Thursday, October 27, 2011

DIALOG SUNNI - SYIAH DALAM MURAJAAT : KESAHIHAHAN HADIS

SURAT 21


KERAGUAN TIMBUL MENGENAI KESAHIHAN HADITH

Thul-Hijjah 10, 1329 H.

Penentang kamu dengan kuat meragui kesahihan hadith ini. Yang pertamanya, kerana kedua Shaykh tidak menuliskan kedalam buku sahih mereka, dan tidak juga pengarang-pengarang buku sahih yang lain. Saya tidak fikir hadith ini telah disampaikan oleh mana-mana perawi hadith sunni yang dipercayai, dan saya tidak fikir juga bahawa kamu menganggapnya sahih, dan keamanan bersama kamu.

Yang Ikhlas,
‘S’











SURAT 22


1] MEMBUKTIKAN SAHIHNYA TEKS
2] MENGAPA KEDUA SHAYKH TIDAK MENYAMPAIKANNYA
3] SESIAPA YANG MENGENALI KEDUA SHAYKH INI TAHU MENGAPA

Thul-Hijjah 12, 1329

1] Jika saya tidak pasti ianya diterima oleh sunni, saya tentu tidak menyebutnya kepada kamu. Bahkan Ibn Jarir dan Imam Abu Ja`fer al-Iskafi telah menerimanya sebagai sahih.[1] Beberapa pengkritik yang lain juga telah menganggapnya sebagai sahih. Adalah mencukupi pada membuktikan terhadap kesahihannya kepada fakta bahawa ianya telah disampaikan oleh perawi yang dipercayai terhadap ketepatannya, dan pengarang buku-buku sahih tidak pernah meragui mereka. Rujuk kepada muka surat 111, Vol. 1, dari Ahmed's: Musnad, dimana kamu akan membaca hadith ini seperti yang disampaikan oleh Aswad ibn `Amir[2] dari Sharik,[3] al-A`mash,[4] Minhal,[5] `Abbad ibn `Abdullah al-Asadi,[6] dari `Ali (as) secara tertibnya [kronologi]. Setiap seorang dari mereka di dalam rantaian penyampai tersebut adalah seorang perawi dengan sendirinya, dan mereka semua adalah trdisionis yang dipercayai menurut testimoni dari para pengarang buku sahih, dan tidak dipertikaikan. Al-Qaysarani telah menyebut mereka di dalam bukunya Al-Jami` Bayna Rijal al-Sahihain. Tidak ada keraguan bahawa hadith ini adalah sahih, dan perawinya telah menyampaikan dari beberapa cara, setiap satu darinya menyokong yang lain.

2] Sebab mengapa kedua Shaykh [Bukhari dan Muslim], dan yang serupa dengan mereka, tidak menyebutkan hadith ini adalah disebabkan kepada fakta bahawa ianya tidak sealiran dengan pandangan peribadi mereka, mengenai isu pengganti. Ini lah sebabnya maka mereka telah menolak banyak teks-teks yang sahih, kerana dikhuatiri Shi’a akan menggunakannya sebagai hujah; dari itu mereka menyembunyikan kebenaran dengan penuh pengetahuan. Terdapat banyak shaykh-shaykh sunni, semoga Allah mengampunkan mereka, yang telah menyembunyikan teks yang sedemikian, dan mereka mempunyai cara tersendiri untuk menyembunyikan teks sejarah yang telah diketahui umum, ini telah dituliskan oleh al-Hafiz ibn Hajar di dalam bukunya Fath Al-Barari. Al-Bukhari telah menyediakan satu Bab khas untuk tajuk ini, pada penghujung bab mengenai ilmu "Al-`Ilm," di dalam Vol. 1, muka surat 25, dari sahihnya, subtajuk  "Bab terhadap mereka yang menerima pengetahuan dari sekelompok manusia dan tidak dari sekelompok yang lainnya."

3) Sesiapa yang mengetahui cara al-Bukhari berfikir, atitiut nya terhadap Amirul Mukminin [as], dan terhadap Ahl al-Bayt, akan mengetahui bahawa pena Bukhari akan terhenti pada menulis teks-teks yang menyebutkan kemuliaan mereka, dan dakwatnya akan kering sebelum dapat menyebut semula sifat-sifat mereka. Tidaklah memeranjatkan untuk melihat dia menolak hadith ini, begitu juga yang lainnya yang sama seperti dirinya, dari itu kami berlindung dengan Allah awj, dan keamanan bersama kamu.

Yang ikhlas,
 ‘Sh’

 [1] Rujuk kepada hadith 6045 dari hadith yang dijumlahkan di dalam Kanz al-`Ummal, muka surat 396, Vol. 6, dimana kamu akan dapati rujukan yang dibuat kepada Ibn Jarir, pengesahan kepada hadith ini. Jika kamu rujuk kepada Muntakhab al-Kanz, pada permulaan nota kaki dimuka surat 44, Vol. 5, dari Ahmed: Musnad, kamu akan dapati rujukan kepada Ibn Jarir, pengesahan terhadap hadith ini. Mengenai Abu Ja`fer al-Iskafi, dia telah menilai dengan teliti ketepatan hadith ini di dalam bukunya Naqd al-`Uthmaniyya; maka rujuklah kepada teks dimuka surat 263, Vol. 3 dari Sharh Nahjul Balaghah oleh  al-Hadid, edisi Mesir.
[2] Kedua al-Bukhari dan Muslim telah bergantung kepada beliau di dalam sahih mereka. Mereka berdua telah mempelajari hadith dari Shu`bah, dan Bukhari telah mempelajarinya dari `Abdul-`Aziz ibn Abu Salamah, sedang Muslim telah belajar hadith dari Zuhayr ibn Mu`awiyah dan Hammad ibn Salamah. Hadith beliau telah disampaikan di dalam Bukhari oleh Muhammad ibn Hatim ibn Bazi`. Di dalam sahih Muslim beliau telah disebutkan oleh Harun ibn `Abdullah seorang ahli kritik, dan oleh Abu Shaybah and Zuhayr.
[3] Muslim telah bergantung kepada penyampaiannya di dalam sahihnya, seperti kami terangkan apabila kita bincangkan beliau di dalam surat 16.
[4] Kedua Bukhari dan Muslim bergantung kepada penyampaian beliau di dalam sahih mereka, seperti kami sebutkan dalam surat 16.
[5] Al-Bukhari telah bergantung kepada beliau, seperti kami sebutkan dalam surat 16..
[6] Nama penuh beliau adalah `Abbad ibn `Abdullah ibn al-Zubayr ibn al-Awwam al-Qarashi al-Asadi. Al-Bukhari and Muslim bergantung kepada penyampaian beliau di dalam sahih mereka. Dia telah mendengar hadith dari Asma' dan `Ayesha anak perempuan Abu Bakr. Dia telah disebutkan di dalam kedua sahih oleh Ibn Abu Malka, Muhammad ibn Ja`fer ibn al-Zubayr, dan Hisham ibn `Umer.




SURAT 23


1] YAKIN AKAN KESAHIHAN HADITH
2] DIRAGUKAN, BERASAS PADA TIADA TURUTAN PENYAMPAI
3] RUJUKAN PADA PENGGANTIAN TERHAD
4] PENOLAKKANNYA

Thul-Hijjah 14, 1329 H.
1) Sebenarnya saya telah membaca hadith itu pada muka surat 111 dari jilid 1 dalam Ahmed: Musnad dan  memastikan ianya dari punca yang diterima dan saya dapati mereka adalah penyampai hadith yang amat dipercayai. Kemudian saya menyelidik dari mana beliau menyampaikan hadith ini, dan saya dapati ianya berturutan: setiap seorang dari mereka menyokong pada yang lain, dari itu saya telah berpuas hati untuk mempercayai isi kandungannya.

2) Kamu tidak boleh bergantung pada hadith yang sahih di dalam perkara yang menyentuh isu penggantian, melainkan jika ianya telah disampaikan secara berulang [mutawatir], kerana penggantian, menurut dari filosofi Shi’a, adalah satu dari asas agama, dan hadith ini tidak boleh dianggap sebagai "mutawatir" (disampaikan secara turutan) dan, dari itu tidak boleh diterima.

3) Ianya bolehlah dikatakan bahawa `Ali adalah pengganti Rasul [sawas] dikalangan ahli rumahnya sahaja; dari itu manakah teks [nas] yang mengatakan terhadap penggantiannya kepada manusia umum?

4) Hadith ini boleh juga dibatalkan, kerana Rasul [sawas] tidak mendedahkan kepada umum pada menyokong isi kandungannya. Disebabkan ini, maka para sahabat tidak mendapati sebarang sebab untuk tidak memberikan bai’ah kepada tiga khalifa yang benar [khalifa rashidin], semoga Allah merasa senang dengan mereka.

Yang ikhlas,
‘S’

SURAT 24


1] MENGAPA BERGANTUNG KEPADA HADITH INI
2] PENGGANTIAN TERHAD DITOLAK SEBULAT SUARA [IJMAK]
3] PEMBATALAN ADALAH MUSTAHIL

Thul-Hijjah 15, 1329 H.
1) Sunnis telah bergantung pada setiap hadith yang betul untuk memperbolehkan konsep mereka terhadap penggantian, sama ada ianya mutawatir ataupun tidak. Kami bergantung kepada kesahihan hadith ini di dalam hujah kami terhadap mereka, hanya kerana mereka sendiri telah mengesahkan kesahihan hadith ini, dari itu, telah mengikatkan diri mereka kepada apa yang mereka anggap sebagai perlu diikat. Pembuktian kami mengenai penggantian, dari sudut pandangan kami bergantung kepada turutannya dari punca kami sendiri, sebagaimana semuanya telah mengetahui.

2) Tuntutan bahawa `Ali adalah pengganti Rasul [sawas] hanya kepada ahli rumahnya adalah ditolak, disebabkan kepada fakta bahawa sesiapa yang mempercayai bahawa `Ali adalah pengganti Rasul Allah [sawas] di dalam rumahnya, juga telah mempercayai bahawa beliau adalah pengganti dikalangan manusia umum, dan sesiapa yang menafikan penggantiannya terhadap manusia umum juga telah menafikan beliau sebagai pengganti di dalam ahli keluarganya. Tidak ada cara untuk memisahkan satu dengan yang lainnya; jadi mengapa menimbulkan filosofi yang jalannya bertentangan dengan ijmak semua Muslim?

3) Saya tidak boleh mengabaikan kenyataan kamu bahawa hadith ini telah dibatalkan, itu adalah bertentangan dengan logik [alasan] dan juga syariah, oleh kerana untuk membatalkan sesuatu, satu kenyataan hendaklah dibuat sebelum kesan bagi perlaksanaannya menjadi nyata, sebagaimana telah jelas bagi setiap orang. Satu-satunya alasan untuk membatalkannya disini adalah kenyataan bahawa Rasul [sawas] kononnya dengan sengaja telah menahan diri dari menjelaskan kepada manusia umum akan intisari maksud hadith ini. Sedangkan Hadith ini dengan sendirinya telah membuktikan bahawa baginda [sawas] tidak menahan diri dari menyatakannya; bahkan teks pada maksud yang sama telah disampaikan secara berulangkali, dan ianya telah menyokong satu dengan yang lainnya. Jika kita katakan bahawa tidak ada teks dengan maksud yang sama selepas hadith ini, jadi bagaimana ianya dibuktikan bahawa Rasul [sawas] telah mengubah fikiran atau menahan dari ianya dilaksanakan? ‘Mereka tidak mengikuti selain dari kehendak dan nafsu mereka, setelah petunjuk dari Tuhan telah sampai kepada mereka’ [53:23]," dan keamanan bersama kamu.

Yang ikhlas,
‘Sh’

SURAT 25


1] KEPERCAYAANNYA KEPADA TEKS
2] MEMINTA LEBIH BANYAK TEKS

Thul-Hijjah 16, 1329 H.

1) Saya percaya kepada Yang Esa yang telah menjadikankan kamu untuk menghapuskan kegelapan [kejahilan], menjelaskan kepada yang disangsikan, serta telah menjadikan kamu satu dari tanda dan lambang pada kewujudanNya.

2) Semoga Allah merahmati bapa kamu, berilah kepada kami lebih banyak lagi dari teks yang sedemikian, dan keamanan bersama kamu.

Yang ikhlas,
‘S’


SURAT 26


1] TEKS YANG JELAS MENYATAKAN 10 KEUTAMAAN YANG DIMILIKKI OLEH ALI SAHAJA
2] MENGAPA BERGANTUNG KEPADANYA

Thul-Hijjah 17, 1329 H.

1) Mencukupi bagi kamu, selain dari hadith ‘Ahli Rumah’, apa yang Imam Ahmed telah nyatakan di dalam Vol. 1 dari bukunya Al-Mustadrak, dan al-Thahbi di dalam Ringkasannya, bahawa keduanya telah mengesahkan kesahihannya, begitu juga pengarang sunan yang lain telah menerimanya secara umum. Mereka semuanya menyebutkan `Umer ibn Maymun sebagai berkata: "Saya sedang duduk di dalam kumpulan Ibn `Abbas apabila 9 orang datang kepada dia dan berkata `Wahai Ibn `Abbas! Sama ada kamu kemari dan berdebat dengan kami atau katakan kepada manusia ini bahawa kamu mahukan perdebatan secara sulit.’ Penglihatan dia masih belum hilang lagi diketika itu. Dia berkata: `Biarlah saya pergi berdebat dengan kamu.' Maka mereka mula bercakap, tetapi saya tidak pasti apa yang mereka perkatakan. Kemudian dia bangun, dengan marah dia berkata: `Mereka sedang berdebat mengenai seorang yang mempunyai 10 keutamaan yang tidak dimilikki oleh sesiapa yang lain. Mereka sedang berbalah mengenai seorang yang mana Rasul [sawas] telah berkata, ‘Saya akan menghantar seorang yang Allah tidak akan hinakan, seorang yang mencintai Allah dan Rasulnya [sawas], dan yang telah dicintai oleh keduanya,' maka setiap seorang dari mereka membayangkan bahawa penghormatan itu adalah milik mereka. Rasul [sawas] bertanya mengenai `Ali. Apabila beliau [as] sampai kepada baginda [sawas] dengan mata yang bengkak kerana sakit mata, baginda [sawas] meniup kepada matanya, mengibarkan panji-panji sebanyak tiga kali dan kemudian memberikan kepada beliau [as]. ‘’Ali kembali dengan membawa kemenangan bersama dengan Safiyya bint Huyay [al-Akhtab] diantara tawanannya.'" Ibn `Abbas meneruskan kata-katanya, "Kemudian Rasul Allah [sawas] menghantar sesaorang dengan Surah al-Tawbah, tetapi baginda terpaksa menghantar `Ali mendapatkan orang itu dan untuk melaksanakan tanggong jawab tersebut, dengan berkata: `Tiada siapa yang boleh melaksanakannya melainkan seorang yang dari saya, dan saya darinya.'" Ibn `Abbas juga berkata, "Rasul Allah [sawas], dengan `Ali duduk disebelah baginda, bertanya kepada sepupu-sepupunya: Siapakan diantara kamu memilih untuk menjadi wali saya di dalam kehidupan ini dan kehidupan yang akan datang?' Mereka semua menolak, tetapi Ali berkata: `Saya suka untuk menjadi wali kamu di dalam kehidupan ini dan juga kehidupan yang akan datang,' dimana baginda [sawas] bertindak dengan berkata: `Sebenarnya kamulah wali ku di dunia ini dan juga diakhirat.'" Ibn `Abbas terus berkata bahawa `Ali adalah manusia pertama yang menerima Islam selepas khadijah, dan bahawa Rasul Allah [sawas] mengambil jubahnya dan menyelimuti `Ali, Fatima, Hasan dan Husayn, kemudian membaca ayat yang berbunyi: "Allah berhajat untuk mengeluarkan kekotoran dari kamu, wahai Ahl al-Bayt [Ahli Rumah saya] dan mensucikan kamu dengan kesucian yang sempurna (33:33)." Dia juga berkata: "`Ali menjual jiwanya. Beliau memakai pakaian Rasul Allah [sawas] dan tidur diatas katil baginda ketika kaum musyirik cuba untuk membunuh baginda," sehingga dia berkata: "Rasul Allah [sawas] pergi ke Tabuk pada satu ekspedisi bersama ramai manusia. `Ali bertanya kepada baginda: `Bolehkah saya bersama kamu?' Rasul Allah [sawas] telah menolak, penolakkan ini telah membuat `Ali menangis. Rasul [sawas] kemudian bertanya kepada beliau [as]: `Tidakkah ianya mengembirakan kamu, bahawa kedudukan kamu kepada saya adalah sama seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada Nabi selepas saya? Adalah tidak wajar bagi saya untuk meninggalkan tempat ini sebelum melantik wazir saya. Rasul Allah [sawas] juga telah mengatakan yang berikut ini kepada beliau: `Kamu adalah wali bagi setiap lelaki dan wanita beriman.'
Ibn `Abbas telah berkata: "Rasul Allah telah menutupkan semua pintu yang menuju ke masjid baginda melainkan pintu rumah ‘Ali, yang akan masuk ke masjid ketika hendak keluar dari rumahnya walaupun di dalam keadaan janaba. Rasul Allah [sawas] juga telah berkata: `Sesiapa yang menerima saya sebagai wali, hendaklah mereka mengambil `Ali sebagai wali  juga' Yang sebenarnya al-Hakim telah menyatakan punca dari mana dia menyebutkan hadith ini, komennya dengan berkata, "Ini adalah hadith yang sahih menurut dari isnad, tetapi kedua shaykhs tidak menyampaikan hadith berbentuk ini." Al-Thahbi telah menyebutkan di dalam bukunya Talkhis dan menerangkan, ini adalah hadith yang sahih.

2) Jelas dan bukti yang tidak boleh disangkal, telah menunjukkan kepada fakta bahawa ‘Ali adalah wazir Rasul [sawas]. Tidak terlihatkah oleh kamu bagaimana Rasul [sawas] telah menamakan beliau sebagai wali didunia ini dan juga diakhirat, dari itu baginda telah mengutamakan beliau dari saudara-saudaranya yang lain, dan bagaimana beginda menganggap kedudukan beliau sama seperti status Harun kepada Musa, tanpa sebarang pengecualian selain dari keNabian, suatu pengecualian yang telah membayangkannya secara umum?
Kamu juga tahu bahawa apa yang membezakan Harun dari Musa adalah beliau selalunya menjadi wazir kepada Musa, beliau terlibat sama dengan pengkhabaran saudaranya, sebagai penggantinya, dan penguatkuasaan Musa kepada orang-orangnya supaya patuh kepada Harun, seperti kenyataannya, yang mana rujukannya terdapat di dalam al-Quran [20:29-31] yang dengan jelas telah mengatakan: ‘Dan jadikan saudara saya Harun, dari diantara ahl al-bayt saya, menjadi wazir saya, untuk menyokong saya dan menggambil bahagian di dalam urusan saya,’ dan kenyataannya: ‘Menjadi wakil diantara ummah saya, memperbaikki mereka, dan tidak mengikuti jalan mereka yang zalim [7:142],’ dan Allah menjawab: ‘Wahai Musa! Doa kamu telah dikabulkan [20:36]." Menurut dari teks ini, `Ali adalah wazir Rasul [sawas] diantara ummahnya, wazirnya diantara kerabatnya, sekutunya di dalam segala tugas – tidak di dalam ke Rasulan – penggantinya, yang terbaik diantara ummahnya, dan yang paling berharga terhadap kepimpinan ketika hidup mahu pun mati. Manusia hendaklah patuh kepada beliau ketika era Rasul sebagai wazirnya, sama seperti orang-orang Harun, hendaklah patuh kepada Harun ketika hidupnya Musa.
Sesiapa yang memahami hadith mengenai status kedudukan akan terus mempertimbangkan pengertiannya yang mendalam dengan tidak memberikan sedikitpun keraguan pada isi maksud teksnya. Rasul Allah [sawas] telah menjadikannya amat jelas apabila baginda berkata: "Adalah tidak wajar untuk saya meninggalkan tempat ini sebelum saya melantik kamu sebagai wazir saya." Ini adalah teks yang jelas mengenai penggantian baginda; malah, ianya juga telah menyatakan bahawa jika Rasul [sawas] telah pergi dengan tidak melaksanakannya, baginda telah melakukan sesuatu yang tidak patut baginda lakukan. Ini hanyalah kerana baginda telah diarahkan oleh Yang Maha Berkuasa untuk melantik beliau sebagai penggantinnya menurut kepada maksud ayat "Wahai Rasul sampaikanlah apa yang telah diwahyukan kepada kamu dari Tuhan mu, dan jika kamu tidak melakukannya maka kamu tidak menyampaikan pengkhabaranNya sama sekali (5:67)." Sesiapa yang meneliti rangkap ayat ini "Maka kamu tidak menyampaikan pengkhabaranNya sama sekali," kemudian teliti pula kenyataan Rasul: "Adalah tidak wajar untuk saya meninggalkan tempat ini sebelum saya melantik kamu sebagai wazir saya," akan mendapati keduanya menuju kepada matlamat yang sama, seperti yang kita boleh lihat. Kita juga janganlah lupa hadith nabi yang mengatakan: "Kamu adalah wali bagi setiap yang beriman selepas saya." Ini adalah rujukan yang jelas kepada fakta bahawa beliau adalah wali Rasul [sawas] dan yang akan menggambil tempat baginda, seperti al-Kumait, semoga Allah merahmati ruhnya, telah menegaskan apabila dia berkata: "Seorang wazir, yang paling wara, dan seorang pengajar!" Dan keamanan bersama kamu.

Yang ikhlas,
‘Sh’

No comments:

Post a Comment