wujud selepas seratus  (100) tahun daripada kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w).

Yuhanna: Maksud  anda, keempat-empat  mazhab  itu  tidak pernah wujud di zaman Nabi (s.a.w) dan zaman Khilafah, dan  kini anda mengkaji  ajaran agama yang disampaikan oleh  Nabi (s.a.w) menerusi empat  mazhab itu. Anda sendiri  pun nampaknya  tidak tahu  yang mana satu ajaran atau  kepercayaan yang  dianuti  oleh Nabi (s.a.w) sendiri.


ADAKAH MAZHAB HANAFI ITU BENAR?

Sebaik  sahaja  saya  mengemukakan  persoalan  ini,  seorang ulama  mazhab Hanafi ternyata cukup terkejut  dan  kemudiannya berkata: “Yuhanna, anda sudah keterlaluan membuat kenyataan yang merendah-rendahkan  kedudukan Islam. Kalau sekiranya  anda  ingin mencari jalan yang benar, anda haruslah mengetahui  bahawa Nabi (s.a.w),  ketika baginda wafat itu hanya meninggalkan  al-Qur'an dan al-Hadith.  Justeru itu, para ulama  Islam  sahajalah  yang boleh memahami kedua-duanya dan seterusnya memberikan hukum-hukum yang berkaitan. Seandainya anda hendak menuruti jalan yang benar, ikutilah ajaran mazhab Hanafi.”

Yuhanna: Wahai ulama Hanafi yang dimuliakan! Saya telah mengkajinya dengan berpandukan al-Qur'an dan Hadith. Namun, saya tidak juga berpuashati.

(1). Hanafi mengatakan: Sah menyapu kaki terlebih dahulu semasa berwudu' kemudian diikuti dengan menyapu kepala, membasuh tangan dan akhir sekali membasuh muka. Cara ini dianggap tidak sah dalam mazhab lain. Dengan berpedomankan al-Qur'an, wudu' mestilah dilakukan dengan membasuh muka dahulu, kemudian  diikuti dengan dengan  membasuh  tangan dan menyapu kedua-dua kepala  dan  kaki. Tidak ada sebuah hadith pun yang berlawanan dengan apa yang telah diceritakan oleh al-Qur'an itu. Allah (s.w.t) telah berfirman dalam surah al-Ahzab (33): 2 supaya  mengikuti ajaran Nabi (s.a.w). Nabi (s.a.w) sendiri ber­sabda agar dalam setiap ibadat hendaklah mengikut perbuatannya. Hadith dan hujah akal tidak membenarkan kita meninggalkan al-Qur'an dan sebaliknya  mengamalkan  ajaran  mazhab Hanafi. Tambahan  lagi,  hal  tersebut bertentangan  dengan  kitab-kitab mazhab Sunni sendiri.

(2). Hanafi menghukumkan bahawa jika seseorang itu membuang  air kecil  atau besar dan kemudian mengambil wudu’ dan  bersembahyang di tempat yang sama, ia dianggap sah. Bagaimanapun, ini bukanlah cara yang dilakukan oleh Nabi (s.a.w). Allah s.w.t sendiri telah menyatakan dalam al-Qur'an bahawa mereka yang hampir dengannya ialah orang yang mengharapkan keampunan dan mengamalkan kebersi­han.

(3). Hanafi berpendapat bahawa sekiranya kulit anjing yang  telah mati disamak, ia boleh dianggap suci dan harus dibuat  sembahyang dengan menggunakan pakaian daripada kulit yang  disamak seperti itu.  Ini jelas berlawanan dengan perintah Allah dan Rasul-Nya yang menegaskan bahawa sesuatu benda yang diharamkan dan najis tidak boleh disucikan.

(4). Biarpun hukum ini bertentangan dengan  perintah  Rasulullah (s.a.w),  Abu Hanifah mengatakan sah membaca surah  al-Hamd  yang diterjemahkan  ke  bahasa Parsi sepanjang masa sembahyang.  Nabi (s.a.w)  sendiri telah menegaskan bahawa surah al-Hamd  merupakan sebahagian  daripada  sembahyang, dan kerana  itu ia hendaklah dibaca dalam bahasa sebagaimana ia diwahyukan.

(5) Abu Hanifah mengatakan bahawa membaca doa Qunut dalam sembah­yang subuh adalah suatu bid‘ah. Al-Hamidi dalam kitab Jami‘ al-Sahihain memetik sabda Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud: “Semasa bersembahyang subuh selepas membaca surah dan sebelum ruku‘, aku membaca doa Qunut.”

(6) Abu Hanifah mengatakan bahawa jika sekiranya seseorang  pen­curi  mencuri bijirin gandum dan kemudiannya mengisar gandum  itu untuk  dijadikan  tepung, tepung itu tadi sah  menjadi  miliknya. Pemilik sebenarnya tidak berhak menuntut kembali dan seandainya dia  berbuat demikian, dia bolehlah dianggap seorang  yang  tidak berperikemanusiaan. Seandainya berlaku serangan, pencuri itu berhak mempertahan­kan dirinya dengan pedang. Jika dalam pertelingkahan itu, pemilik sebenarnya  mati,  pencuri itu tidak bertanggungjawab  ke  atas pembunuhannya. Bagaimanapun sekiranya pencuri itu yang mati, pemilik sebenarnya itu boleh dikenakan hukum penjara. Al-Qur'an dengan keras melarang seseorang daripada memakan makanan yang dicuri.

(7). Abu Hanifah juga mengatakan bahawa jikalau seseorang  Islam membunuh seorang Yahudi atau penyembah api, dia hendaklah dihukum bunuh,  sedangkan al-Qur'an sendiri mengatakan orang kafir  tidak berhak menindas atau memerintah orang Islam.

(8) Abu Hanifah berkata jika seseorang itu membayar sejumlah wang kepada adik perempuannya dan kemudian membuat perhubungan  jenis dengannya, perbuatan itu dianggap sah, sama ada dilakukan dengan sengaja atau diketahui salah dan benarnya. Al-Qur'an  dengan  tegas  melarang perlakuan  ini  dan jika dilakukan  perhubungan  jenis secara haram, sama ada  dia  lelaki ataupun perempuan, dia hendaklah dikenakan hukuman seratus  kali sebatan.

(9)  Abu Hanifah mengatakan bahawa jika empat orang mengemukakan bukti yang menunjukkan seseorang itu terlibat dalam perhubungan jenis secara  haram dan orang yang  berkenaan mengakuinya,  dia hendaklah diampunkan. Bagaimanapun  seandainya dia  menentang keputusan  keempat-empat orang tersebut, dia patut  dihukum. Ini jelas bercanggah dengan akal yang waras.

(10) Sekiranya seseorang itu terlibat dalam hubungan homoseks dan dibuktikan benar, dia hendaklah dikenakan hukuman yang ringan dan bukannya disebat. Nabi (s.a.w) menjelaskan bahawa seandainya seseorang itu terlibat dengan perbuatan homoseks (seperti yang dilakukan oleh umat Nabi Lut (a.s), kedua-duanya hendaklah dihu­kum bunuh.

(11).  Abu Hanifah mengatakan seandainya seorang lelaki mengikat tali  pertunangan dengan adik perempuan atau ibunya sendiri dan kemudiannya membuat hubungan jenis dengan mereka, dia tidak patut dikenakan  hukuman biarpun dia mengetahui perbuatan itu salah  di sisi agama.

(12). Abu Hanifah juga mengatakan bahawa sekiranya seorang  hakim itu berbuat dosa, kemudian dia mengeluarkan hukuman yang terdapat cacat-celanya,  hukuman  itu tadi tidaklah boleh dianggap  batal atau tidak sah. Namun begitu, al-Qur'an dalam konteks ini menje­laskan bahawa seseorang itu tidak beriman jika  dia melakukan sesuatu  yang bertentangan dengan perintah dan keputusan  Allah (s.w.t).

(13). Abu Hanifah mengatakan bahawa jika seseorang lelaki itu berbohong dengan mengatakan wanita itu sebagai isterinya dan  ada dua  orang  saksi yang menyokong kenyataannya di  hadapan hakim, hakim boleh memberikan keputusan menyokong tuntutan lelaki terse­but, iaitu wanita tadi telah menjadi isterinya yang sah (walaupun sebenarnya tidak demikian).

(14)  Abu  Hanifah  mengatakan bahawa  sekiranya  seseorang  itu mencuri  seribu (1000) dirham daripada si  A  dan  seribu  (1000) dirham lagi daripada si B dan kemudian mencampurkannya hingga tidak  dapat dibezakan hak miliknya, si pemiliknya tidak ada hak untuk menuntutnya kembali. Demikianlah juga sekiranya seorang  wanita menemui hakim (kadi)  sambil berpura-pura mengatakan dia telah diceraikan  oleh suaminya dengan disaksikan oleh dua orang, lalu tuan kadi membuat keputusan menyebelahi wanita tersebut. Dengan cara  itu,  wanita tersebut  tidak lagi menjadi hak suaminya dan dia bebas  untuk berkahwin dengan lelaki lain. Daripada keputusan dan hukuman yang diputuskan oleh Hanafi ini  menunjukkan bahawa beliau percaya hakim atau kadi merupakan orang yang paling berkuasa.

Nabi (s.a.w) bersabda yang bermaksud: “Sekiranya terdapat sebarang konflik atau pertentangan, kedua-dua pihak yang terlibat hendaklah  datang berjumpa dengannya. Baginda akan mendengar  dan seterusnya  menghukumkan dengan cara yang paling adil.” Ini  bermaksud  bahawa kedua-dua pihak yang terlibat mestilah  hadir  dan mendengarkannya sebelum sebarang keputusan itu ditetapkan. Keputusan  yang bersifat berat sebelah adalah  dianggap  bertentangan dengan konsep keadilan.

Apabila hujah Yuhanna sampai ke peringkat ini, ulama Sunni lalu  bangun dan cuba mempertahankan diri mereka dengan  mengata­kan: “Wahai Yuhanna! Abu Hanifah seorang mujtahid dan dia mengeluarkan  fatwa-fatwanya dengan berdasarkan ijtihad. Dia bolehlah dimaafkan sekiranya membuat kesilapan.” [Andainya golon­gan  Syi‘ah mengutuk Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Uthman, itu pun berda­sarkan  keputusan ijtihad mereka sendiri. Jadi, kenapa pula  anda semua mengkritik golongan Syi‘ah dalam persoalan ini?]


ADAKAH MAZHAB SYAFI`I ITU BENAR?

Seorang ulama Syafi‘i mengambil inisiatif dengan  menerang­kan: “Yuhanna, jikalau anda ingin mencari kebenaran menurut  al-Qur'an dan al-Hadith, ikutilah mazhab Syafi‘i. Syafi‘i berasal daripada kaum Quraisy dan setiap keputusannya adalah berlandaskan kepada hadith-hadith Rasulullah (s.a.w).”

Sampai  di  sini,  ulama Hanafi mencelah: “Wahai  ulama Syafi‘i, anda bukannya mengikuti Imam anda, sebaliknya cuba untuk menyatakan  kepercayaan  mazhab anda dengan merendah-rendahkan mazhab lain. Bagaimana anda dapat membuktikan bahawa semua hukum syarak yang diputuskan oleh Syafi‘i itu benar sedangkan kebanya­kannya tidak diketahui sumbernya. Sebagai contoh: Syafi‘i mengatakan bahawa seandainya seorang lelaki mencabul kehormatan seorang wanita dan kemudian wanita itu melahirkan seorang anak perempuan, lelaki tadi dibolehkan  untuk mengahwinkan  anak lelakinya dengan anak perempuan  itu,  ataupun jika wanita itu mempunyai adik perempuan dan lelaki tadi berkahwin dengannya dan seterusnya ingin mengahwini kedua-duanya  seka­li, ia dianggap sah. Bagaimana mungkin orang  yang  mengikuti mazhab  Syafi‘i boleh mengatakan dirinya lebih baik daripada mazhab Hanafi?”

Ulama Syafi‘i menyampuk sambil berkata kepada ulama  Hana­fi: “Mazhab anda langsung tidak berasas, tidak  diketahui  dan juga tidak boleh diterima akal yang waras. Mazhab anda  menyata­kan bahawa jika sekiranya Zayd pergi ke India dan bercadang untuk mengahwinkan anak perempuannya yang berada di Rome dengan seorang lelaki yang berada di India, perkahwinan tersebut boleh berlangsung tanpa dihadiri oleh perempuan tadi. Suami tersebut kemudiannya  memanggil isterinya pulang ke India setelah  beberapa tahun berlalu  dan  mendapati isterinya itu telah  pun  mempunyai tiga orang  anak dan masih mengandung lagi. Dalam keadaan  serba-salah ini,  dia bertanyakan kepada Zayd: Saya telah  mengahwini  anak perempuan anda semasa dia berada jauh di Rome. Sehingga kini saya belum  pernah lagi menyentuh dirinya. Jadi, bagaimana  dia  boleh melahirkan anak-anak tersebut?”

Zayd  menjawab: “Sewaktu aku mengahwinkan  anda  dengannya, malaikat telah meletakkan mani anda ke dalam rahimnya dan  kerana itu  dia  boleh melahirkan zuriat. Inilah  dia  pendapat mazhab Hanafi.”

Sekali  lagi  ulama Syafi‘i cuba menarik  perhatian  ulama Hanafi.  Abu Hanifah juga ada mengatakan bahawa  jika  seandainya suami  kepada seorang wanita itu menghilangkan diri  dan wanita tadi berkahwin dengan lelaki lain dan mendapat  anak,  kemudian suami pertama tadi kembali semula kepadanya,  anak-anaknya  yang lahir  daripada suami kedua bolehlah dianggap sebagai  anak-anak kepada  suami yang pertama. Ini jelas berlawanan  dengan  fikiran yang sihat.

Ulama  Hanafi yang tidak dapat menjawab soalan  tadi  terus membalas kembali: “Wahai ulama Syafi‘i, Imam anda pula mengatakan  bahawa perhubungan jenis itu dianggap suci sedangkan inibertentangan dengan hadith  Nabi (s.a.w). Imam  anda  juga  ada mengatakan  bahawa  sekiranya seorang wanita yang dicerai  talaq tiga, kemudian lelaki itu ingin kembali semula kepadanya, wanita tersebut  boleh kembali kepada suaminya tadi tanpa  perlu  kepada ijab-kabul  ataupun  saksi.  Ini sememangnya  bercanggah dengan dengan  syariat al-Qur'an kerana di dalam surah al-Baqarah: ayat 299 telah pun menyatakan kedudukannya dengan terang. Syafi‘i juga ada  mengatakan bahawa orang ramai hendaklah memberikan sejumlah bayaran sebagai hak untuk dirinya, walaupun ternyata bahawa tidak ada  seorang pun yang berhak terhadap pendapatan yang diperolehi  oleh orang lain kecuali zakat.

Saya,  Yuhanna  mendengar  perbincangan  dan  perdebatan  di antara kedua-dua  tokoh ulama Hanafi dan Syafi‘i  dengan  penuhminat, dan dengan harapan untuk akhirnya dapat menemui  kebenaran yang hakiki.

Sementara  itu, ulama Syafi‘i meneruskan  bicaranya  kepada ulama Hanafi: “Nampaknya anda tidak menghormati  mazhab  kami dengan cara  menonjolkan keburukan yang  terdapat  di dalamnya. Perkara yang sama akan berlaku, seandainya kami berbuat  demikian terhadap kebodohan dan kesalahan anda, dan ini akan menyebabkan timbulnya kebencian orang ramai kepada mazhab kami dan anda.”

Ulama Hanafi membalas: “Anda berbohong. Tidak ada persoalan dalam mazhab kami yang boleh menyebabkan orang lain memben­cinya.”

Ulama Syafi‘i menjelaskan: “Abu Hanifah mengatakan  bahawa pakaian yang diperbuat daripada kulit yang telah  disamak  boleh dipakai. Wudu’ boleh dilakukan dengan air perahan kurma. Tanpa melafazkan niat, seseorang itu  boleh  bersembahyang menghadap Ka‘bah, membaca surah al-Hamd dalam bahasa Parsi, dan di  samping membaca surah al-Tawhid, dia boleh menyebutkan beberapa perkataan lain seperti “dua batang pohon yang kehijauan.”

Semasa bersembahyang, ruku‘ boleh dibuat memadai dengan menundukkan  kepala sedikit, masa di antara dua sajdah  hendaklah paling cepat dan selepas Tasyahhud sebelum memberi salam,  seki­ranya dia hendak terkentut, bolehlah dia berbuat demikian.”

Wahai ulama Hanafi, jadikanlah kewarasan dan  kebijaksa­naan  anda sebagai  hakim untuk  menentukan apakah  Rasulullah (s.a.w) atau para Imam telah menetapkan fatwa itu atau  menunjukkan  kepada sekalian umat Islam cara yang seumpama  itu,  ataupun adakah  ini sahaja caranya untuk beribadat kepada Allah? Adakah semuanya ini berdasarkan kepada kebenaran?

Saya, Yuhanna  kini dapat merasakan perdebatan  tadi  sudah sampai  ke  peringkat yang genting dengan masing-masing  pihak saling  hentam menghentam antara satu dengan yang lain. Saya pun memberitahu mereka bahawa dengan cara perdebatan seperti itu mereka telah mencemarkan martabat dan kehormatan mazhab  masing-masing,  dan atas alasan untuk menjelaskan agama yang satu  ini, mereka telah mempamerkan dan memperlihatkan kelemahan dan  keku­rangan orang lain. Kesannya telah menyebabkan timbulnya  perasaan benci  di hati saya terhadap kedua-duanya. Jelaslah kini,  bahawa mazhab  Hanafi dan Syafi‘i tidak wajar dan  tidak  layak  untuk diikuti. Ulama Maliki yang dari tadinya memperhatikan  keresahan saya lalu mengajak saya mengikuti mazhab Maliki.

ADAKAH MAZHAB MALIKI ITU BENAR?

Ulama  Maliki  yang turut sama dalam  diskusi  itu  berkata kepada Yuhanna:  Kalau anda ingin mencari kepercayaan  yang memenuhi syarat-syarat  yang  telah ditetapkan oleh  Allah  dan Rasul-Nya, ikutilah ajaran Malik  kerana dia merupakan  pengikut Nabi Muhammad (s.a.w). Dia lebih utama berbanding dengan  murid-muridnya yang lain termasuklah Syafi‘i sendiri.
Malik, dalam masalah hukum syarak tidak mengemukakan pendapatnya sendiri mahupun memindanya. Segala yang  diperkatakannya adalah berlandaskan kitab al-Qur'an dan al-Hadith. Perbincangan yang sedang berlangsung itu terganggu  apabila ulama  Hanafi menghalang sambil bertanya kepada ulama Maliki tersebut: “Anda berpegang  kepada pendapat  yang mengatakan fatwa-fatwa  Malik adalah selari dengan al-Qur'an dan  al-Hadith.  Sekarang, cuba beritahu  saya, ayat al-Qur'an atau al-Hadith yang manakah  yang mengatakan  bahawa daging anjing itu halal dimakan  ataupun  yang mengatakan  bahawa air liur dan bahagian-bahagian badannya  itusuci. Cuba buktikan kepada saya apakah ada hadith yang mengatakan bahawa membaca A‘uzu bi-Llah dan Bismi-Llah sebelum surah al-Hamd itu tidak sah, dan membaca salawat ke atas Nabi Muhammad (s.a.w) dan Ahl al-Bayt baginda (a.s) dalam sembahyang tidak wajib.

Kini,  ulama Syafi‘i dan Hanafi  bergabung  bersama-sama menentang ulama Maliki. Perbincangan menjadi semakin sengit dan  bertambah runcing berbanding dengan sebelumnya, dan  saya merasa bimbang kemungkinan akan berlakunya pertelingkahan.

ADAKAH MAZHAB HANBALI ITU BENAR?

Sejauh ini, ulama Hanbali yang berada berhampiran mendengar perbincangan tadi  secara diam-diam tetapi akhirnya dia  memecah­ kan kesunyian itu dengan berkata: “Wahai Yuhanna! Saya bercakap  ini demi kerana Allah supaya saya dapat menceritakan keadilan dan kebenaran. Sekiranya kamu benar-benar ingin mencari kebenaran, ikutilah mazhab Ahmad bin Hanbal.”

Ketiga-tiga  orang ulama daripada mazhab  Syafi‘i,  Hanafi dan  Maliki segera memotong penjelasan ulama Hanbali itu  sambil menyatakan: “Bagaimana anda hendak membandingkan mazhab  anda dengan kami sedangkan mazhab anda sendiri tidak mempunyai dasar­nya.  Sebagai contoh, salah satu daripada ajaran mazhab  anda ialah Allah itu berjisim seperti manusia dan tinggal di syurga dengan tingginya empat jari daripada syurga. Anda juga  mempunyai pegangan bahawa pada setiap malam khamis, Tuhan  akan  turun  ke bumi  dan  menjelma dengan rupa bentuk seorang  lelaki  muda yang cantik,  memakai sepatu dengan renda daripada mutiara. Penduduk Kota Baghdad mencampakkan bijirin barli ke atas bumbung masjid supaya keldai yang ditunggangi oleh Tuhan dapat memakannya.” 

Perkara  ini juga begitu diketahui umum bahawa  ada  seorang bertanya kepada Dawud bin Hanbal berkenaan rupa bentuk keldai Tuhan itu. Lantas, dia mengatakan bahawa anda boleh menanyakan apa sahaja yang ingin diketahui asalkan tidak bertanyakan mengenai janggut dan bahagian-bahagian sulitnya, cukuplah.

Sehubungan dengan ini, Ahmad bin Hanbal juga banyak membuat kenyataan yang tidak berasas sama sekali antara lain, seandainya terdesak, anda boleh membuat hubungan dengan hamba abdi anda. kalaulah  kepercayaan mazhab anda banyak yang tidak dapat dapat diterima akal, lalu bagaimana anda dapat mengatakan bahawa  mazhab andalah yang paling benar berbanding dengan mazhab-mazhab yang lain.

Saya, Yuhanna merasa sungguh terkejut dengan kekurangan  dan kepincangan  yang terdapat dalam keempat-empat mazhab  tersebut. Apabila memikirkan kebodohan dan berbagai-bagai percanggahan tersebut, saya akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menerima dan  yakin bahawa inilah agama yang benar  tetapi  masalah yangtimbul ialah bagaimana untuk menyempurnakan ajaran Islam, sedangkan banyak kerumitan yang parah terdapat  dalam  mazhab-mazhab tersebut.

ALIRAN YANG PALING BENAR IALAH SYI‘AH

Sebaik sahaja selesai mendengar perdebatan para ulama tadi, Yuhanna merayu: “Wahai para alim ulama daripada  keempat-empat mazhab, saya memohon dengan nama Allah dan Rasul-Nya, beritahu­kanlah kepada saya apakah ada lagi  mazhab-mazhab yang  lain selain daripada keempat-empat ini dalam Islam?”

Ulama Sunni: Selain daripada keempat-empat aliran tersebut terdapat satu lagi mazhab tetapi ia tidak mempunyai asas yang kukuh. Di samping itu, mereka tidak  mempunyai ramai  pengikut  dan  digelarkan  dengan  nama “Syi‘ah.” Mereka mewakili  kumpu­lan minoriti. Di negara-negara Islam, golongan Yahudi, Kristian dan  golongan beragama yang lain bebas untuk menyatakan kepercayaan dan   anutan masing-masing, tetapi kumpulan  ini tidak berbuat demikian kerana mereka daripada golongan Syi‘ah dan takut kemungkinan mereka akan dibunuh. Secara ringkasnya, mazhab Syi‘ah merupakan sebuah mazhab yang tidak berasas  dan para pengikutnya juga hanya terdiri daripada kumpulan minoriti sahaja.

Yuhanna: Adakah kamu menyisihkan mereka dengan mengatakan aliran  mereka  salah kerana bilangan mereka  yang  sedikit  atau apakah ada alasan yang lain-lain lagi? Tidakkah anda tahu bahawa al-Qur'an memuji-muji golongan minoriti? Di dalam ayat-ayat  al-Qur'an banyak   yang menjelaskannya, antaranya Allah  telah berfirman yang bermaksud: 

“Orang-orang yang beriman dan menger­jakan  amal yang saleh, dan amat sedikitlah mereka  ini.”  (Surah 38: 24)

“Dan tidak beriman bersama Nuh itu kecuali sedikit.” (Surah 11:  40)

“Dan sedikit saja daripada hamba-hmba-Ku yang  bersyu­kur.” (Surah 34: 13)

“Dan mereka tidak beriman kecuali  sedikit sahaja.” (Surah 4: 49)
“Berapa banyak  terjadi  golongan  yang sedikit dapat mengalah golongan yang banyak dengan izin Allah.” (Surah 2: 249)

Di  satu   pihak lagi,  al-Qur'an  telah  mengutuk  kumpulan majoriti  di dalam beberapa ayat, sebagai contohnya:

“Dan  jika kamu  menuruti  kebanyakan orang yang di muka bumi  ini, nescaya mereka  akan menyesatkanmu daripada jalan Allah.” (Surah 6:116)

“Sesungguhnya  telah  pasti berlaku perkataan  (ketentuan  Allah) terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak beriman.” (Surah 36:7)

Wahyu Allah ini jelas menunjukkan bahawa pegangan agama itu tidak boleh dikatakan tidak sah atau salah hanya kerana bilangan para pengikutnya  sedikit ataupun sebaliknya, dikatakan  benar dengan melihat kepada bilangan majoritinya saja.  Justeru  itu, saya benar-benar  mengharapkan agar anda  dapat  memperkenalkan  saya  kepada  tokoh ulama Syi‘ah supaya saya  dapat berbincang dengannya mengenai mazhab tersebut.

Ulama Sunni: Jelasnya, tidak ada seorang pun ulama  Syi‘ah yang berani menyertai kami dan sekiranya dia berbuat begitu,  dia tentu akan dibunuh.

Yuhanna:  Adakah golongan Syi‘ah ini tidak percaya  kepada keesaan Allah?

Ulama Sunni: Memang benar, mereka percaya malahan mereka melebih-lebihkan pula sifat-sifat Allah.

Yuhanna:  Adakah para pengikut Syi‘ah tidak percaya kepada Nabi  yang  terakhir (Nabi Muhammad (s.a.w))  dan  adakah  mereka tidak yakin akan kebenaran al-Qur'an?

Ulama  Sunni: Memang benar mereka percaya kepada  kebenaran al-Qur'an, dan bahkan lebih dari itu mereka percaya bahawa Nabi Muhammad (s.a.w), sama ada sebelum mahupun sesudah menjadi rasul adalah  ma'sum  dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan  dan dosa yang kecil ataupun yang besar.

Yuhanna:  Apakah golongan Syi‘ah tidak percaya akan Hari Akhirat?

Ulama Sunni: Tidak, mereka sememangnya beriman dengan semua perkara tersebut.

Yuhanna:  Adakah  golongan Syi‘ah  tidak  percaya  dengan soal-jawab dalam kubur, titian Sirat al-Mustaqim di syurga  atau Mizan ( timbangan  amalan  seseorang di  Hari Pengadilan)?

Ulama  Sunni: Sudah pasti mereka  beriman  dengan  hal-hal tadi.

Yuhanna:   Apakah para pengikut Syi‘ah tidak mahu menyembah Allah atau adakah mereka menolak untuk melakukan amalan yang diwajibkan Islam seperti kebersihan, sembahyang, puasa, menunai­kan haji dan berjihad di jalan Allah?

Ulama Sunni: Tidak sama sekali, bahkan mereka sememangnya menyakini semua itu, lebih daripada yang lain.”

Yuhanna: Benarkah Syi‘ah membenarkan minum  arak,  berzina, makan haram, merampas hak orang lain dan menggunakannya bagi diri mereka?

Ulama Sunni: Demi Allah! Semua itu tidak benar sama sekali. Mereka tidak pernah menghalalkan makan benda yang haram. Berband­ing dengan aliran agama yang lain mereka bahkan cuba mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada dosa dan maksiat.

Yuhanna:  Kalaulah   anda  sendiri menerima  hakikat  bahawa golongan Syi‘ah beriman dengan La ilaha  illa  Allah, Muhammad Rasulullah (Kalimah  Syahadat), sembahyang, puasa,  haji,  zakat dan   lain-lain seperti yang diperintahkan  oleh  Allah,  lantas kenapakah  mereka patut dihukum bunuh? Saya merasa cukup hairan dengan sikap orang Islam seperti kamu yang sanggup membuat kenya­taan yang tidak benar mengenai mereka.

APAKAH MANUSIA ITU MELAKUKAN PERBUATAN DENGAN TERPAKSA

Apabila  perbincangan tadi sampai ke peringkat ini,  Yuhanna cuba menutup  ruang  bagi para Ulama Sunni  dengan  menegaskan kepada mereka bahawa merekalah sebenarnya yang berada  di jalan yang salah. Ulama-ulama tersebut cuba mengalihkan tajuk perbin­cangan dengan mengatakan: Kami menentang mereka kerana mereka menentang sebahagian daripada kepercayaan kami.

Yuhanna: Cuba ceritakan di manakah letaknya perbezaan keper­cayaan kamu, sekurang-kurangnya dapat juga saya mengetahuinya.

Ulama  Sunni: Golongan Syi‘ah percaya bahawa manusia bebas mengikut atau menentang perintah Allah (iaitu kuasa untuk memilih yang  baik  dan buruk terletak di tangan  mereka,  sedang  Allah menyuruh  kita mentaati dan menyembah-Nya, dan menegah  kita  daripada berbuat zalim, dosa dan  kufur  kepada-Nya.  Kepercayaan ini adalah tidak benar. Mereka  juga  percaya  Tuhan mempunyai musuh-musuh-Nya.

Yuhanna:  Ini   jelas menunjukkan  mazhab  anda   menerima hakikat bahawa apa sahaja perbuatan salah yang dilakukan  adalah sejajar dengan kehendak Allah. Ini bermakna, segala perbuatan jahat yang dilakukan oleh orang kafir selaras dengan kemahuan Allah dan dia sendiri tidak berdaya menurut kehendaknya. Kalaulah demikian, kenapakah Tuhan berulangkali menegaskan:  “Berimanlah kepada-Ku dan takutilah kemurkaan-Ku.” Ini bererti bahawa Tuhan mahukan syaitan melakukan kejahatan, peminum arak terus meminum arak sedangkan mereka sendiri tidak berdaya mengawal perbuatan mereka.

Jika  benar demikian, kenapakah Allah  mengingatkan  mereka tentang kemurkaan-Nya. Kalaulah manusia tidak berkuasa terhadap setiap perbuatan  yang  mereka lakukan, justeru  itu  kenapakah mereka harus menerima kemurkaan dan azab daripada Allah. Sebenar­nya, keadilan Allah bukanlah demikian sehingga menyebabkan seseorang yang langsung tidak berdaya akan menderita kerana tindakan yang telah dilakukannya. Allah sendiri telah berulangkali member­ikan   amaran agar menjauhkan  diri daripada  terlibat dalam perkara-perkara maksiat. Banyak contoh yang dapat dipetik daripada al-Qur'an, di antaranya:

“Kenapakah mereka melakukan perkara-perkara  yang mungkar.”
(Surah 2: 20)

“Kenapakah  kamu  melambat-lambatkan kebenaran di atas kepalsuan.” (Surah 3: 71)

“Kenapakah kamu menghalang manusia daripada menuju ke jalan yang  lurus.” (Surah 3: 99)

Begitu juga,  terdapat  banyak  ayat  al-Qur'an mengingatkan sekalian manusia  supaya menghindarkan diri  daripada  dosa  dan noda. Ayat-ayat tadi jelas membuktikan bahawa Allah (s.w.t) tidak mahu para hamba-Nya terjerumus ke lembah kesesatan.

Saya, Yuhanna merasa sungguh hairan dengan kepercayaan yang mengatakan bahawa Allah tidak mengkehendaki orang-orang kafir beriman kepada-Nya, atau dalam keadaan lain, Allah mahukan semua orang kafir memeluk Islam dan beriman kepada-Nya. Apakah  Allah mengkehendaki sebahagian daripada para hamba-Nya menjadi penyem­bah berhala? Saya sendiri masih baru memeluk Islam tetapi menyak­ini bahawa kepercayaan yang anda anuti itu  jelas  bertentangan dengan ajaran-ajaran al-Qur'an.

Anda  semua percaya bahawa Allah mengkehendaki semua  musuh-Nya menghalang-Nya. Anda mengatakan para pengikut Syi‘ah yang mempunyai  kepercayaan  yang bersalahan  denganmu patut dihukum bunuh.  Nampaknya  anda cuba menunjukkan kezaliman  anda  dengan bertindak sebegitu rupa. Walau bagaimanapun,  saya tetap  mempun­yai  keyakinan  hanya Syi‘ah lah sahaja golongan  yang  berada di pihak yang benar.

Keempat-empat  mazhab Sunni tadi cuba  menyulitkan  keadaan dengan mengatakan:  Wahai Yuhanna! Kami tidak mengatakan  Syi‘ah berada  di pihak yang salah tetapi kami menentang mereka  kerana kepercayaan-kepercayaan  dalam  ajaran  mereka  yang mengatakan bahawa  umat Islam akan berpecah kepada tujuh  puluh  tiga  (73) firqah (puak), tujuh puluh dua (72) daripadanya akan  ke  neraka manakala  satu lagi (dari kalangan Syi‘ah) akan masuk ke syurga. Oleh  kerana mereka berpendirian demikianlah menyebabkan  mereka layak untuk dibunuh.

Yuhanna:  Namun begitu, apakah anda percaya  bahawa  mazhab andalah yang paling diberkati Allah?

Ulama Sunni: Kami sendiri tidaklah dapat memastikan  apakah mazhab kami yang benar daripada kesemua tujuh puluh  tiga (73) firqah tersebut.

Yuhanna:  Dengan  nama Allah, cuba beritahukan  kepada  saya atas dasar apakah Syi‘ah menetapkan mereka di pihak yang benar?

Ulama Sunni: Golongan Syi‘ah berkata demikian kerana mereka berpandukan kepada sebuah hadith Nabi (s.a.w) yang bersabda: “Ahl al-Baytku ibarat bahtera Nabi Nuh (a.s), barangsiapa menaikinya akan selamat dan barangsiapa menyingkirkan diri daripadanya akan tenggelam dan sesat.”

Sehubungan dengan ini juga, mereka percaya bahawa Imam  ‘Ali (a.s) bersama-sama kebenaran dan kebenaran  itu  bersama-sama dengan Imam  ‘Ali (a.s). Kedua-dua buah hadith tersebut memang terkenal di kalangan semua mazhab Islam. Namun demikian, sebaik sahaja Rasulullah (s.a.w) wafat, umat Islam mulai menentang Ahli al-Bayt (kaum kerabat) Rasulullah (s.a.w) dan mengisytiharkan Abu Bakr sebagai pengganti (khalifah). Golongan Syi‘ah enggan member­ikan taat setia (bai‘ah) kepada Abu Bakr, sebaliknya terus bersa­ma-sama dengan Imam ‘Ali  (a.s)  dan  Ahl al-Bayt  Rasulullah (s.a.w). Lantaran itu, Syi‘ah menjelaskan bahawa merekalah  yang paling  benar dari kalangan tujuh puluh tiga (73) kumpulan (mil­lah) tersebut.

Yuhanna:  Sekiranya golongan Syi‘ah dapat memberikan hujah-hujah untuk menjelaskan dua keraguanku, tentunya kebenaran mereka dapat diketahui.

1) Benarkah Rasulullah (s.a.w) dan Ahl al-Bayt baginda menentang Abu Bakr, ‘Umar dan para pengikut mereka.

2) Benarkah Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Ahl al-Baytku dan para Imam yang suci ialah para pemimpin yang tulus dan benar selepasku.”

Di samping hujah-hujah daripada bahan-bahan Syi‘ah, saya akan merasa yakin seandainya mendapat bukti-bukti dari  kalangan kitab Ahl al-Sunnah sendiri.

Ulama  Sunni:  Ya, perkara yang anda jelaskan  tadi  memang benar, adil dan patut dihormati. Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman memang bertelingkah dengan Ahl al-Bayt Rasulullah (s.a.w).

(Di sini, Yuhanna merasa sungguh kecewa sambil mengemukakan soalan-soalan seterusnya dan berharap akan mengetahui segala kebenaran dan kepastian.)

Yuhanna:  Wahai ulama mazhab Sunni, saya  bermohon  dengan nama Allah yang telah berfirman dalam Surah al-Baqarah (2): 159: “Sesungguh­nya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami  menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab,  mereka  itu dilaknati Allah dan dilaknati pula oleh semua makhluk yang  dapat melaknati.”  Cuba jelaskan apakah terdapat alasan yang kukuh  dan hujah  yang kuat, sama ada dalam al-Qur'an mahupun hadith  bahawa sebaik  sahaja  Rasulullah  (s.a.w) wafat, Abu Bakr,  ‘Umar dan ‘Uthman telah memusnahkan jalinan hubungan mereka dengan Ahl  al-Bayt, ‘Ali, Fatimah dan `Abbas.


Ulama Sunni: Ya, Sahih al-Bukhari, kitab yang paling sahih menyebutkannya dalam dua bentuk:  

1)  ‘A’isyah berkata: Ayahnya, Abu Bakr bertelingkah dengan ‘Ali selama hampir enam (6) bulan sewaktu isterinya, Fatimah (a.s) masih hidup.

2) ‘Umar  berkata: ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas mempunyai  hubungan  yang tegang dengannya.

Yuhanna: Kenapakah ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas menentang  kekhalifahan  Abu Bakr dan ‘Umar? Terdapat sebahagian  penjelasan  dalam mazhab anda mengatakan bahawa menurut pandangan Syi‘ah, perlantikan Abu Bakr dan ‘Umar yang dilaksanakan oleh umat Islam  daripada  mazhab Sunni sebagai pengganti Nabi adalah dianggap  tidak sah.

Ulama  Sunni: Kitab-kitab kami ada  meriwayatkan  pandangan Syi‘ah tersebut yang ternyata membuktikan bahawa Imam ‘Ali  (a.s) dan  ‘Abbas telah berselisih faham dengan Abu  Bakr  dan ‘Umar. Contohnya, `Umar memberitahu ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas, sebaik sahaja Rasulullah (s.a.w) wafat, bahawa Abu Bakr bangun sambil  mengata­kan, dia merupakan orang yang paling layak menggantikan  Rasulul­lah (s.a.w). Pada ketika inilah, ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas menuntut warisan mereka. ‘Abbas menanyakan bahagiannya daripada hak  kepu­nyaan  anak saudaranya (Nabi (s.a.w)), manakala ‘Ali (a.s)  pula bagi pihak bapa mertuanya (Nabi (s.a.w)). Abu Bakr menjawab: Nabi telah bersabda: “Kami para nabi tidak meninggalkan warisan. Apa yang kami tinggalkan hanya berupa sadaqah.” Kedua-dua perkara itu tadi telah disebutkan hanya oleh Abu Bakr seorang sahaja. Allah Maha  Mengetahui, apakah Abu Bakr berkata benar ataupun sebalik­nya.  Selepas kematian Abu Bakr, ‘Umar menggantikannya sebagai khalifah. Justeru itu, ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas mengatakan dia (Abu Bakr) sebagai pendusta, manakala mereka berdua pula di pihak yang benar. Jadi, bagaimana  ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas  boleh menuntut warisan daripada hak kepunyaan Rasulullah (s.a.w) itu?

Semua kenyataan ini dibuat oleh ‘Umar sewaktu dihadiri  oleh para sahabat Nabi dan tokoh terkemuka yang lain seperti Anas  bin Malik, ‘Uthman, ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf, Zubayr, Sa‘id dan  lain-lain. Tiada seorang pun bangun menyatakan bantahan mereka terhadapnya dan  ini jelas membuktikan bahawa Abu Bakr  dan ‘Umar benar-benar menentang Imam ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas.

Ulama  Sunni menyebutkan hal ini dalam kitab-kitab  mereka. Yuhanna kemudian mencelah sambil berkata: Wahai tuan-tuan yang mulia! Marilah  kita  lupakan sebarang  prasangka  dan sikap berpura-pura dan kembali dalam perbincangan ini dengan fikiran yang tenang dan terbuka mencari kebenaran yang hakiki.

1) Kitab-kitab anda seperti Sahih Muslim dan Sahih al-Bukhari ada meriwayatkan bahawa Abu Bakr dan ‘Umar berbeza pendapat dengan Ahl  al-Bayt  Nabi (s.a.w) dan keadaan ini terus berlanjutan  sehingga ke akhirnya. Kenapa boleh terjadi demikian?.

2)  Jikalau prinsip-prinsip utama pegangan Syi‘ah itu, mereka mendapatkannya  daripada pimpinan dan tunjukajar   kaum  kerabat Nabi  (s.a.w),  apalah  salahnya mereka  berbuat demikian. Sila berikan hujah daripada kitab-kitab anda?

SADIQ - NAMA BAGI AHL AL-BAYT MUHAMMAD (S.A.W)

Berbagai-bagai hujah dan dalil menyokong fakta yang mewajibkan umat Islam mempelajari dan mengambil pimpinan daripada  Rasu­lullah (s.a.w) dan  Ahl al-Bayt (a.s) kerana mereka memang selayaknya mendapat penghormatan dan kemuliaan. Ini dapat dilihat dalam kitab-kitab karangan Syi‘ah dan Ahl al-Sunnah. Yuhanna mengaitkannya sebagai bahan perbincangan ketika meneruskan soal­ jawab dengan para Ulama Sunni.

Yuhanna:  Wahai tuan-tuan yang  mulia!  Berdasarkan  kepada kalimah La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasulullah, saya  menuntut anda  semua menceritakan hadith-hadith yang  berkaitan dengannya kepada saya, daripada kitab-kitab anda  yang  telah mengangkat martabat dan status suci Ahl al-Bayt Rasulullah (s.a.w).

Ulama  Sunni: Ya, Zayd bin Arqam telah meriwayatkan  sebuah hadith dalam  Sahih Muslim dan Sahih al-Bukhari, iaitu Nabi (s.a.w)  bersabda: “Para malaikat turun memberitahuku  mengenai saat-saat kepergianku yang kian hampir. Oleh sebab itu, aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sangat berharga (al-Thaqalayn) iaitu al-Qur'an yang menjadi sumber ilmu, dan Ahl al-Baytku (keluarga Rasulullah (s.a.w)) yang dimuliakan Allah dan sudah sepatutnya dihormati oleh sekalian umat manusia.”
Dalam  kitab Jami‘ al-Sahihain, Nabi (s.a.w) berdoa: “Ya Allah, berkatilah ‘Ali (a.s) dengan sifat dermawan dan jadikanlah kebenaran  sentiasa berada di pihaknya.”

Sahib al-Kasysyaf   (al-Zamakhsyari) mencatatkan sebuah hadith, sabda Nabi (s.a.w): “Fatimah (a.s) adalah kekuatan hatiku, dua cahaya matanya adalah buah hatiku, suaminya adalah sinar kedua-dua mataku.” “Semua Imam menjadi tali penghubung antara Allah dan manusia.” “Barangsiapa mencari petunjuk menerusi mereka akan dirahmati  dan diampuni, dan barangsiapa menyingkirkan diri daripada mereka akan musnah.”  Malahan Nabi (s.a.w) pernah bersabda: “Ahl al-Baytku ibarat bahtera Nabi Nuh (a.s), barangsiapa menaiki bahtera itu akan selamat.”

Yuhanna: Hadith yang bersumber daripada kitab anda itu boleh dipercayai, khususnya di kalangan mazhab anda sendiri. Bagi mereka yang telah mengetahuinya, seandainya mereka cuba menghindarkan diri daripada mengikuti Ahl al-Bayt, nescaya Allah jua yang Maha Mengetahui, apakah Syi‘ah itu di pihak yang benar ataupun sebaliknya.

Kedua: Kalau hadith tersebut terdapat dalam kitab-kitab anda sendiri, justeru  itu apakah sebabnya anda mengutuk  mereka  dan mengatakan mereka selayaknya dibunuh. Anda membandingkan Ahl al-Bayt Rasulullah (s.a.w) dengan Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Uthman se­dangkan hadith Muslim jelas mewajibkan (umat Islam) mengikuti Ahl al-Bayt (a.s). Jika Syi‘ah yang berbuat demikian, sudah tentulah mereka berada di pihak yang benar.

         
SUATU PEMERHATIAN TERHADAP ABU BAKR, ‘UMAR DAN ‘UTHMAN


Para Ulama Sunni memberikan suatu corak baru dalam  perbincangan itu  dengan menyatakan bahawa perkataan rafidi (yang digunakan untuk Syi‘ah) diambil daripada perkataan rafd yang bermaksud “menentang perintah dan sabda Nabi  (s.a.w).”  Justeru itu, mereka layak menerima kutukan kerana melawan dan mengkritik tindakan para sahabat Nabi seperti Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Uthman.

Yuhanna: Atas dasar apakah, Syi‘ah menentang ketiga-tiganya?

Maulana  Rasyid Syafi‘i: Di antara hujah-hujah Syi‘ah  ialah mereka mengatakan:  “Abu Bakr telah bertindak  menyakiti  hati Fatimah  (a.s) dan  barang siapa yang  menyakiti Fatimah  (a.s) bererti dia menyakiti Nabi (s.a.w). Sekiranya Rasulullah  (s.a.w) disakiti nescaya laknat Allah akan ditimpakan ke atas orang  yang bertanggungjawab melakukannya.”
          
Yuhanna:  Perkara  yang  sama  terdapat  dalam  hadith  Nabi (s.a.w) yang  juga didapati dalam kitab-kitab  anda.  Sahih  al-Bukhari,  kitab yang paling sahih ada  menyebutkan bahawa  Nabi (s.a.w) bersabda: “Fatimah (a.s)  adalah  sebahagian  daripada diriku. Barangsiapa menyakiti Fatimah (a.s), dia menyakiti diriku dan barangsiapa bersikap tidak sopan terhadapnya, ia juga bersi­kap demikian terhadapku.”

Hadith-hadith tersebut ada disebutkan dalam kitab anda,  dan anda sudah  seharusnya beriman dengan hadith-hadith  itu.  Cuba terangkan secara terperinci, adakah Abu Bakr memang pernah meny­akiti hati Fatimah (a.s) ataupun tidak?

Ulama  Sunni:  Memang benar hadith itu  tadi  ada  tercatat dalam kitab kami. Sahih al-Bukhari juga menyebutkan bahawa  sele­pas kewafatan Nabi (s.a.w), Fatimah (a.s) telah menemui Abu  Bakr untuk menuntut hak warisannya, tetapi Abu Bakr menolak  tuntutan nya. Atas alasan inilah, Fatimah (a.s) telah berkecil hati terhadapnya  dan tidak pernah bercakap dengannya sehinggalah kematian menjemputnya pergi. Fatimah (a.s) telah meninggalkan pesan  untuk suaminya  Imam ‘Ali (a.s) agar menguburkannya pada  waktu malam  supaya Abu Bakr dan para sahabatnya tidak dapat menghadiri majlis pengkebumian ataupun mengetahui  perkara  tersebut.  Inilah  di antara intisari yang terkandung dalam hadith itu.

‘A’isyah  sendiri  mengesahkan bahawa  selepas  Nabi  (s.a.w) wafat, Fatimah (a.s) telah datang berjumpa dengan Abu  Bakr  dan menuntut kebun Fadak (yang Nabi (s.a.w) perolehi  semasa Perang Khaybar)  dan hanya Fatimah (a.s) sahajalah satu-satunya pewaris kebun  tersebut. Abu Bakr menafikan haknya  sambil  mengemukakan sebuah hadith yang menerangkan bahawa “para nabi tidak  mening­galkan  sebarang warisan. Apa sahaja yang  menjadi  milik  nabi hanyalah berupa sadaqah untuk diagihkan kepada seluruh  umat Islam, termasuklah               juga keluarga nabi yang berhak menerima hasil­nya.”

Sepanjang  hayat  Rasulullah  (s.a.w),  baginda  menggunakan harta itu bagi faedah umum, justeru itu Abu Bakr ingin melaksanakan hal yang serupa. Dengan bertindak demikian, dia telah menafikan semua hak Fatimah (a.s).

Kejadian ini digambarkan dengan jelas dalam kitab Sahih  al-Bukhari daripada riwayat ‘A’isyah. (Kebun Fadak itu telah diubahkan kepada nama Fatimah (a.s) pada masa Rasulullah (s.a.w)  masih lagi  hidup, tetapi selepas baginda wafat, Abu Bakr telah meram­pasnya dari Fatimah (a.s).)

Yuhanna: Hadith-hadith tersebut ternyata membuktikan  bahawa Abu Bakr memang benar-benar telah menyakiti hati  Fatimah  (a.s) dan bertindak  secara tidak adil terhadapnya.  Apabila  Fatimah (a.s) disakiti, seolah-olah Nabi (s.a.w) sendiri yang disakiti. Allah  berfirman  dalam Surah al-Ahzab (33):  57: “Barangsiapa menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah akan melaknatinya di  dunia dan di akhirat dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan.”

Al-Qur'an dan al-Hadith Nabi (s.a.w) telah menegaskan  demi­kian.  Jadi, sesiapa sahaja biarpun mereka itu  terdiri  daripada kalangan  sahabat Nabi sekalipun, mereka  juga layak  dilaknati sekiranya menyakiti atau bertindak tidak wajar terhadap  Rasulul­lah (s.a.w) dan anak perempuan baginda, Fatimah (a.s).

Sampai  ke peringkat ini, para Ulama Sunni kebingungan  dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Mereka kemudiannya cuba mencari helah bagi  mengatasi  persoalan ini  dengan mengalihkan tajuk perbincangan kepada persoalan lain iaitu sama  ada  kekhalifahan Abu Bakr itu adalah daripada anugerah Allah ataupun ijma‘.

Yuhanna:  Kenapa anda semua membisu. Sila kemukakan jawapan kepada persoalan ini?

Ulama Sunni: Para ulama terdahulu daripada kami telah  pun memberikan  jawapannya. Mereka mengatakan bahawa khalifah  mereka adalah  seorang  yang adil kerana mereka diisytiharkan menerusi pemilihan orang ramai (ijma‘) dan telah diakui kesahihannya. Jadi, bagi sesiapa yang tidak mahu menerima hakikat ini selayaknya dibunuh

Yuhanna:  Maksud anda, titik perbezaan persoalan  ini  adalah oleh kerana pemilihan khilafah ini dibuat secara ijma, ia hendak­lah dianggap adil dan sah, dan sekiranya Ahl al-Bayt Nabi (s.a.w) menentang keputusan ini, mereka layak dihukum bunuh.

Kedua:  Anda  juga  mengatakan bahawa Abu  Bakr,  ‘Umar  dan ‘Uthman  akan ditempatkan di syurga, dan ini perlu kepada  bukti. Sebenarnya,  perkara  ini telah dirakamkan oleh  al-Hamidi  dalam kitab Jami‘ bain al-Sahihain. Beliau memetiknya daripada  ‘Abdul­lah bin ‘Abbas yang meriwayatkan daripada Nabi (s.a.w) yang telah bersabda: “Apabila umatku dibawa ke hadapanku di Hari Pengadilan nanti, sebahagiannya dimurkai Allah. Lalu, aku bertanyakan sebab­nya, kerana mungkin mereka terdiri daripada para sahabatku  juga.” Allah  menerusi wahyu kemudiannya memberitahuku:  “kamu  tidak mengetahui apa yang telah mereka perbuat selepas kewafatanmu yang menjadi  faktor penyebab segala kejadian yang buruk.  Aku  akan menjawab,  bahawa sepanjang hayatku aku memang mengetahui  gerak-geri mereka tetapi apabila aku mati hanya Engkaulah sahaja  Tuhan yang  Maha Mengetahuinya. Apa sahaja yang Engkau lakukan,  itulah kehendakmu kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Adil. Pada ketika itu Allah akan mewahyukan kepadaku iaitu sahabat-sahabat tadilah yang telah melawan segala perintah dan ajaran selepasmu.” Dari  bukti ini menunjukkan bahawa mereka bukanlah orang yang layak  menerima rahmat Allah dan menduduki syurga-Nya.

Sahih  al-Bukhari  juga  meriwayatkan  bahawa  ‘Umar  pernah berkata: “Pemilihan khalifah Abu Bakr dilakukan secara  tergesa-gesa (faltah) dan tidak begitu perlu, juga tidak dilakukan  menu­rut pendapat bersama.”

“Semoga Allah menyelamatkan umat Islam daripada kejadian  ini pada masa  yang  akan datang. Jika sekiranya  didapati  sesiapa sahaja mengikuti cara ini, tangkaplah dia dan bunuh.”

Yuhanna membuat kesimpulan bahawa pemilihan Abu Bakr  bukan­lah dilakukan menurut keputusan Rasulullah (s.a.w) mahupun  oleh umat Islam seluruhnya.

ADAKAH PERLANTIKAN ABU BAKR BAGI JAWATAN KHALIFAH DILAKUKAN  OLEH  NABI (S.A.W)?

Yuhanna: Adakah Rasulullah (s.a.w) melantik Abu Bakr bagi jawatan  khalifah itu hanya untuk beberapa hari sahaja ?

Ulama  Sunni:  Semasa Rasulullah (s.a.w)  sedang  menderita sakit, baginda telah meminta para sahabatnya yang duduk  berdekatan supaya membawakan dakwat dan pena supaya baginda dapat  mem­berikan petunjuk dan pimpinan yang berguna untuk membantu  mereka selepas kewafatan  baginda (s.a.w). Lalu seorang sahabat  Nabi berkata: “Oleh kerana Nabi (s.a.w) dalam keadaan  nazak  (sakit tenat), baginda meracau-racau (hajara).”

Yuhanna:  Bolehkah anda namakan sahabat  yang  mengucapkan kata-kata tersebut?

Ulama  Sunni:  Dia ialah ‘Umar yang  menyebutkan  perkataan tersebut di  luar daripada batas kejujuran  dan  rasa  hampirnya kepada Nabi (s.a.w).

Yuhanna:  Maksudmu, dia (‘Umar) merasa bimbang dan khuatir Nabi (s.a.w) akan menuliskan perlantikan khalifah yang bakal menggantikan baginda. Justeru kerana ragu-ragu yang dia sendiri tidak akan terpilih, lalu dia (‘Umar) menolak  permintaan Nabi (s.a.w) (untuk mendapatkan dakwat dan pena). Dengan itu, dia telah mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa Rasulullah (s.a.w) meracau-racau dan tidak boleh ditaati perintahnya.

Wahai  para ulama cerdikpandai yang dimuliakan! Aku  sedang mencari yang paling benar. Aku bukannya daripada golongan  Syi‘ah atau  Sunni. Anda mengatakan bahawa Nabi  (s.a.w)  dalam  wasiat baginda  tidak melantik sesiapa pun sebagai penggantinya, tetapi hasil  pengkajianku daripada kitab Tawrat dan Bible menunjukkan bahawa Allah tidak pernah mengurniakan  kenabian (al-Nubuwwah) kepada  sesiapa pun juga sehinggalah dia menetapkan  siapa  bakal penggantinya.

Malahan  al-Qur'an  sendiri telah  mengatakan  bahawa  sudah menjadi kewajipan bagi setiap manusia meninggalkan wasiat apabila sedang sakit tenat dan dengan berbuat demikian dapat  meletakkan keluarga anda dalam keadaan yang baik.

Di pihak yang lain, kitab-kitab anda al-Bukhari, Muslim  dan kitab  al-Fara'id telah mencatatkan hadith yang  disabdakan  oleh Nabi  (s.a.w) supaya anda meninggalkan wasiat  dan  meletakkannya berhampiran ketika sakit.

Ini  jelas  menunjukkan adalah mustahil Nabi  (s.a.w)  tidak membuat perlantikan pengganti selepasnya sebelum baginda menghem­buskan nafasnya yang terakhir.

Kalau begitu, tentunya ini bertentangan dengan al-Qur'an dan hadith Nabi  (s.a.w) sendiri. Mengenai persoalan  Nabi  (s.a.w) menentang perintahnya sendiri tidak timbul kerana ternyata  tidak ada  bukti  yang dapat membenarkannya, begitulah juga  dari  segi logik akal.

Wahai ulama sekalian! Beritahukanlah kepadaku  bagaimanakah Syi‘ah boleh mendakwa bahawa ‘Ali (a.s) sebagai khalifah yang sah selepas Nabi (s.a.w).

Para ulama: Mereka mengambil banyak hadith untuk  menyokong dakwaan mereka itu.

Yuhanna:  Aku memohon anda sekalian dengan nama Rasulullah (s.a.w) agar memberitahuku apakah terdapat hadith-hadith tersebut dalam kitab-kitab anda?

Mawlana  Rasyid Syafi‘i: Ya. Hadith-hadith tersebut memang banyak terdapat dalam kitab-kitab yang menyokong dan menguatkan dakwaan mereka itu.


SEBAHAGIAN DALIL-DALIL YANG SAHIH BERHUBUNG KHILAFAH ‘ALI (A.S)

Mawlana Rasyid Syafi‘i: Bab-bab berkenaan Khalifah ‘Ali (a.s) ada disebutkan dalam kitab-kitab tersebut:

1) Dalam kitab Ma‘alim al-Tanzil, Nabi (s.a.w) membaca surah  al-Syu‘ara’ (26): 214: “Wa Andhir ‘Asyirata-ka al-Aqrabin” (dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang dekat) yang  dimak­sudkan kepada ‘Ali adalah saudaraku dan khalifahku. Nabi (s.a.w) seterusnya meminta orang lain supaya mereka mentaatinya dan tidak menentangnya.

‘Ali (a.s) telah merawikan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersab­da  seperti berikut: “Bahawa pada ketika ayat  ini  diwahyukan kepada Nabi (s.a.w), baginda telah memanggil aku dan memerintah­kanku supaya membawa semua kaum kerabat ‘Abd al-Muttalib ke suatu ruangan dengan bilangan mereka hampir empat puluh (40) orang.

Kemudian, dia  menyediakan makanan dan  susu dalam sebuah bekas yang  besar. Nabi (s.a.w) menyampaikan khutbahnya dengan bersabda: “Wahai kaum kerabat ‘Abd al-Muttalib, aku ditugaskan membawa rahmat dan berita gembira buat anda semua sama ada di dunia ini mahupun di hari akhirat nanti. Allah s.w.t telah memer­intahkanku mengajak dan menyeru anda ke jalan yang benar.  Siapa­kah di antara kalian yang mahu menurutiku dan menjadi saudara dan pemimpinku.”

Apabila tidak ada seorang jua pun yang mahu menyahut  seruan Nabi (s.a.w), ‘Ali (a.s)  lantas  bangkit  dan  berkata: “Lab­baik”" (Aku menyahut seruanmu) Aku  bersedia mengikutimu,  ya Rasulullah (s.a.w). Orang lain yang hadir dalam  pertemuan  itu mentertawakan mereka dan terus berlalu pergi. Mereka pergi menemui  Abu Talib dan memberitahunya bahawa Muhammad  (s.a.w)  telah memerintahkannya supaya menuruti perintah anaknya sendiri."

2) Berdasarkan sumber-sumber Sunni, Ahmad bin Hanbal telah menyebutkan dua buah dalil yang sahih. Abi'l-Bara' bin Azib berkata bahawa sewaktu dia dalam perjalanan bersama-sama dengan Rasulullah (s.a.w) sebaik sahaja mereka sampai di Ghadir Khum, Nabi (s.a.w) telah mendirikan  sembahyang zohor. Sesudah  selesai, baginda kemudiannya memegang tangan `Ali (a.s)  sambil bersabda  kepada  sekalian  sahabat: “Katakan padaku tidakkah  aku  lebih berkuasa  ke atas setiap mu'min lebih daripada diri mereka  sen­diri.”

Mereka  yang hadir menjawab: “Benar.“ Kata  baginda  lagi: “Ketahuilah dan  ingatlah sesiapa yang menjadikan aku sebagai mawlanya (pemimpin)  maka `Ali (a.s) juga adalah  mawlanya. Ya Allah! Cintailah siapa  yang memperwalikan dia  dan  musuhilah sesiapa yang memusuhi dia dan jauhilah sesiapa yang menyingkirkan dia dan  dia ialah `Ali bin Abi Talib (a.s), adikku  dan  wasiku(warisku). Wilayat (taat setia serta kecintaan kepada `Ali (a.s)) ini  telah diwajibkan oleh Allah s.w.t yang Maha Agong lagi  Maha Berkuasa. Sekalian anda di sini mempunyai tugas menyampaikan perintah ini kepada setiap mereka yang tidak hadir di sini!” Selesai pengisytiharan Rasulullah (s.a.w), `Umar al-Khattab bangun mengucapkan tahniah kepada Imam `Ali (a.s) dengan kata-katanya:  “Tahniah wahai anak Abu Talib, engkau menjadi mawla kepada sekalian orang yang beriman, lelaki dan perempuan.”

3)  Tha`labi  meriwayatkan daripada Haris bin  Nu`man. Selepas peristiwa Ghadir Khum, dia pergi berjumpa Rasulullah (s.a.w) dan secara  sinis menanyakan: “Engkau  telah  menceritakan keesaan Allah dan kenabianmu dan kami beriman dengan semua  itu. Kemudian, engkau telah memerintahkan kami mendirikan  sembahyang lima waktu, kami melakukannya. Selepas itu, engkau menyuruh kami melakukan haji  dan kami tetap  mentaatinya.  Sekarang, engkau melantik  pula sepupu bapa saudaramu sebagai mawla dan menyuruh kami membai`ahnya (taat setia) dengan  kata-katamu: “‘Ali  (a.s) ialah mawla bagi orang yang menjadikan aku mawlanya.” Cuba jelas­kan kepadaku adakah perintah ini daripada Allah atau daripada diri  engkau sendiri ?” Nabi (s.a.w) lalu bersumpah  dengan  nama Allah bahawa segala-galanya telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. Haris,  kemudian berlalu pergi sambil berdoa kepada  Allah,  jika sekiranya  kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah  (s.a.w)  itu benar,  biarlah  Allah menurunkan bala' atau laknat  ke  atasnya. Belum  sempat  dia  menghabiskan  kata-katanya, batu-batu  jatuh menimpanya dan membunuhnya.

4)  Ahmad  bin Hanbal telah meriwayatkan bahawa pada  suatu  hari Salman  telah bertanya kepada Nabi (s.a.w)  tentang  siapa  yang bakal menggantikannya. Nabi (s.a.w) menjawab: `Ali  (a.s)  ialah warisnya  yang bakal melunasi segala hutang  dan menyempurnakan tugas-tugasnya.

5)  Ibn Maghazali Syafi`i telah meriwayatkan dalam  kitabnya  al-Manaqib bahawa Nabi (s.a.w) pernah bersabda: “Putera-putera `Ali (a.s) ialah putera-puteraku jua.”

Yuhanna: Wahai  ulama Sunni sekalian!  Bila sahaja  anda menyatakan kelebihan Imam  `Ali  (a.s) dan keistimewaannya daripada kitab-kitab anda, aku dapat membuat kesimpulan bahawa Syi`ah memang berada di pihak yang benar. Anda menentang  mereka semata-mata hanya kerana kejahilan dan kedangkalan anda  mengenai mereka. Kalau memang hadith-hadith tersebut terdapat dalam kitab-kitab anda, jadi mengapakah anda tidak dapat menerima khilafah dan Imamah `Ali (a.s)?

Ulama  Sunni: Sebaik sahaja Rasulullah (s.a.w) wafat,  umat Islam  telah bersatu dan bersetuju melantik Abu  Bakr sebagai khalifah. Mereka juga memerintahkan semua orang agar mematuhi keputusan tersebut dan sekiranya ada  yang menentang, mereka hendaklah dibunuh.

Yuhanna:  Kalau  dalil-dalil mengenai  khilafah  `Ali  (a.s) sudah  jelas dicatatkan  oleh  kitab-kitab  anda, justeru   itu apa perlunya kepada keputusan ijma` yang lain.

Mawlana  Rasyid  Syafi`i:  Kami  tidak  sekali-kali  meragui kesahihan dalil-dalil tadi. Kami mengakui kebenarannya tetapi kami    rasa pendapat atau keputusan itu bertentangan dengan apa yang kami yakini.


AL-QUR'AN DAN KHILAFAH `ALI (A.S)

Yuhanna:  Saya ingin tahu sama ada dalam al-Qur'an  terdapat ayat-ayat  al-Qur'an  yang menegaskan kekhalifahan  dan  keimaman `Ali (a.s).”

Mawlana Rasyid Syafi`i: Sesetengah dalil yang menjadi  hujah Syi`ah dalam persoalan ini juga terdapat dalam kitab-kitab  kami. Di antaranya:

1) “Inna-ma waliyyu-kumullah ...” diceritakan dalam kitab  kami Sihah al-Sittah, diturunkan kepada `Ali  (a.s)  apabila  beliau mensadaqahkan sebentuk cincinnya kepada seorang pengemis semasa sedang sembahyang. Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t telah menya­takan `Ali (a.s) sebagai waris dan pengganti Rasulullah  (s.a.w). Perkara ini telah diterima oleh umat Islam kerana di antara  Nabi Muhammad (s.a.w) dan `Ali (a.s) tidaklah ada perbezaannya.

2) Allah berfirman, surah al-Ahzab (33): 6: “Nabi itu  hendaklah lebih utama  bagi orang-orang  mu'min  daripada  diri   mereka sendiri ... dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah  antara satu  sama lain lebih berhak (waris mewarisi) dalam kitab  Allah daripada orang-orang mu'min dan orang-orang Muhajirin.”

Jadi, berdasarkan ayat di atas tadi, jelas menunjukkan  `Ali (a.s)  ialah kaum kerabat yang paling  dekat dengan  Rasulullah (s.a.w) dan orang yang paling berhak mewarisi baginda. Kalau  ada yang  cuba membantah dengan mengatakan `Abbas, bapa saudara Nabi lebih layak sebagai pengganti, tentunya ia  tidak dapat  diterima kerana  `Abbas berbeza daripada `Ali  (a.s)   kerana  dia  tidak pernah bersama-sama dengan   Rasulullah (s.a.w) terutama  sekali sewaktu hijrah Nabi (s.a.w).

3)  Perintah   Rasulullah  (s.a.w) lebih  utama berbanding dengan yang lain  (biarpun  ia  daripada isteri-isteri Nabi, sahabat-sahabat atau sesiapapun jua) dan al-Qur'an sendiri telah menya­takan: “Sebahagiannya Kami  lebihkan  daripada sebahagian yang lain.”

4) Biarpun sekiranya dia seorang mu'min tetapi tidak turut bersa­ma-sama Rasulullah (s.a.w) berhijrah, dia tidak   layak   menjadi   pengganti baginda. Walaupun `Abbas  ialah  bapa saudara  sebelah bapa kepada Nabi  (s.a.w),  namun `Ali (a.s) lebih patut mewarisi Nabi (s.a.w)   kerana   beliau  ialah   sepupu Rasulullah (s.a.w) daripada kedua-dua belah pihak, bapa dan ibu.

5) Dalam surah al-Baqarah (2): 124, Allah berfirman: “Sesungguh­nya   Aku  akan menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia. Ibrahim berkata: (dan  saya mohon juga)   daripada  keturunanku.  Allah berfirman  lagi: Janji-Ku   ini  tidaklah   mengenai  orang-orang yang zalim.”

6)  Ibn Mas`ud merawikan daripada al-Humairi yang telah  meri­wayatkan  sabda Nabi (s.a.w): “Allah hanya memberitahu  aku  dan `Ali sahaja untuk menyeru sekalian  umat  manusia  kepada kebena­ran kerana mereka tidak pernah menyembah berhala-berhala.“

7)  Allah berfirman dalam al-Qur'an: “Taatlah kepada Allah   dan  taatlah kepada  Rasul dan  Uli'l-Amr dari  kalangan kamu.” Rasul-rasul  atau para utusan Allah tidak   sekali-kali menyeru  manusia kepada sesuatu yang lain selain daripada ketaatan kepada Allah s.w.t semata-mata.

Allah  s.w.t  jua   telah memerintahkan umat manusia  supaya  taat  dan  patuh  kepada segala perintah-Nya. Tentulah wajib bagi kita untuk mentaati para utusan Allah itu  kerana  hanya   mereka sahajalah yang dapat menjadi  panduan  disebabkan  mereka terdiri daripada orang-orang  yang  bersih dan suci. Perkara ini sudah menjadi  kepastian  kerana selepas kewafatan Rasulullah  (s.a.w), tidak   ada seorang pun yang layak menggantikan  baginda  kecuali `Ali (a.s) dan hanya beliau sahaja seorang yang ma`sum (terpeli­hara daripada dosa).


APAKAH HUJAH YANG MEMBUKTIKAN KEMAKSUMAN `ALI (A.S)

Yuhanna:  Bagaimanakah  cara   untuk   membuktikan `Ali (a.s) seorang yang ma`sum?

Mawlana Rasyid Syafi`i: Syi`ah mempunyai banyak hujah untuk menyokong alas an tersebut. Surah al-Ahzab (33): 33 menyebut­kan: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahl al-Bayt dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." Semua mazhab sama ada Syi`ah ataupun Sunni mengatakan ayat ini hanya   diturunkan kepada Nabi Muhammad, `Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn."`Abdullah bin Marz­bani telah menceritakan bahawa pada  suatu ketika beliau berada bersama-sama Rasulullah (s.a.w) sebelum mendirikan sembahyang  subuh, beliau  melihat semasa Rasulullah  (s.a.w)  keluar daripada  rumah  baginda, beliau akan menyentuh rumah `Ali (a.s) dan berkata: "Assalamu `alai-kum wa rahmatu-llahi  wabarakatuh." `Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn (a.s) membalas "Wa `alai-kum as-salam ya Nabiyyu-llah wa rahmatu-llahi wa barakatuh." Sekali lagi  Rasulullah (s.a.w) menyebutkan "As-salat yarhamkumuLlah", lalu kemudian   membaca ayat:  "Innama yuridu-llah " dan terus menuju ke masjid. Di atas hujah inilah, iaitu: "Allah telah membersihkan  mereka daripada segala kekotoran (bermaksud Nabi (s.a.w) dan Ahl al-Bayt (a.s)), mereka  dianggap ma`sumun kerana tidak pernah melakukan sebarang dosa dan maksiat sama ada kecil mahupun besar.

Ahmad ibn Hanbal  dalam kitabnya Sihah  al-Sittah  telah  menceritakan:  Ummi  Salma  berkata:  Semasa Rasulullah   (s.a.w)  berada bersama-samaku, lalu Fatimah pun masuk. Rasulullah (s.a.w) memintanya memanggil suami dan   anak-anaknya   dan mereka pun segera  datang.   Rasulullah(s.a.w) pada waktu itu sedang berselimut kain kisa'. Fatimah, `Ali dan dua orang anak mereka turut sama berselimut di dalamnya. Sejurus   kemudian, Allah  s.w.t  mewahyukan ayat al-Tathir  (kesucian)  kepada  Nabi (s.a.w) yang dibawa oleh malaikat Jibril (a.s).

Rasulullah (s.a.w) menadahkan tangan berdoa kepada Allah semoga mereka yang berselimut dalam kain kisa' merupakan kaum kerabat baginda yang  paling diberkati. “Ya Allah! Jauhkanlah segala dosa dan kekotoran daripada mereka dan  jadikanlah mereka orang-orang yang ma`sumun.”

Ummi Salma memohon keizinan Rasulullah (s.a.w) untuk menyer­tainya dan Nabi menjawab: “Tetaplah kamu di situ dan engkau  jua daripada kalangan orang yang dirahmati Allah juga.” Ummi Salma mengikut arahan Rasulullah (s.a.w) dan merasa gembira  sepanjang hayatnya. Peristiwa  ini  juga diriwayatkan dalam  kitab  Sahih Muslim dan Sahih  Abu Daud.

Yuhanna:  Jika anda sendiri sudah  mengetahui  hadith  tadi secara terperinci dan diakui sahih, kenapakah anda menolak  per­lantikan `Ali (a.s) sebagai pengganti Rasulullah (s.a.w.a) bahkan sebaliknya memberikan keutamaan kepada khilafah Abu  Bakr  yang jelas tidak mempunyai hujah dan dalil yang sahih.


KEUTAMAAN DAN KEISTIMEWAAN `ALI (A.S)

Maulana Rasyid Syafi`i: Wahai para Ulama Sunni, mengapakah anda membuat dakwaan tersebut sedangkan anda tidak dapat mengemukakan  hujah  untuk membuktikannya. Di pihak `Ali (a.s), jelas terdapat bukti-bukti yang memperakui kelebihan `Ali (a.s).

Para ulama: `Ali (a.s) tidaklah lebih utama daripada  orang lain bahkan sama sahaja kedudukannya.

Yuhanna: Anda bercakap tidak berasas langsung kerana  setiap orang dinilaikan menerusi keilmuan dan perbuatannya. Tidak  ada perbuatan yang  lebih baik daripada Jihad  fi sabili-Llah. Ini kerana Allah telah menyatakan dalam al-Qur'an bahawa  orang-orang yang  berjihad dan berjuang di dalam perang lebih baik daripada orang-orang yang tinggal diam di rumah. Mari kita lihat, siapakah di  kalangan  para sahabat Nabi yang berbuat  demikian, memiliki banyak ilmu dan merupakan pejuang Islam yang terkemuka.


KELEBIHAN ILMU `ALI (A.S)

Mari kita bincangkan tentang keilmuan `Ali (a.s) kerana para ulama mazhab Sunni juga mengakuinya. Dalam konteks ini,  Rasu­lullah (s.a.w.a) bersabda:

“ Ana Madinat al-`ilmi wa `Aliyyun babu-ha " yang  bermaksud " Akulah kota ilmu dan `Ali ialah pintunya." Nabi juga  bersabda: "`Ali (a.s) melebihi segala yang lain." `Ali  (a.s)  mengatakan seandainya aku seorang khalifah, nescaya aku  akan menjawabkan segala  persoalan dan masalah yang dihadapi oleh para pengikut al-Qur'an dengan berpandukan al-Qur'an sendiri,  dan  begitulah juga dengan para pengikut kitab al-Tawrat, Bible dan Zabur  dari­pada kitab-kitab mereka sendiri juga.

`Ali (a.s) berkata: “Tanyalah kepadaku apa sahaja yang dicip­takan Allah di syurga mahupun di bumi ini kerana keilmuan tentang semua itu telah diberitahukan kepadaku.”

Abu  Bakr  sendiri semasa menjadi  khalifah  berucap  kepada orang  ramai, katanya: Janganlah bertanya kepadaku  semasa  `Ali (a.s) masih ada. Tanyakanlah kepadanya kerana beliau sahaja  yang boleh menyelesaikannya. Aku ini, sama sahaja dengan anda semua. Sekiranya aku berbuat salah, tolonglah betulkan dan sekiranya aku benar, ikutilah aku.

Kini,  tugas  untuk membetul dan memimpin umat  terletak  di tangan Imam. Kalaulah  dia sendiri melakukan kesalahan, jadi bagaimanakah  para  pengikutnya dapat  membetulkannya.  Abu  Bakr dalam masalah-masalah kecil sekali pun merujuk kepada `Ali (a.s).

Kitab Syahriyar  (mengandungi  hadith-hadith  sahih) yang menunjukkan keilmuan yang ada kepada `Ali (a.s). Di  sini  Nabi (s.a.w.a) dikatakan bersabda: " Ilmu pengetahuan terbahagi kepada 10  bahagian, sembilan darinya ada pada `Ali (a.s)  dan bahagian yang  ke-10  itu dibahagi-bahagikan kepada umat manusia  di  bumi ini."

Atha` menceritakan bahawa timbul persoalan menanyakan  apakah ada  dari kalangan para sahabat Nabi yang lebih bijak  daripada `Ali  (a.s). Baginda berkata: Dengan nama Allah,  saya  bersumpah tidak ada seorang pun dapat mengatasi `Ali (a.s) dari segi  keil­muan  dan kebijaksanaannya, bahkan untuk menyamainya  pun  tidakakan ada.

Apabila surah Haq ayat 12 diturunkan, Nabi (s.a.w.a) memohon kepada Allah: "`Ali, saudaraku semoga berkekalan memiliki  keil­muan yang tinggi."

Al-Bukhari  dalam Sahihnya meriwayatkan Nabi (s.a.w.a) bersabda  kepada Fatimah (a.s): " Wahai anak perempuanku,  suamimu adalah makhluk Allah yang paling mulia dari segala-galanya."

Ini menunjukkan sesiapa sahaja, walau sehebat mana sekalipun masih perlu merujuk kepada `Ali (a.s) untuk menambahkan ilmu  dan kebijaksanaannya.  Contohnya, `Abdullah ibn `Abbas yang  dikenali sebagai tokoh ulama' yang terbilang pada zaman itu merupakan anak murid `Ali (a.s).

Asim,  qari  yang handal pada masa itu juga  tidak  berupaya menandingi keilmuan `Ali (a.s).

Abu  Hanifah  yang dianggap terulung di  antara  tokoh-tokoh Sunni adalah murid kepada Imam Ja`far al-Sadiq (a.s) yang memperolehi segala  ilmu pengetahuan daripada ajaran datuknya,  `Ali (a.s).

Malahan  boleh dikatakan semua tokoh-tokoh Sunni yang  empat iaitu  Abu Hanifah, Maliki, Syafi`i dan Hanbali  mengakui  sumber ilmu yang mereka perolehi itu bersumberkan daripada `Ali (a.s).

Sahib al-Kasysyaf menceritakan, `Umar beberapa kali mengakui "  jikalau  tidak ada `Ali (a.s), sudah tentu  binasalah  `Umar." Dengan hujah-hujah inilah, kebanyakan mazhab Islam menerima `Ali (a.s) sebagai  makhluk Allah yang paling utama  dan  suci dalam kitab-kitab mereka.




KEBERANIAN `ALI (A.S)

Untuk mencari suatu contoh lain mengenai kelebihan `Ali  dan keberaniannya adalah agak mustahil. Di medan  perang,  kilasan pedang Dhu al-Faqar (pedang `Ali (a.s) daripada pemberian  Nabi) tidak  ada tandingannya. Rasulullah (s.a.w.a) ketika menyebutkan kepahlawanan `Ali (a.s) menyatakan  Darbat `Ali yaum al-Khandak yang bermaksud, sekali libasan pedang Dhu al-Faqar  `Ali (a.s) yang membunuh Amr ibn Abd Wudd adalah lebih utama daripada  segala ibadat yang ada di syurga dan di bumi.

Apabila  golongan kafir bertembung dengan `Ali  (a.s)  dalam medan perang, mereka akan mengatakan bahawa Islam berkembang dan bertambah  kuat dengan adanya `Ali (a.s). Penglibatan `Ali  (a.s) di medan perang dengan begitu hebat, mendorong wujudnya perkataan berikut: " La fata illa `Ali, la saifa illa  Dhu al-Faqar" yang bermaksud (Tiada  pemuda yang serupa `Ali dan tidak  ada  pedang seumpama Dhu al-Faqar).

Peperangan  Uhud  menyaksikan ramai sahabat  Nabi  melarikan diri dari medan perang kecuali `Ali (a.s). Nabi (s.a.w.a) berkata kepada `Uthman: " Engkau termasuk di antara mereka yang melarikan diri. Perasaan sayang kepada nyawamu sungguh  besar sehinggakan kamu sanggup meninggalkanku. Hanya `Ali (a.s) sahaja yang  tetap teguh bersamaku. Beliau bukan sahaja berjuang  melawan  golongan kafir  itu malahan begitu mengambil berat tentang  hal diriku." Melihatkan kejadian  ini, para malaikat berkata di syurga: "Lihatlah bagaimana seorang adik berusaha mempertahankan abangnya di medan pertempuran biarpun bahaya berada hampir dengannya."

Nabi (s.a.w.a) berkata: " Sudah sepatutnya kerana dia adalah daripada diriku dan aku pula daripada dirinya."  Abu Bakr,  `Umar dan `Uthman pada masa itu membiarkan Nabi (s.a.w.a)  keseorangan dan lari mendapatkan perlindungan di Madinah.

Allah  (s.w.t) berfirman sempena peristiwa ini:  "Ingatlah suatu masa  apabila ketakutan menerpa dan engkau  tidak  dapat berbuat apa-apa, tidak dapat melihat, menarik nafas  dan  engkau berlari  ke arah bukit-bukau seperti kambing-kambing gunung,  dan engkau meragui Penciptamu, begitulah  sifat-sifat orang  yang menderhakai Tuhannya apabila mereka diuji."

Di  medan  pertempuran  Khandak, Amr  ibn  Abdawud  mencabar orang-orang Islam, tetapi tidak ada seorangpun yang  maju  ke hadapan menyahut  cabarannya kecuali `Ali  (a.s)  yang berjaya membunuhnya hanya dengan sekali libasan pedang sahaja.

Kelebihan dan kehebatan `Ali (a.s) berbanding dengan para sahabat yang lain memang jelas terbukti.


SIFAT DERMAWAN, SIMPATI DAN KEPERKASAAN `ALI (A.S)

Sifat-sifat pemurah, baik hati dan suka mengambil berat  hal orang  lain begitu menjiwai hidup `Ali (a.s). Tidak  ada  seorang pun yang memiliki ciri-ciri tersebut selepas Rasulullah (s.a.w.a) selain dirinya. Contoh, beliau berpuasa bersama-sama keluarganya selama 3 hari berturut-turut dan pada masa berbuka, beliau mensa­daqahkan semua makanannya kepada golongan miskin.  Itulah `Ali (a.s). Surah Hal Ata diturunkan Allah mengambil sempena peristiwa tersebut.

Sa`adi  Syirazi, pujangga Parsi yang terkenal  mengungkapkan beberapa  baris ayat, antara lain dia berkata: "Apakah ada  lagi orang yang berani memuji `Ali (a.s) sedangkan Allah sendiri telah pun mewahyukan surah Hal Ata untuknya." Perkara tersebut terdapat dalam kitab-kitab kedua-dua mazhab, Syi`ah dan Sunni.

Allah  (s.w.t) berfirman kepada malaikat Jibril dan  Mikail: "Aku  jadikan kamu berdua sebagai saudara. Beritahukan  kepadaku, siapakah di antara kamu berdua yang sanggup mengorbankan  jiwanya untuk yang lain." Kedua-duanya mendiamkan diri, lalu Allah menya­takan:  "  Lihatlah betapa beraninya `Ali (a.s) tidur  di  tempat peraduan Rasulullah (s.a.w.a) di atas bumi itu dan dengan berbuat demikian,  dia telah menyelamatkan saudaranya  daripada musuh-musuhnya. Turunlah  ke bumi dan selamatkanlah nyawa `Ali  (a.s) kerana  musuh-musuh  Allah sedang mengepungnya  dan  hindarkanlah dari terjadi sesuatu ke atas dirinya."

Ketika  malaikat turun, mereka mendapati `Ali  (a.s) sedang nyenyak  tidur di atas katil Rasulullah (s.a.w.a) dengan  memakai pakaian baginda (s.a.w.a). Mereka memuji-muji `Ali (a.s)  sambil berkata: "Allah sungguh bangga di atas pengorbananmu, dan kerana perbuatanmu yang mulia itu, kami terselamat dari ujian Allah. Ini adalah selingkar kisah yang berlaku pada malam-malam Hijrah.


SIFAT RENDAH DIRI `ALI (A.S)

Sifat rendah diri `Ali (a.s) dapat dilihat menerusi  makanan yang dimakannya, hanya terdiri dari roti  dan  barli,  manakala pakaiannya pula  diperbuat dari daun-daun atau  pelepah-pelepah tamar. Beliau tidak suka kepada kehidupan duniawi dan  baginya dunia ini tidak mempunyai apa-apa erti.

Al-Khwarizmi  dalam  kitabnya,  Manaqib  menceritakan   Nabi (s.a.w.a) bersabda:  " Wahai `Ali (a.s), Allah  telah  menghiasi dirimu  dengan sifat-sifat yang tidak ada seorang jua  pun  dapat memilikinya."





IBADAT `ALI (A.S) KEPADA ALLAH (S.W.T)

Memang  sudah diketahui umum, `Ali (a.s) mendirikan  sembahyang (salat)  seribu rakaat sehari semalam. Ini  boleh  dilihat dalam kitab-kitab sejarah (Tarikh). Walaupun keilmuan `Ali  (a.s) diakui tidak ada tandingannya, namun orang-orang yang  mengingin­kan  jawatan khalifah tidak mendiamkan diri dalam usaha  mereka untuk merampas dan menafikan hak Khilafah `Ali (a.s) dengan  cara memperkecil-kecilkan kelebihan yang ada padanya.

Al-Qur'an sendiri menyatakan bahawa: "Barangsiapa berada  di jalan  yang lurus (sirat mustaqim) atau memimpin umat manusia  ke jalan yang lurus, dia mestilah diikuti," dan "Barangsiapa  tidak diberikan petunjuk Allah, dia tidak boleh menjadi pemimpin kepada orang lain."

Para  Ulama Sunni diam membisu apabila  mendengarkan  semua cerita yang diambil daripada kitab-kitab mereka itu,  dan  tidak berupaya lagi mencari jalan keluar untuk menyelamatkan mereka. Lantaran  kerana keengganan menerima  hakikat  ini, mereka berdalih dengan mengatakan: "Pelantikan Khilafah  Abu Bakr dilakukan  oleh orang-orang  yang lebih unggul  daripada  kami, justeru itu kami menuruti apa yang telah mereka putuskan."

Yuhanna: Allahu-Akbar!!! Kamu tidak ubah seperti penyembah berhala, apabila merekatidak dapat memberikan hujah-hujah yang menyakinkan, mereka berdalih dengan mengatakan mereka hanya menuruti jejak langkah nenek moyang mereka yang dirasakan benar.

Sekarang ini, konsep bertaklid tersebut memang jelas salah dan dengan mengikutnya secara membuta tuli, tentulah akan menam­bahkan penyimpangan dan penyelewengan dari hakikat yang sebenar­nya.

KRITIKAN TERHADAP PARA SAHABAT

Para  ulama  Sunni di peringkat terakhir  ini  mengemukakan satu persoalan  lagi,  "Jika sekiranya golongan  Syi`ah  dapat meninggalkan perkara ini, kami akan berhenti menentang mereka."

Yuhanna: Apakah persoalan itu?

Para ulama: Mereka hendaklah berhenti mengkritik dan mengutuk Abu Bakr, `Umar, `Uthman dan `A'isyah kerana Syi`ah percaya bahawa barang siapa mempunyai hubungan dengan mereka tidak  akan dapat memasuki syurga. Ini tentunya tidak dapat diterima.

Yuhanna: Apakah Syi`ah mempunyai dalil-dalil untuk membuktikannya?

Maulana  Rasyid  Syafi`i: Syi`ah berhujah  dengan  peristiwa semasa Abu Bakr menjadi khalifah, dia telah menyingkirkan dan menafikan  hak Fatimah (a.s) [satu-satunya buah hati  Rasulullah (s.a.w.a)] ke atas tanah Fadak, dan melukakan hatinya dengan cara tersebut.  Lantaran itulah, Fatimah (a.s) tidak pernah bertegur sapa lagi dengan Abu Bakr semasa hayatnya masih di kandung badan.

Yuhanna: Benarkah apa yang dikatakannya itu?

Para  ulama:  Kami tidak menafikannya kerana  kejadian  ini juga disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Yuhanna: Hadith Rasulullah (s.a.w.a) menyatakan dalam kitab kamu sendiri yang bermaksud: "Fatimah (a.s) adalah sebahagian daripada diriku. Barang siapa menyakiti hati Fatimah (a.s), juga menyakiti hatiku, dan barang siapa menyakitiku bererti menyakiti Allah (s.w.t)."

Al-Qur'an menyebutkan firman Allah [yang bermaksud]: “Sesungguhnya  orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat.” Kalaulah  Sahih Muslim, al-Bukhari dan al-Qur’an  semestinya benar, sudah  pasti sesiapa sahaja yang  menyakiti  Allah  dan Rasul-Nya patut dilaknat.

Berkenaan dengan  ‘A’isyah, memang benar dia  melawan  ‘Ali (a.s) dalam Perang Jamal atau dengan kata-kata  lain  menentang Rasulullah (s.a.w.a) juga. Nabi (s.a.w.a) pada masa hayat baginda mengatakan: “Sesiapa memusuhi ‘Ali (a.s), dia juga memusuhi aku dan sesiapa bersahabat dengannya, juga bersahabat den­ganku.” Dalam Islam, wanita tidak dibenarkan terlibat dalam perang. Jadi, kalau seorang itu menentang Imam (pemerintah yang sah), dia berhak dilaknat oleh Allah dan Rasul-Nya.

Kini, para ulama tadi semuanya mendiamkan diri dan Yuhanna telah  pun menemui apa yang dicarinya selama ini. Dengan  tenang, beliau  meminta para ulama’ Sunni supaya tidak lagi menggelarkan golongan Syi‘ah sebagai Rafidi, kerana merekalah yang  sebenarnya berada di pihak yang benar. Mereka mempunyai hujah yang kuat  dan kukuh  bahawa di antara 73 mazhab dalam Islam, hanya  mazhab mereka sahaja yang diberkati Allah (s.w.t). Sesiapa  sahaja  yang mulanya mengakui  hakikat  ini tetapi kemudian berpaling tadah tidak mahu berbuat demikian akan selama­nya berada dalam kesesatan yang nyata.

Wahai  para  Ulama Sunni sekalian, saksikanlah  bahawa  aku kini telah menerima Islam dan Syi‘ah sebagai peganganku, dan  aku berharap moga-moga Allah memberkatiku. Aku  bersaksi  dengan kalimah suci: “Asyhadu an la ilaha illa-Llah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, wa  asyhadu anna ‘Aliyyan wali wa wasi al-Rasul, wa khalifata bi'l-Haq” (Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah Rasul Allah, ‘Ali adalah wali dan wasi Rasul dan khalifah yang benar). Aku menerima mazhab Syi‘ah dalam Islam. Aku bermohon kepada Allah  semoga Dia akan memberikan petunjuk kepadaku untuk menuju kehidupan  seterusnya  dan aku berharap agar aku jua  dimatikan Allah bersama-samanya.
BIBLIOGRAFI


Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.
____________, Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Bain al-Sahihain, Cairo, 1969.
Al-Kasyi, al-Rijal,  Baghdad, 1389 H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1959.
Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.
____________, Fath al-Bari, Cairo, 1965.
____________, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Al-Kulaini, Raudat al-Kaafi, Beirut, 1985 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1993.

No comments:

Post a Comment