Tuesday, October 25, 2011

DIALOG MENGENAI FITNAH BAHAWA SYIAH MENYEMBAH ORANG MATI, SUJUD KEPADA ORANG MATI DI PUSARA

FITNAH BAHAWA SYIAH MENYEMBAH ORANG MATI, SUJUD KEPADA ORANG MATI DI PUSARA


 (DIKUTIP DARI PESHAWAR NIGHTS)
Hafiz: Kamu telah menyerang kami dengan tanpa sebab. Saya sendiri amat terkejut mendengar tindakkan kekerasan yang melampau dari mereka yang jahil, tetapi amalan-amalan shia juga yang telah menyebabkan peristiwa begitu.

Shirazi: Boleh saya tahu apa yang shia lakukan yang memperbolehkan mereka dibunuh?

Hafiz: Setiap hari ribuan manusia berdiri dihadapan pusara mereka yang telah mati dan menyeru kepadanya untuk bantuan. Tidakkah amalan ini satu contoh pada penyembahan yang mati? Mengapa para ulama tidak membantah apabila jutaan dari mereka meletakkan muka ketanah sujud di dalam menyembah pada yang mati? Saya masih hairan bagaimana kamu masih mengatakan bahawa mereka adalah penyembah kepada yang Maha Esa.

Sedang perbincangan dengan Mawlana Hafiz berterusan, ulama mazhab Hanafi, Agha Sheikh Abdus-Salam, sedang meneliti ‘Hidayatuz-Zairin’. Dia berkata dengan nada penuh penekanan: ‘Lihat disini! [Menunjukkan kearah buku tersebut]. Ulama kamu berkata bahawa apabila pekerjaan ziarah di permakaman Imam kamu telah selesai, kemudian maka hendaklah melakukan solat ziarah [namaz-e-ziarat] dua rakaat. Mungkin mereka tidak meniatkannya diatas nama Allah, jika tidak apakah ertinya namaz-e-ziarat? Tidakkah ianya syirik untuk menawarkan solat kepada Imam? Manusia yang mengadap kepada kuburan dan mendirikan solat adalah bukti yang terbaik untuk menunjukkan syiriknya. Ini adalah buku kamu yang sahih. Bolehkah kamu mempertahan kedudukan ini?

Shirazi: Kamu memperkatanya seperti kanak-kanak! Pernahkah kamu pergi berziarah ketempat tersebut dan melihatnya sendiri?

Sheikh: Tidak.

Shirazi: Maka bagaimana kamu mengatakan mereka mengerjakan solat dengan muka mereka mengadap kepada kuburan, dan bahawa solat ziarat adalah tanda syirik?

Sheikh: Buku ini mengatakan mereka hendakalah mengerjakan namaz-e-Ziarat untuk Imam.

Shirazi: Mari saya lihat kepadanya. Biarlah saya bacakan arahan mengenai ziarat, sehingga kita sampai kepada perkara solat, yang mana telah menjadi tujuan bangkangan kamu. Apabila kamu menemui sebarang tanda syirik, sila nyatakan. Dan jika kamu menjumpai tanda-tanda ke Esaan ilahi dari atas hingga bawah, janganlah merasa bersalah kerananya, tetapi katakanlah yang kamu telah tersilap faham. Buku ini ada dihadapan kamu.

ARAHAN MENGENAI ZIARAH.
Arahannya adalah seperti berikut: Apabila yang menziarah sampai ke parit Kufa, dia hendaklah berdiri disitu dan membaca yang berikut: ‘Allah yang maha Basar, Allah yang maha Besar, yang memiliki Kebesaran, Kesucian dan Kemuliaan. Allah yang maha Besar, yang memiliki Keagungan, maha Kudus, yang memiliki Kemegahan dan juga Kehormatan. Allah maha Besar [above that which I fear] Allah maha Besar. Dialah Penyokong ku; kepadaNya aku bergantung dan kepadaNya aku menaruh harapan; dan kepadaNya aku mengadap.’

Apabila yang menziarah sampai pada pintu di Najaf dia hendaklah membaca: Puji bagi Allah, yang telah memandu kami kepada ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk jika Allah tidak memandu kami.’

Apabila sampai kepintu lapangan yang suci, dia hendaklah membaca setelah memuji Allah: ‘Saya naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang Esa, saya juga naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba dan juga RasulNya. Dia membawa pengkhabaran yang benar dari Allah, saya juga naik saksi bahawa Ali adalah hamba dan saudara kepada Rasul Allah, Allah maha Besar, Allah maha Besar, Allah maha Besar. Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah maha Besar. Segala puji tertentu bagi Allah untuk bimbingan dan sokonganNya terhadap apa yang Dia telah wahyukan pada cara menemuiNya.

Apabila yang menziarah sampai kepintu pusara, dia hendaklah membaca: ‘Saya naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, yang Esa, tiada sekutu bagiNya …. ‘ hingga akhir.

Apabila, setelah meminta izin dari Allah, Rasul dan para Imam, yang menziarah akan sampai kekawasan dalam permakaman, dia akan membaca berbagai-bagai ayat-ayat ziarah yang mengandungi salam kepada Rasul dan Amirul Mukminin. Sesudah ziarah, dia melakukan enam rakaat solat, dua rakaat untuk Amirul Mukminin, dua rakaat untuk Nabi Adam dan dua rakaat untuk Nabi Nuh yang telah disemadikan dikawasan tersebut.

NAMAZ-E-ZIARAT DAN DOA SELEPAS SOLAT.
Adakah mengerja solat sebagai hadiah kepada ruh kedua ibu bapa dan mereka yang beriman tidak diarahkan kepada kita? Adakah arahan ini syirik? Adalah diatas dasar kemanusiaan juga bahawa apabila sesaorang datang berjumpa sahabatnya, dia memberikan hadiah. Ada satu bab di dalam buku bagi kedua golongan [shia dan sunni] yang mana nabi mengarahkan kita untuk memberikan hadiah kepada yang beriman. 

Apabila orang yang menziarah sampai kepada pusara ketua yang dicintainya, dan mengetahui perkara yang amat dicintai oleh ketuanya adalah solat, maka dia menawarkan solat dua rakaat kerana Allah Taala dan menawarkan solat itu sebagai hadiah kepada ruh ketuanya yang suci itu. Adakah ianya syirik? Setelah membaca segala prinsip yang menjadi dasar pada solat, maka baca juga doa selepas solat, supaya semua keraguan kamu akan terhapus.

DOA SETELAH SOLAT [NAMAZ].
Amalan berdoa, adalah bahawa setelah selesai solat, dibahagian kepala pusara Imam, dengan mengadap kiblat [bukan mengadap kuburan] kita bacakan doa yang berikut: ‘Wahai Allah! Saya telah menjadi hadiah solat ini kepada ketua dan pemimpin saya, Rasul Mu dan adik kepada Rasul Mu, Amirul Mukminin, Ali Ibn Abi Talib. Wahai Allah kesejahteraan keatas Muhammad dan keluarga Muhammad. Terimalah dua rakaat solat ini dan berikanlah ganjaran, sebagaimana kamu memberikan ganjaran kepada mereka yang membuat kebajikan. Wahai Allah, saya melakukan solat ini kerana Mu, dan ruku’ kehadrat Engkau dan sujud menghinakan diri kepada Engkau. Engkaulah yang Esa, tiada sekutu. Adalah haram untuk solat atau ruku’ atau sujud kepada sesuatu melainkan Engkau. Engkaulah Allah yang maha Besar, dan tidak ada tuhan melainkan Engkau.’
Tuan-tuan yang saya muliakan! Demi kerana Allah, berlaku adil lah. Dari mula yang menziarahi meletakkan kakinya ketanah Najaf, sehinggalah setelah dia melakukan namaz-e-ziarat, dia sentiasa sibuk mengingati Allah.

Sheikh: Aneh sungguh yang kamu tidak melihat yang tertulis disini: ‘Mencium tangga dan masuk kedalam kawasan pusara.’ Kami pernah dengar yang apabila penziarah sampai kepintu pusara makam Imam, mereka sujud di dalam menghinakan diri. Tidakkah sujud ini untuk Ali? Tidakkah ini syirik apabila mereka sujud kepada sesaorang selain dari Allah?

Shirazi: Jika saya adalah kamu, saya tidak akan menyebutnya. Saya akan berdiam diri sehingga kepenghujung perjumpaan di perbincangan ini dan mendengarkan kepada logiknya dari jawapan saya. Tetapi saya akan terangkan secara ringkas kepada kamu sekali lagi bahawa mencium bendul atau lantai bagi kawasan permakaman para Imam tidaklah syirik. Kamu telah mensalah tafsirkan perkataan ‘cium’ dan menganggapnya sama seperti sujud. Apabila kamu membaca buku itu di dalam kehadiran kami, dan telah membuat perubahan yang begitu radikal [besar], tidak tahulah saya bagaimana kamu akan mencerca kami apabila kamu sendirian berucap kepada kumpulan orang ramai yang jahil.

Arahan yang ada di dalam buku ini dan di dalam buku-buku yang lain mengenai doa dan tempat-tempat ziarah adalah sekadar untuk menunjukkan tanda hormat, harus mencium bendul bukan sujud.


Bagaimana kamu boleh menganggap cium dan sujud adalah perkara yang sama?

Dan, dimana ada kamu melihat, sama ada di dalam al-Quran atau dimana-mana hadith, yang mengatakan cium bendul pusara nabi atau Imam adalah haram? Maka jika kamu tidak punya jawapan yang munasabah terhadap soalan ini, kamu tidak seharusnya membuangkan masa kami. Dan sebagaimana yang kamu katakan bahawa kamu ada ‘mendengar’ bahawa penziarah sujud menghinakan diri. Sebanarnya kamu tidak melihat sendiri. Al-Quran mengatakan: ‘Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada mu orang yang jahat dengan satu berita, telitilah dahulu, ditakuti kamu menganyiaya manusia tanpa pengetahuan, kemudian akan menyesal atas apa yang telah kamu lakukan.’ [49:6]

Menurut dari arahan al-Quran, kita tidak seharusnya bergantung pada kenyataan orang yang jahat. Kita seharusnya berusaha untuk mengetahui yang sebenar, walaupun terpaksa membuat perjalanan itu, jika diperlukan untuk memastikan kebenaran kenyataan tersebut itu sendiri.

Apabila saya berada di Baghdad; saya pergi kepusara Abu Hanifa dan Sheikh Abdul-Qadir Jilani dan telah melihat apa yang dilakukan manusia. Ianya adalah lebih sirius dari apa yang kamu katakan mengenai amalan shia, tetapi saya tidak pernah memperkatakannya. Apabila saya sampai kepekuburan Abu Hanifa di Muazzam, saya dapati satu kumpulan sunni betubi-tubi mencium lantai, sepatutnya bendul, dan berguling-guling ditanah. Oleh kerana mereka tidak kelihatan seperti jahat atau menggangu dan kerana saya tidak punya asas untuk mengutuk mereka, maka saya tidak pernah menyatakan insiden itu kepada sesiapa. Saya faham bahawa mereka lakukan itu semua atas dasar cinta, bukannya sebagai sembahan.

Hormat saudara! Pastinya tiada shia yang taqwa pernah sujud kepada sesuatu selain Allah. Jika, kita turun kelantai dalam bentuk yang sama seperti sujud dan mengosok-gosokkan dahi kita padanya [tanpa sebarang niat pada sembahan] ini perkara kecil suatu yang tidak di masuk kira. Untuk membongkok dihadapan sesaorang yang kita hormati dengan tidak menganggapnya Allah atau jatuh kebumi untuk menyapu muka dengannya, ianya bukanlah syirik. Ini adalah hasil dari kecintaan yang mendalam.

Sheikh: Bagaimana begitu, apabila kita turun kebumi dan meletakkan dahi padanya, adakah perbuatan ini tidak dikatakan sujud?

Shirazi: Sujud bergantung kepada niat, dan niat adalah perkara hati. Hanya Allah yang mengetahui niat yang di dalam hati. Sebagai contoh, kita boleh melihat manusia membongkok dibumi dalam keadaan seperti sujud. Adakah benar bahawa sujud kepada sesaorang selain Allah adalah salah, walaupun jika ianya tanpa niat. Bagaimana pun oleh kerana kita tidak tahu apakah niat mereka, maka kita tidak boleh mengatakan ianya adalah sujud sembah.




SUJUDNYA SAUDARA-SAUDARA YUSOF KEPADA DIRINYA.
Makanya sujud yang seperti di dalam solat tetapi dengan tidak mempunyai niat sembahan, hanya untuk menunjukan tanda penghormatan kepada sesaorang tidaklah syirik. Sebagai contoh, Saudara-saudara Nabi Yusof sujud kepadanya. Pada ketika itu ada dua Nabi, Yakob dan Yusof, tetapi mereka tidak melarang mereka dari melakukannya. Allah berkata pada surah Yusof di dalam al-Quran: ‘Dan dia naikan orang tuanya pada singahsana, dan mereka tertunduk sujud kepadanya, dan dia berkata: Wahai bapaku, inilah takwil mimpi saya dahulu; Tuhan ku telah menjadikannya kenyataan…. ..[ 12:100]

Lebih-lebih lagi al-Quran telah berkata dibanyak tempat yang para malaikat telah sujud kepada Nabi Adam. Maka jika sujud adalah syirik, pastinya saudara-saudara Yusof dan juga para Malaikat Allah kesemuanya syirik. Melainkan hanya satu Iblis terkutuk yang hanya menyembah yang Esa.

MERAYU KEPADA IMAM TIDAKLAH MENYEMBAH KEPADA YANG MATI.
Sekarang saya hendak menjawab kepada yang hormat Hafiz, yang mengatakan, merayu pada pusara para Imam adalah sama seperti menyembah yang mati. Kamu bertanya mengapa shia meminta pertolongan pada pusara para Imam. Mungkin kamu mempercayai tidak ada kehidupan setelah mati dan berkata: ‘Apa yang mati telah tiada [terhapus].’ Allah menerangkan di dalam al-Quran pandangan yang salah ini sebagai berkata: ‘Tidak ada apa tetapi kehidupan kita didunia ini; kita mati dan kita hidup dan kita tidak akan dibangkitkan lagi [23:37]

Sebagaimana semua orang tahu, mereka yang percaya kepada Allah tahu bahawa ada hidup setelah mati. Apabila sesaorang mati, jasadnya menjadi tidak bernyawa, tetapi tidak seperti binatang, ruhnya dan pancainderanya kekal seperti biasa, tetapi tidak punya jasad; inilah yang akan dirahmati atau disiksa didalam alam persingahan barzakh alam kubur.

Syahid dan mereka yang mati dijalan Allah menikmati rahmat yang khusus. Ini telah disampaikan di dalam al-Quran. ‘Dan janganlah sangka mereka yang terbunuh dijalan Allah itu mati; tidak mereka hidup dan mendapat rezeki dari Tuhan mereka. Bergembira dengan pemberian Allah dan limpahnya, dan mereka bergembira bagi yang sama [telah tertinggal] dibelakang mereka, yang belum lagi bersama mereka, yang mereka tidak perlu rasa takut, dan tidak juga bersusah hati.’ [3:169-170] Saya fokus pada perkataan, ‘Mereka hidup dan mendapat rezaki dari Tuhan mereka…’[3:169] Mereka menyahut kepada kita, tetapi oleh kerana pendengaran kita telah terhalang oleh kebendaan dunia, kita tidak mendengar suara mereka. Begitulah di dalam ziarah [salam] kepada Imam Husain, kami katakan: ‘Saya naik saksi bahawa engkau dengar apa yang saya katakan dan engkau menjawabnya.’ Adakah kamu membaca syarahan no 85 Nahjul-Balagha? Keturunan nabi telah diperkenalkan sebagai berikut: ‘Wahai manusia ini adalah kata-kata nabi: ‘Dia yang mati diantara kami, tidak mati, dan dia yang hancur [setelah mati] dari diantara kami yang sebenarnya tidak hancur.’ [Nahjul-Balagha, terjemahan Inggeris, jilid I ms 130, dicetak oleh Peer Muhammad Ebrahim Trust, Karachi] Itu adalah di dalam alam cahaya dan ruh, ahli bayt hidup dan tinggal kekal.

Menurut, Ibn Abil-Hadid Mutazali dan Sheikh Muhammad Abduh, mufti Mesir yang terkenal, yang mengulas pada tajuk yang diatas, mengatakan bahawa keturunan nabi tidak mati secara yang sama seperti orang lain mati. Maka apabila kita berdiri dipusara para Imam; kita tidak berdiri dihadapan orang mati, dan kita tidak berkata-kata kepada orang mati. Kita berdiri dihadapan yang hidup dan berkata-kata kepada yang hidup. Makanya kita bukanlah penyembah orang mati. Kita sembah Allah. Tidakkah kamu percaya bahawa Ali, Imam Husain, dan syahid Badr, Uhud, Hunain dan Karbala telah mengorbankan nyawa mereka dijalan Allah, dan hanya untuk menegakkan kebenaran? Tidakkah mereka telah berhadapan dengan kekejaman Quraish, Bani Umayya, Yazid dan juga pengikutnya, yang mempunyai matlamat untuk menghancurkan agama Islam? Sebagaimana tegasnya para sahabat nabi dan juga pengorbanan syuhadah Badr, Hunain dan Uhud yang telah membawa kepada tumpasnya musyrik, dengan cara yang sama Imam Husain telah tegas memilih untuk mengorbankan nyawanya untuk meluruskan Islam. Jika Imam tidak bertindak tegas dan berdiri teguh di dalam menentang pasukan yang zalim, Yazid terkutuk pasti telah menghancurkan Islam dengan memasukkan fahaman jahiliah kedalam masyarakat Islam.

No comments:

Post a Comment