Tuesday, October 25, 2011

DIALOG MENGENAI KEINGKARAN SUNNI MENERIMA ALI SBG KHALIFAH SELEPAS RASUL SAW

DIKUTIP DARI MUKTAMAR BAGHDAD

Kesamaran Ahl Al-Sunnah

       Di antara kesamaran Ahl al-Sunnah dan kesalahan mereka bahawa mereka telah meninggalkan Ali bin Abu Talib (a.s.) dan mereka mengikut pendapat mereka yang terdahulu.

       Al-‘Abbasi berkata: Kenapa?

       Al-‘Alawi berkata: Kerana Ali bin Abu Talib telah dipilih oleh Rasul (s.a.w)[1] sementara mereka bertiga tidak dipilih oleh Rasul. Kemudian dia berkata:

       Wahai raja, sesungguhnya anda sekiranya anda memilih seseorang untuk menduduki tempat anda atau khilafah anda, adakah wajib bagi menteri-menteri dan anggota-anggota kerajaan mematuhi anda? Atau mereka berhak memecat khalifah anda dan memilih orang lain di tempat anda?

       Raja berkata: Malah, wajib bagi mereka mematuhi khalifahku yang aku memilihnya sendiri, mereka wajib mematuhinya dan mentaati perintahku padanya.

Syi‘ah Mengikuti Khalifah Rasulullah
      
       Al-‘Alawi berkata: Begitulah yang dilakukan oleh Syi‘ah, sesungguhnya mereka telah mengikuti khalifah Rasulullah yang telah dipilih olehnya dengan perintah Allah iaitu Ali bin Abu Talib dan mereka meninggalkan orang selain daripadanya.

Sebab Ali Tidak layak Menjadi Khalifah?
     
       Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Ali bin Abu Talib tidak layak menjadi khalifah disebabkan umurnya masih muda [2]semantara Abu Bakr seorang yang tua[3]. Di samping itu Ali bin Abu Talib telah membunuh ketua-ketua Arab dan menghancurkan penglima-penglima mereka[4]. Justeru itu Arab tidak meredainya. Begitu juga Abu Bakr tidak meredainya!
              
Orang Ramai Lebih Alim Daripada Allah Dan Rasul?
      
       Al-‘Alawi berkata: Adakah anda mendengarnya, wahai raja bahawa al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya orang ramai adalah lebih alim daripada Allah dan Rasul-Nya di dalam menentukan yang paling baik (al-Aslah), al-‘Abbasi tidak mengambil iktibar firman Allah dan sabda Rasul-Nya di dalam pemilihan Ali bin Abu Talib, malah dia mengambil kata-kata orang ramai untuk kepentingan Abu Bakr. Ini bererti bahawa Allah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana tidak mengetahui apa yang paling layak dan paling baik sehingga datang golongan jahil, lalu mereka memilih orang yang paling layak? Tidakkah Allah berfirman di dalam Surah al-Ahzaab (33): 36 “Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu ketetapan. Akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka susungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata”?
       Tidakkah Allah berfirman di dalam Surah al-Anfaal (8): 24 “Wahai golongan yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu”?

       Al-‘Abbasi berkata: Tidak sekali, sesungguhnya aku tidak berkata bahawa manusia adalah lebih mengetahui daripada Allah dan Rasul-Nya.

       Al-‘Alawi berkata: Jikalau begitu, kata-kata anda tidak mempunyai makna. Jikalau Allah dan Rasul telah memilih seorang tertentu menjadi khalifah, maka wajib anda mematuhinya sama ada orang ramai meredainya ataupun tidak!

       Al-‘Abbasi berkata: Tetapi kelayakan Ali bin Abu Talib adalah sedikit?

       Al-‘Alawi berkata: Pertama: Makna kata-kata anda bahawa sesungguhnya Allah tidak mengetahui Ali bin Abu Talib dengan sebenarnya, maka Dia tidak mengetahui kelayakkannya adalah sedikit, justeru itu Dia telah melantiknya menjadi khalifah. Ini adalah kekufuran yang nyata.

       Kedua: Sebenarnya kelayakan untuk menjadi khalifah adalah banyak pada Ali bin Abu Talib. Sementara orang lain tidak banyak kelayakan mereka!

       Al-‘Abbasi berkata: Apakah kelayakannya?



[1] Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm.62, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al ‘Umaal, vi, 392 dan lain-lain.
[2] Umur Ali a.s ketika itu adalah 33 tahun sementara umur Abu Bakar adalah 59 tahun lebih kurang.
[3] Jika umur menjadi ukuran, maka bapa Abu Bakr lebih layak daripadanya.
[4] Ali a.s telah membunuh mereka kerana Islam.

No comments:

Post a Comment