Tuesday, October 25, 2011

DIALOG : KEBERANIAN UMAR TIDAK PERNAH DILIHAT DIMANA-MANA MEDAN PEPERANGAN


 (DIKUTIP DARI PESHAWAR NIGHTS)


Sebagai kekerasan untuk Umar dimedan peperangan, sejarah tidak pernah merakamkannya. Sebaliknya, ahli sejarah dari kedua golongan menyampaikan bahawa setiap kali Umar bertemu musuh yang kuat, dia akan melarikan diri. Begitulah Muslim lain juga lari, dan tentera muslim kerap juga tewas.
Hafiz: Kamu dengan perlahan-lahan telah menambahkan yang tidak baik. Kamu telah menghina khalifa Umar, yang menjadi kebanggaan Muslim, dan di dalam era siapa Muslim mencapai kejayaan besar. Disebabkan Umar, tentera muslim mendapat kejayaan. Kamu mengelar dia penakut dan mengatakan yang dia lari dari medan peperangan dan bahawa kekalahan tentera Islam adalah disebabkan olehnya! Adakah wajar bagi orang seumpama kamu pada menghina khalifa Umar?

Shirazi: Saya takut awak tersalah faham. Walaupun kamu telah bersama saya pada beberapa malam, kamu masih belum dapat memahami saya. Mungkin awak fikir bahawa disebabkan oleh perasaan maka saya mengkritik atau memuji sesaorang. Tidak sekali. Memang terdapat kewajibpan yang besar di dalam perbincangan agama yang telah menjadi punca permusuhan diantara Muslim untuk berabad lamanya. Perbincangan sedemikian kerap menimbul keinginan yang jahat, yang tidak mengikuti dengan arahan al-Quran. Al-Quran dengan jelas mengatakan: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari prasangka sebanyak mungkin [yang boleh]: kerana prasangka dalam satu-satu keadaan adalah berdosa.’ [49:12] Kamu menganggap bahawa kenyataan saya digerakkan oleh kebencian. Yang sebenar adalah sebaliknya. Saya tidak mengucapkan satu perkataan pun yang bertentangan kepada apa yang ulama kamu telah tuliskan. Kamu baru mengatakan yang saya telah menghina khalifa Umar. Tetapi tidak terdapat sedikit petunjuk pun kepada menghina. Apa yang saya katakan mengikut dari rekod sejarah. Sekarang saya terpaksa memberikan pandangan yang lebih jelas terhadap fakta supaya dapat meredakan permusuhan.


PENAKLUKKAN TIDAK DISEBABKAN OLEH KEUTAMAAN PERSONALITI UMAR.

Kamu katakan bahawa khalifa Umar bertanggong jawab diatas penaklukkan Muslim. Tiada siapa menafikan bahawa Muslim mendapat kemenangan besar semasa khalifa Umar. Tetapi hendaklah ingat, menurut dari keterangan ulama kamu yang terkenal seperti Qazi Abu bakt Khatib, di dalam sejarah baghdad; Imam ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha; dan banyak penulis lainnya, khalifa Umar meminta petunjuk dari Ali di dalam perkara pentadbiran dan juga ketenteraan. Dan dia bertindak diatas nasihat Ali.


Sebagai tambahan, terdapat perbezaan pada kejayaan Islam di dalam era yang berlainan. Kejayaan yang pertama merujuk kepada kejayaan era nabi sendiri, yang menjadi pengerak utamanya adalah keberanian Ali. Setiap orang setuju bahawa Ali adalah yang paling berani dari yang berani. Jika beliau tidak mengambil bahagian di dalam peperangan, kejayaan tidak tercapai. Sebagai contoh, di dalam peperangan Khaibar, beliau mendapat sakit mata, dan mustahil untuk pergi berperang. Tentera Muslim mengalami kekalahan berturut-turut, apabila beliau telah disembuhkan oleh nabi, Ali mara terhadap tentera musuh dan menawan kubu Khaibar. Di dalam peperangan Uhud, apabila Muslim berpecah dan melarikan diri, adalah Ali yang berdiri teguh. Dengan berani, dia menyelamatkan nabi dari serangan musuh, sehingga terdengar suara yang mengatakan: ‘Tidak ada pedang selain Dhul-fiqar, dan tidak ada yang paling berani selain dari Ali.’
Kejayaan kedua adalah mengenai peperangan yang dijayakan selepas nabi. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh keberanian tentera Muslim dan perancangan yang baik. Tetapi kita tidak mempertikaikan kejayaan Islam semasa pemerintahan Umar. Topik kita adalah keberanian Umar itu sendiri. Ianya tidak dinyatakan di dalam mana-mana pembuktian sejarah.

Hafiz: Adalah satu penghinaan untuk mengatakan khalifa Umar lari dari medan peperangan dan ini membawa kepada kalahnya tentera Islam.

Shirazi: Jika menyebut fakta sejarah mengenai sesaorang adalah satu penghinaan, maka penghinaan ini adalah oleh ulama kamu.

Hafiz: Dimana terdapat ulama kami menulis khalifa Umar lari dari medan peperangan? Bilakah dia menyebabkan kekalahan terhadap tentera Islam?

ABU BAKAR DAN UMAR TEWAS DI DALAM PEPERANGAN KHAIBAR.
Shirazi: Oleh kerana Ali mengidap penyakit mata pada hari pertama peperangan Khaibar, nabi menyerahkan bendera Islam kepada Abu Bakr, yang memimpin tentera Islam menentang Yahudi. Setelah dikalahkan dengan pantas, dia kembali. Pada hari esoknya bendera muslim diberikan kepada Umar, tetapi sebelum dia sampai kemedan pertemporan dia telah lari dalam ketakutan [panik]

Hafiz: Kenyataan ini adalah pemalsuan shia.

Shirazi: Peperangan Khaibar adalah peristiwa yang penting dalam kehidupan nabi, telah dirakamkan dengan secara khusus oleh ahli sejarah dari kedua golongan. Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam bukunya Hilyatu’l-Auliya, jilid I, ms 62, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 40, dari Sira oleh Ibn Hisham, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, Bab 14, dan banyak lagi dari ulama kamu yang telah merakamkannya. Tetapi yang paling sahih adalah sampaian dari ulama yang terkenal ini:

Muhammad Bin Isma’il Bukhari, yang menulis di dalam Sahih, jilid II, dicetak di Egypt, 1320 Hijrah, ms 100, dan Muslim Bin Hujjaj, yang menulis di dalam Sahih, jilid II, dicetak di Egypt, 1320 Hijrah, ms 324, ‘bahawa khalifa Umar lari dari peperangan di dua medan pertemporan’ Diantara banyak bukti yang nyatakan pada maksud ini adalah kata-kata yang tidak meragukan dari Ibn Abil-Hadid mutazili, dinamakan sebagai ‘Alawiyyat-e-Sab’a, di dalam memuji Ali. Mengenai ‘Pintu Khaibar’ dia berkata: ‘Telahkah kamu dengar cerita Kejayaan keatas Khaibar? Terlalu banyak misteri telah dikaitkan bersamanya, sehingga mengelirukan akal yang bistari! Mereka berdua ini [Abu Bakar dan Umar] tidak suka kepada, atau tidak biasa dengan, memegang bendera [mengetuai angkatan tentera]. Mereka tidak tahu rahsia pada mengekalkan kehormatan pada bendera, mereka menutupnya dengan keaiban dan lari putih tapak kaki, walaupun mereka tahu yang lari dari medan perang boleh membawa kepada kafir. Mereka melakukannya juga kerana seorang dari tentera Yahudi yang berani, seorang remaja yang tinggi dengan pedang terhunus ditangan, menunggang kuda dengan gagahnya, menyerang mereka, seumpama burung unta [kasuari] jantan, yang telah mendapat tenaga baru dari udara nyaman musim bunga dan makanan. Dia seumpama seekor burung besar yang telah memenuhi dirinya dengan bulu-bulu yang berwarna-warni dan sedang mengejar terhadap yang dicintanya. Kilauan api kematian dari pedang dan tombaknya memancar dan telah menakutkan kedua orang ini. ’Ibn Abdil-Hadid berkata mengenai mereka [Abu Bakr dan Umar] dengan menambah: ‘Saya meminta maaf untuk kamu, kerana kekalahan dan larinya kamu, oleh kerana semua manusia benci kepada kematian dan mencintai kehidupan. Sama seperti yang lain semua, kamu berdua tidak suka kematian walaupun tidak terdapat kekebalan dari mati. Tetapi kamu tidak dapat melamar mati.’

Tujuan saya bukan untuk menghina sesiapa. Saya menyatakan fakta sejarah ini untuk menunjukkan bahawa khalifa tidak mempunyai keberanian sedemikian yang membolehkannya dikatakan seperti pada potongan ayat ‘keras terhadap mereka yang kafir,’ Fakta menunjukkan dia lari dari medan perang. Sifat yang kita katakan ini adalah hak Ali sahaja, yang di dalam setiap peperangan adalah amat keras terhadap mereka ynag kafir. Fakta ini telah diberikan oleh Allah di dalam al-Quran. Dia berkata: ‘Wahai orang yang beriman! Sesiapa yang berpaling dari agamanya, maka Allah akan membawa orang yang lain; Dia mencintai mereka dan mereka mencintai Dia, merendah diri pada yang beriman, keras terhadap yang kafir, berjuang dijalan Allah, dan mereka tidak takut penghinaan dari mereka yang menghina; ini adalah rahmat dari Allah. Dia berikan kepada siapa yang Dia hajati.’

Hafiz: Adalah amat memeranjatkan bahawa kamu cuba untuk mengatakan yang ayat itu untuk Ali. Ianya merujuk kepada orang beriman yang memilikki kualiti tersebut dan Allah akan mencintai mereka.

Shirazi: Adalah lebih baik jika jika kamu tanyakan kepada saya, apakah hujah yang menyokong kenyataan saya. Jawapan saya adalah, jika ayat ini diwahyukan pada memuji orang yang beriman, mereka tidak akan lari dari medan peperangan sama sekali.

Hafiz: Adakah adil untuk menuduh yang beriman dan sahabat nabi yang lari dari bahaya? Mereka ini berperang dengan gagahnya dimedan pertemporan.

Shirazi: Bukanlah saya yang mengatakan mereka ‘pengecut’ Sejarah yang menunjukkan mereka begitu. Mungkin kamu telah terlupa bahawa di dalam peperangan Uhud dan Hunain, kedua-dua mereka yang beriman dan para sahabat secara umum, termasuklah sahabat utama nabi, telah mencari keselamatan diri dengan lari. Sebagaimana yang sampaikan oleh Tabrini dan lainnya, mereka meninggalkan nabi sendirian diantara musyrik. Mungkinkah mereka yang berpaling kebelakang dari menghadap musuh, meninggalkan nabi berseorangan menentang musuh adalah yang dicintai oleh Allah dan RasulNya?

Bukanlah saya seorang yang mengatakan bahawa ayat ini pada memuji Ali. Abu Ishaq Imam Ahmad Thalabi, yang kamu anggap sebagai ketua para penyampai hadith, menulis di dalam bukunya Kashful-Bayan bahawa ayat ini diwahyukan pada memuji Ali kerana tiada siapa yang memilikki sifat yang disebutkan itu. Tidak ada ahli sejarah – dari kita atau orang asing – telah menulis bahawa di dalam mana-mana 36 peperangan yang melibatkan nabi didapati Ali melarikan diri. Di dalam peperangan Uhud, apabila kesemua para sahabat lari, dan 5 000 pihak tentera musuh menyerang Muslim, orang yang tinggal kekal dikedudukannya sehingga kemenangan dicapai, hanyalah Ali. Walaupun luka dibeberapa tempat dan darah mengalir dengan banyaknya, beliau menggumpulkan semula mereka yang lari dan terus berperang sehingga kemenangan dicapai.

Hafiz: Tidakkah kamu merasa malu mengatakan ‘pengecut’ pada sahabat yang agung? Semua sahabat secara umum dan kedua khalifa – Abu Bakr dan Umar – khasnya, dengan gagah menggelilingi nabi dan mempertahankannya.

Shirazi: Kamu tidak mempelajari sejarah dengan teliti. Secara umum, ahli sejarah telah menulis bahawa di dalam peperangan Uhud, Hunain, dan Khaibar kesemua para sahabat lari. Saya telah menyatakan kepada kamu mengenai Khaibar. Dan mengenai Hunain, Hamidi di dalam Jam’-e-Bainus-Sahihain dan Halabi di dalam Siratul-Halabiyya, jilid III, ms 123, berkata bahawa semua para sahabat lari, melainkan empat: Ali dan Abbas berada dihadapan nabi, Abu Sufyan bin Harith memegang tali kuda nabi dan Abdullah bin Masud berdiri disebelah kirinya. Larinya Muslim di Uhud tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Muhammad bin Yusuf Ghanji di dalam kifayatut-Talib, Bab 27, dari punca dia sendiri, menyebut Abdullah bin Masud sebagai berkata bahawa nabi berkata: ‘Bila-bila masa Ali dihantar sendirian dimedan peperangan, saya melihat Jibril disebelah kanannya, Mikail disebelah kirinya, dan awan melindunginya dari atas sehinggalah Allah menjayakan dia.’

Imam Abu Abdur-Rahman Nisai menyatakan hadith 202 di dalam bukunya Khasais-e-Alawi bahawa Imam Hasan, memakai seban hitam, datang kepada manusia dan menyampaikan kualiti bapanya, dengan mengatakan bahawa di dalam peperangan Khaibar, apabila beliau pergi ke kubu, ‘Jibril berperang disebelah kanannya, dan Mikail berperang disebelah kirinya. Dia berhadapan dengan musuh dengan beraninya sehingga dia mencapai kemenangan dan berhak mendapat cinta Allah.’

No comments:

Post a Comment