Thursday, October 27, 2011

DIALOG SUNNI - SYIAH MENGENAI "SUNNI BERGANTUNG KEPADA SYIAH"

SURAT 13


HUJAH MENGENAI TRADISI INI ADALAH LEMAH

Thul-Qi`da 23, 1329 H.

Semoga Allah merahmati tangan dan pena kamu! Betapa ditinggikan muka suratnya diatas kedudukan mereka yang mencabar dan menentangnya! Betapa mantap pertahanan penulisannya yang bijak terhadap pandangan pengkritik dan penyelidik! Muka suratnya bergelut menuju satu matlamat, berjalan terus menuju laluan yang dihajati, dengan cara yang penuh bererti. Hujah-hujahnya tidak sampai kepada pendengaran yang bijak tanpa memberikan getaran aklamasi [kekaguman] padanya.
Mengenai surat kamu yang terakhir, curahannya telah melimpahi tebing tertinggi, disokong oleh kata-kata yang sempurna dan pembuktian yang baik, dengan segalanya yang datang dari diri kamu berserta tanggong jawab yang diberikan tanpa sebarang kekurangan di dalam apa sahaja yang diamanahkan kepada kamu. Sesiapa yang mencabar kamu amat buruk di dalam penghujahan, degil, berhujah mengenai kepalsuan dan bertindak seperti yang jahil.
Bagaimana pun penentang kamu boleh berhujah, bahawa mereka yang menyampaikan kata-kata tersebut yang menyokong hujah kamu adalah shia, dan ini tidak boleh diterima oleh sunni. Dari itu, apakah jawapan kamu terhadap ini? Sila tolong berikan jawapannya, jika kamu tidak keberatan, dan sudilah kiranya menerima ucapan terima kasih dari saya. Keamanan keatas kamu.

Yang ikhlas,
‘S’

SURAT 14


1] KESILAPAN HUJAH PENENTANG
2] PENENTANG TIDAK MENGETAHUI SHIA
3] PERBEZAAN PADA PENEKANAN TERHADAP PENGHARAMAN MEMALSUKAN HADITH

Thul-Qi`da 24, 1329 H.

1) Jawapan kami adalah bahawa hujah penentang yang sedemikian itu adalah salah. Ianya tidak berasas, kerana kesilapan yang terdapat pada hujah-hujah yang kecil dan juga yang utama.
Terhadap hujah yang kecil, iaitu, tuntutan yang mengatakan ‘Mereka yang menyampaikan ayat-ayat mengenai hujah-hujah kamu adalah Shia,’ tentunya palsu sebagaimana yang dikatakan oleh penguasa Sunni yang dipercayai, yang juga telah merakamkan kenyataan mereka di dalam pengertian yang sama seperti yang kami telah nyatakan. Musnad mereka yang telah mengesahkan kepada fakta sedemikian, bahawa jumlahnya lebih banyak dari Shia, sebagaimana yang kami telah terangkan di dalam buku kami Tanzilul Ayat al-Bahira, di dalam bab ‘Kemuliaan ‘Itra yang Disucikan’. Kamu boleh juga merujuk kepada Ghayatul Maram yang sudah tersebar meluas dan mudah didapati dimana-mana dunia Islam.
Bagi hujah yang utama, iaitu, tuntutan bahawa Shia tidak dianggap oleh Sunni sebagai yang dipercayai [di dalam menyampaikan hadith], kesalahan ini lebih jelas dari kesilapan hujah yang kecil tadi. Musnad Sunni menjadi saksi terhadap fakta ini, dan penyampai yang mereka bergantung kepada penyampaiannya, adalah penuh dengan nama-nama Shia. Ambil sebagai contoh, Enam buku Sahih mereka, dan manusia lain yang mengguna pakai buku-buku itu sebagai penyampai, orang terkemudian akan dituduh oleh mereka yang mengatakannya dari penyampai [ahadith] sebagai telah menyimpang dari jalan yang lurus, mengecop mereka dengan cop ‘Rafidis’ dan ‘Sesat’. Kepada orang ini dikata ekstremis, fanatik, dan sesat dari jalan yang lurus.
Diantara para penasihat Bukhari adalah orang-orang Shia, yang telah dituduh menjadi ‘Rafidi’ dan dicop dengan kebencian, biar pun begitu, ini tidak pernah menjadikan Bukhari atau yang lainnya meragui terhadap adilnya cara mereka ini berfikir. Orang-orang ini bergantung kepada mereka walaupun di dalam buku-buku sahih, dan merasa senang pada melakukannya. Dari itu, bolehkah sipenentang yang mengatakan bahawa ‘Shia tidak dipercayai oleh Sunni’ dapat menjumpai telinga untuk mendengar semua ini? Sudah pasti tidak!

2] Bagaimana pun penentang yang sedemikian adalah yang jahil. Jika mereka tahu perkara yang sebenar, mereka tentu mengetahui fakta bahawa Shia telah mengikuti jejak langkah dan mencontohi ‘itra yang disucikan. Dari itu keperibadian mereka menyerupai ‘itra, setiap orang yang mereka menaruhkan kepercayaan kepadanya tidak ada yang setanding dengan mereka di dalam kebenaran dan berkepercayaan. Tidak ada tandingan bagi hero-hero mereka yang dipercayai di dalam ketakwaan dan berwaspada [berhati-hati]. Tidak ada perbandingan untuk mereka diantara orang ternama yang dipercayai dengan mereka di dalam kezuhudan, wara’, ibadah, berkeperibadian mulia, disiplin diri, penolakkan nafs dan mengkritik diri. Tidak ada siapa yang setanding mereka di dalam menentukan fakta dan mencari kepadanya dengan penuh teliti dan kesederhanaan.
Jika para penentang dapat menilai mereka, seperti di dalam keadaan sebenar, pasti sipenentang akan meletak kepercayaannya kepada mereka, menyerahkan segala urusannya kepada mereka. Tetapi kejahilan sipenentang terhadap mereka telah menjadikannya tertanya-tanya tanpa haluan mengenai mereka, seumpama orang yang menunggang binatang yang buta dimalam gelap. Dia akan menuduh penjaga bagi Islam seperti Muhammad ibn Ya`qub al-Kulayni, dan yang benar diantara Muslim seperti Muhammad ibn `Ali ibn Babawayh al-Qummi, dan penasihat bagi ummah seperti Muhammad ibn al-Hasan ibn `Ali al-Tusi. Orang-orang ini akan memperkecilkan buku-buku mereka yang mulia, yang telah memelihara pengetahuan keluarga Muhammad [sawas], meragui penasihat-penasihat mereka iaitu orang yang menerajui pengetahuan ini dan yang sama setaraf dengan al-Quran serta telah mengadaikan nyawa mereka [as] untuk mengembangkan ajaran Allah awj, KitabNya, dan RasulNya [sawas] dan para Imam Muslim dan pengikutnya.

3] Kedua-duanya, individu yang baik dan yang jahat telah sama-sama tahu bagaimana orang yang mulia ini menilai kes-kes pemalsuan. Ribuan buku mereka mengutuk pemalsuan, menyatakan pemalsuan terhadap hadith adalah suatu dosa yang dibalas dengan api neraka. Mereka dikenali dengan penilaian mereka terhadap hadith yang sengaja dipalsukan. Mereka menganggapnya seperti membatalkan puasa, yang memerlukan kepada kedua-duanya, penggantian [qadha] dan membayar denda [kaffarah] dari orang yang melakukannya di dalam bulan Ramadan, dan mereka juga dikehendakki melakukan yang sama untuk apa juga yang menyebabkan rosaknya puasa. Fiqah dan hadith mereka amat jelas dalam perkara ini, dari itu, bagaimana sesaorang boleh menuduh penyampaian mereka, sedang mereka semua adalah yang terbaik, lagi mulia, orang-orang yang menghabiskan malam mereka dengan ibadah dan siang harinya berpuasa. Semenjak bila orang-orang yang mulia dari pengikut dan penyokong keluarga Muhammad dituduh [menyimpang], sedangkan Khariji, Murji’is dan Qadris tidak?
Apakah ada lain dari kebencian yang nyata dan kejahilan yang hina? Kami berlindung dengan Allah dari mengabaikan kami, dan dariNya kami meminta pertolongan terhadap akibat yang buruk dari kezaliman dan penindasan. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah awj , dan keamanan bersama kamu.
Yang ikhlas,
‘Sh’

SURAT 15


1] PANCARAN KEBENARAN
2] MEMINTA PENGKHUSUSAN, SUNNI BERGANTUNG KEPADA PENYAMPAI SHIA

Thul-Qi`da 25, 1329 H.

1] Surat kamu yang terakhir amatlah sempurna penyusunannya, kenyataannya jelas, menarik, banyak manfaat, mudah difahami, luas jangkauan, berpandangan jauh dan bernas. Saya telah melihat kedalamnya dengan teliti, dan diantara kandongannya, petunjuk terhadap kejayaan kamu telah terpancar, dan tanda-tanda kemenangan kamu telah kelihatan.

2] Apabila kamu mengatakan bahawa Sunni bergantung pada Shia, bagaimanapun penerangan kamu amat ringkas. Kamu tidak menghuraikan kenyataan kamu dalam perkara ini. Adalah amat baik sekiranya kamu telah menyenaraikan orang-orang itu dengan menyatakan namanya dan menyebutkan tek-tek Sunni yang menunjukkan orang-orang itu adalah Shia dan bahawasanya mereka terus juga dipercayai. Bolehkah kamu tolong berikan senarai itu supaya bendera kebenaran dapat dilihat dan cahaya kepastian bersinar? Keamanan bagi kamu.

Yang ikhlas,
‘S’


SURAT 16


SERATUS PENYAMPAI SHIA YANG DIPERCAYAI OLEH SUNNI

ThulI-Hijjah 2, 1329

Ya. Saya akan berikan dengan cara tergesa-gesa apa yang kamu minta, menghadkan diri saya kepada beberapa pesonaliti yang sering dikunjungi oleh manusia dari segala pelusuk, dengan syarat bahawa saya tidak diperlukan untuk menerangkan secara khusus mengenai mereka, oleh kerana tiada ruang untuk itu di dalam penjelasan yang ringkas ini. Disini adalah nama-nama mereka dan nama-nama bapa mereka yang disusun mengikut abjad: [1]

1. Aban ibn Taghlib
Dia orang Kufa, qari al-Quran. Al-Thahbi telah merakamkan biografi dia di dalam bukunya Mizan sebagai berkata, ‘Aban ibn Taghlib, dari Maw, di Kufa, adalah seorang Shia. Dia bagaimanapun adalah orang yang benar; maka kami mempercayai pada kebenarannya dan biarlah dia dihukum diatas bid’ahnya.’ Dia juga berkata bahawa Ahmed ibn Hanbal, Ibn Ma`in dan Abu Hatim telah meletakkan kepercayaan mereka kepadanya. Ibn `Adi menyebut darinya dan berkata bahawa beliau adalah ‘pelampau Shia.’ Al-Sa`di menerangkan mengenai beliau, sebagai orang yang ‘Dengan jelas telah Menyimpang.” Ibn al-Thahbi meneruskan penerangannya terhadap kredibiliti orang ini; yang dikira sebagai penyampai yang dipercayai oleh Muslim dan juga pengarang empat buku Sunan, iaitu Abu Dawud, al-Tirmithi, al-Nisa'i dan Ibn Majah,  nama beliau telah diberikan tanda nama merek-mereka yang terkemudian. Rujuk apa yang beliau telah  sampaikan di dalam hadith Sahih Muslim, di dalam empat buku Sunan melalui al-Hakam dan al-A`mash, sebagai tambahan kepada Fudayl ibn `Umer. Sufyan ibn `Ayinah, Shu`bah, dan Idris al-Awdi telah menyebutkan hadith dari beliau sebagaimana yang dirakamkan di dalam buku Muslim. Dia telah meninggal, semoga Allah merahmati dia, di dalam tahun 141 H.

2. Ibrahim ibn Yazid
Nama dia adalah Ibrahim ibn Yazid ibn `Umer ibn al-Aswad al-Nakh`i al-Kufi, seorang faqih. Ibunya adalah Malika anak perempuan Yazid ibn Qays al-Nakh`i dan juga adik perempuan kepada al-Aswad, Ibrahim, dan `Abdel-Rahman, anak lelaki Yazid ibn Qays. Seperti bapa-bapa saudara mereka `Alqamah dan Ubay, anak lelaki Qays, mereka semuanya diantara penyampai yang amat dipercayai diantara semua Muslim. Pengarang enam buku Sahih, begitu juga yang lainnya, semua telah bergantung kepada penyampaian mereka, sedangkan telah diketahui bahawa mereka adalah Shia.
Berkenaan orang kita ini iaitu, Ibrahim ibn Yazid, dia telah dijumlahkan diantara pemuka-pemuka Shi`a oleh Ibn Qutaybah pada muka surat 206 dari hasil kerjanya Al-Ma`arif dimana dia menyenaraikan jumlah beberapa orang terkemuka Shia, dan telah mempercayainya dengan tiada keraguan. Rujuklah kepada hadithnya di dalam buku Sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disebutkan oleh ibu kepada bapa saudaranya `Alqamah ibn Qays, dan oleh Humam ibn al-Harith, Abu `Ubaydah ibn `Abdullah ibn Mas`ud, `Ubaydah, al-Aswad ibn Yazid, bapa saudaranya. Rujuk juga kepada hadithnya di dalam buku Sahih Muslim, melalui bapa saudaranya dipihak ibu, ‘Abdul-Rahman ibn Yazid, dan melalui Sahm ibn Munjab, Abu Mu`ammar, `Ubayd ibn Nadlah, dan `Abis. Di dalam kedua sahih, dia telah disebutkan oleh Fudayl ibn `Umer, al-Mughirah, Ziyad ibn Kulayb, Wasil, al-Hasan ibn `Ubaydullah, Hammad ibn Abu Sulayman, dan oleh Sammak. Ibrahim telah dilahirkan pada tahun 50 H., dan dia meninggal pada umur 95 atau 96, empat bulan selepas al-Hajjaj mati.

3. Ahmed ibn al-Mufdil
Dia adalah Ahmed ibn al-Mufdil ibn al-Kufi al-Hafri. Abu Zar`ah dan Abu Hatim menyebut dari beliau dan mempercayainya, sedang mereka benar-benar sedar akan kedudukan dia diantara Shia. Di dalam biografi Ahmed, seperti yang disebutkan di dalam Al-Mizan, Abu Hatim menunjukkan fakta ini dengan mengatakan: "Ahmed ibn al-Mufdil adalah seorang dari ketua Shi`a, dan dia adalah orang yang benar." Al-Thahbi menyebut di dalam bukunya Al-Mizan, dan telah meletakkan pada nama beliau tanda Abu Dawud dan al-Nisa'i, ini menunjukkan bahawa mereka menganggap beliau sebagai penyampai hadith. Rujuk kepada hadithnya di dalam Sahih mereka melalui al-Thawri. Dia menyampaikan melalui Asbat ibn Nasir dan Isra'i.

7. Isma`il ibn `Abbad
Nama penuh dia adalah Isma'il ibn `Abbad ibn al-Abbas al-Taleqani (Abul-Qasim), lebih dikenali sebagai al-Sahib ibn `Abbad. Al-Thahbi seperti yang disebutkan di dalam bukunya Al-Mizan, meletakkan tanda "DT" pada namanya untuk menunjukkan bahawa keduanya; Dawud dan al-Tirmithi bergantung kepadanya di dalam buku sahih mereka [2] Kemudian dia terus menerangkan, beliau sebagai "seorang Shia yang berkebolehan, seorang terpelajar.’ Dia sebagai seorang Shia adalah suatu perkara yang tidak dapat diragukan. Atas sebab ini, dia dan bapanya mendapat markah dan penghormatan yang tinggi di dalam negeri Buwayhid. Dia adalah orang pertama diantara menteri-menteri kerajaan yang mendapat gelaran "sahib" (sahabat, kawan), semenjak beliau seorang remaja, beliau telah bersahabat dengan Mu'ayyed al-Dawlah ibn Buwayh. Gelaran ini telah mengikuti beliau semenjak itu sehinggalah dewasa dan dikenali dengan gelaran tersebut. Kemudian ianya telah digunakan untuk sesiapa yang memegang jawatan dan tanggong jawab yang sama di dalam kementerian. Pertama, dia adalah menteri kepada Mu'ayyed al-Dawlah Abu Mansur ibn Rukn al-Dawlah ibn Buwayh. Selepas yang terkemudian meninggal di dalam bulan Sha`ban tahun 373 di Jurjan, Abul-Hasan `Ali, yang lebih dikenali sebagai Fakhr al-Dawlah, adik kepada Mu'ayyed, mendapat kuasa dan mengekalkan kedudukan beliau sebagai Sahib. Fakhr al-Dawlah menyanjung tinggi Sahib dan menyempurnakan hajat beliau dengan cara yang sama seperti bapanya sendiri, Abu `Abbad ibn al-Abbas lakukan ketika dia sedang berkhidmat kepada bapa Fakhr al-Dawlah, Rukn al-Dawlah.
Apabila berusia 59 tahun, as-Sahib meninggal pada khamis malam, 24th Safar, 385, di Rayy. Bandar Rayy telah menutup semua kedainya sebagai tanda berkabung, dan manusia berkumpul dihadapan rumahnya sambil menunggu jenazahnya. Fakhr al-Dawlah, bersama menteri-menteri kerajaan dan ketua turus tentera pergi kesana dengan memakai pakaian berkabung. Apabila jenazahnya dibawa keluar dari rumahnya, manusia melaungkan serentak "Allahu Akbar!", mencium bumi tanda menghormati, dan Fakhr al-Dawlah mengikuti jenazah beliau berjalan kaki bersama manusia ramai dan duduk bersama mereka selama 3 hari semasa berkabung. Penyair membacakan sajak, dan ulama mengadakan majlis memperingati sebagai tanda penghormatan, dan beliau telah disanjung oleh semua yang tidak dapat hadir pada pengkebumian itu. Abu Bakr al-Khawarizmi berkata: "Al-Sahib ibn `Abbad dibesarkan dipangkuan kementerian, belajar merangkak dan berjalan dikawasan persekitarannya, telah dibelai dari dada yang penuh kecemerlangan, dan mewarisinya dari bapanya yang terdahulu." Abu Sa`id al-Rustami menggubah rangkap ini pada memujinya:
Dia mewarisi kementerian: sambungan di dalam rantai,
Orang ternama, adalah dia, keturunan orang ternama,
Mengenai kementerian al-Abbas, Abbad sampaikan,
Sedangkan dari Abbad, Isma’il sampaikan.
Di dalam biografi bagi Sahib, al-Tha`alibi berkata: "Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk dapat menerangkan kedudukan mulia Sahib di dalam ilmu pengetahuan dan sastera, atau penghormatan yang dia nikmati kerana ramah mesra dan bermurah hati atau kebaikannya yang unik, serta memilikki beberapa kemuliaan yang lain lagi.  Kenyataan yang terbaik yang saya dapat katakan bagi pihak dirinya, tidak sampai pada melakukan keadilan terhadap yang terkecil diantara kemuliaan dan ketinggiannya, dan penerangan saya yang terbaik tidak sampai untuk berlaku adil kepada kemuliaan keperibadiannya." Sahib telah menulis banyak buku yang amat berharga termasuklah Al-Muhit buku bahasa di dalam 7 jilid; Bab nya tersusun secara abjad. Dia mengumpul librari yang tiada tandingannya. Nuh ibn al-Mansur, seorang dari Raja Sam`an, menulis kepada beliau, mempelawa beliau untuk menjadi pentadbir menteri-menteri kabinet dan mengurus urusan negara. Beliau meminta maaf kepadanya, dengan berkata dia memerlukan 400 unta untuk memindahkan kandungan librarinya. Sebanyak ini mengenai beliau adalah mencukupi.

8. Isma`il ibn `Abdul-Rahman ibn Abu Karimah al-Kufi
Lebih dikenali sebagai al-Sadi, Dia seorang pentafsir al-Quran yang terkenal. Menyebutkan biograpfinya, al-Thahbi menerangkan beliau sebagai ‘dipenuhi dengan Shia." Husayn ibn Waqid al-Maruzi membincangkannya, dengan mengatakan bahawa dia pernah mendengar beliau suatu ketika mengutuk Abu Bakr and `Umer. Walaupun terdapat tuduhan yang sebegini, beliau telah disebutkan oleh al-Thawri dan Abu Bakr ibn `Ayyash dan banyak lagi penulis yang setaraf dengannya. Muslim dan penulis empat buku sahih menganggap beliau sebagai penyampai hadith, sedangkan Ahmed memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau. Ibn `Adi berkata bahawa dia adalah benar. Yahya al-Qattan berkata tidak terdapat kesalahan pada ahadith yang disampaikan oleh beliau. Yahya ibn Sa`id berkata: "Saya tidak pernah mendengar sesiapa yang berkata tidak baik mengenai beliau, al-Sadi; tiada siapa yang pernah meninggalkan beliau." Ibrahim al-Nakh`i suatu ketika melepasi al-Sadi sedang beliau mentafsirkan al-Quran. Ibrahim berkata bahawa al-Sadi mentafsirkan al-Quran menurut cara yang digunakan umum. Jika kamu membaca mengenai al-Sadi di dalam Mizan al-I`tidal, kamu akan dapati yang lebih khusus mengenai apa yang kami sebutkan diatas. Rujuk kepada hadith al-Sadi di dalam Sahih Muslim dari Anas ibn Malik, Sa`d ibn `Ubaydah, dan Yahya ibn `Abbad. Abu `Awanah, al-Thawri, al-Hasan ibn Salih, Za'idah, dan Isra'il semuanya telah menyebutkan dari beliau, sebagai penasihat mereka, seperti mana yang disebutkan di dalam buku sahih yang empat. Dia meninggal pada tahun 127 H.

9. Isma`il ibn Musa al-Fazari al-Kufi
Al-Thahbi: Al-Mizan menyebutkan Ibn `Uday sebagai berkata, "Manusia benci terhadap pandangan Shia nya yang ekstrim’  Al-Mizan juga menyebut `Abdan sebagai berkata: "Hammad dan Ibn Abu Shaybah menentang kami menziarahi beliau." Dia bertanya beliau suatu ketika bagaimana perasaannya dengan ‘yang tidak bermoral yang mengutuk keturunan kita.’ Walaupun terdapat semua ini, keduanya Ibn Khuzaymah dan Abu `Arubah menyebutkan dari beliau, yang juga jurutunjuk di dalam kelas mereka. Dia adalah di dalam kategori yang sama dengan Abu Dawud dan al-Tirmithi yang menyebutkan dari beliau dan bergantung pada penyampaian hadithnya di dalam Sahih mereka. Abu Hatim menyebut beliau dan mengatakan bahawa beliau boleh dipercayai. " Al-Nisa'i berkata "dia adalah benar." Semua ini tertulis di dalam biografi beliau di dalam al-Thahbi: Al-Mizan.
Rujuk kepada hadith beliau di dalam sahih al-Tirmithi dan Sunan Abu Dawud seperti yang disampaikan oleh Malik, Sharik, dan `Umar ibn Shakir, seorang sahabat Anas. Dia meninggal pada tahun 245. Dia adalah anak kepada anak perempuan al-Sadi, walaupun dia menafikannya, dan Allah lebih mengetahui.

10. Talid ibn Sulayman al-Kufi, al-A`raj
Ibn Ma`in menyebut beliau dan berkata: "Dia pernah mengutuk `Uthman. Sebahagian dari pengikut Uthman mendengarnya. Mereka membaling batu kepada beliau, lalu mematahkan kaki beliau, itulah sebabnya maka beliau dapat panggilan "al-A`raj," si tempang. Abu Dawud ada menyebutnya dan berkata beliau adalah Rafidi yang mengutuk Abu Bakr dan `Uthman. Walaupun terdapat semua ini, Ahmed dan Ibn Namir bergantung pada penyampaian hadithnya, walaupun mereka mengetahui beliau adalah Shia. Ahmed telah berkata, "Talid adalah seorang Shi`a, bahkan kami tidak menjumpai apa-apa kesalahan dengan apa yang beliau sampaikan." Al-Thahbi ada menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan, menyebut kenyataan mengenai beliau yang diperkatakan oleh mereka yang terpelajar seperti yang tertulis diatas. Dia meletakkan tanda al-Tirmithi pada nama beliau untuk menunjukkan bahawa al-Tirmithi menganggap beliau sebagai penyampai hadith. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih al-Tirmithi melalui `Ata ibn al-Sa'ib dan `Abdel-Malik ibn `Umayr.

11. Thabit ibn Dinar
Thabit lebih dikenali sebagai Abu Hamzah al-Thamali. Beliau seorang Shi`a adalah jelas seperti terangnya matahari. Pengarang Al-Mizan menyebut beliau, mengatakan bahawa nama ‘Uthman telah disebutkan dihadapan beliau. Beliau secara menyindir bertanya: "Siapa dia `Uthman?!" Ianya juga telah dikatakan bahawa al-Sulaymani menjumlahkan Abu Hamzah diantara Rafidis. Al-Thahbi meletakkan tanda al-Tirmithi pada nama Abu Hamzah sebagai petunjuk beliau penyampai hadithnya. Waki` dan Abu Na`im menyebut dari beliau dan menggunakan beliau sebagai penyampai hadith. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih al-Tirmithi melalui Anas dan al-Sha`bi dan yang lain dari kalibar yang sama. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, pada tahun 150 H.

12. Thuwayr ibn Abu Fakhita
Dia lebih dikenali sebagai Abu Jahm al-Kufi, hamba Ummu Hani' yang dibebaskan, anak perempuan Abu Talib. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam Al-Mizan dan menyebut tuduhan Yunus ibn Abu Ishaq bahawa beliau adalah Rafidi. Walaupun begitu keduanya, Sufyan dan Shu`bah telah menyebut dari beliau, dan al-Tirmithi telah menghasilkan sebahagian dari hadith beliau di dalam sahihnya melalui penyampaian dari Ibn `Umer dan Zayd ibn Arqam. Di masa Imam al-Baqir (as), beliau telah mengekalkan ketaatannya kepada Imam, dan beliau telah terkenal dengan sedemikian. Dalam hal ini, beliau telah membuat beberapa dialog yang menarik dengan  `Amr ibn Tharr, seorang hakim; dan orang sezamannya, Ibn Qays, dan al-Salt ibn Bahram mengesahkan fakta ini.

13. Jabir ibn Yazid ibn al-Harith al-Ju`fi al-Kufi
Al-Thahbi telah menyatakan biograpi beliau di dalam bukunya Al-Mizan, mengatakan beliau adalah seorang ulama Shi`a. Dia telah menyebut dari Sufyan sebagai berkata bahawa dia mendengar Jabir berkata bahawa pegetahuan Rasul [sawas] telah dipindahkan kepada `Ali (as), kemudian kepada al-Hasan (as), dan seterusnya sehingga sampai kepada Imam Ja`fer al-Sadiq (as), yang sezaman dengannya. Muslim telah menyebut beliau di dalam satu dari bab pertamanya dari sahihnya, menyebutkan al-Jarrah yang telah mendengar Jabir berkata bahawa dia mengetahui 70,000 ahadith dari Rasul semuanya disampaikan melalui bapa Imam Ja`fer al-Sadiq (as) (i.e. Imam Muhammad al-Baqir [as]). Dia juga telah menyebutkan dari Zuhayr sebagai berkata  "Saya tahu 50,000 hadith, belum satupun yang saya telah sampaikan."
Satu hari, beliau menyebutkan satu hadith dan berkata, "Ini adalah satu dari 50,000 hadith." Menurut dari biografinya di dalam al-Thahbi, Al-Mizan, setiap kali Jabir menyampaikan hadith melalui al-Baqir (as), beliau berkata: "Pengganti dari pengganti Rasul telah sampaikan kepada saya bahawa..." Di dalam biografinya di Al-Mizan, Ibn `Uday berkata: "Orang awam mengatakan bahawa [Jabir] pernah percaya di dalam perkara kembali semula."
Bergantung kepada penyampaian Za'idah, al-Thahbi telah memasukkan biografinya di dalam Al-Mizan dan berkata: "Jabir al-Ju`fi adalah Rafidi yang mengutuk..." Walaupun begitu, keduanya al-Nisa'i dan Abu Dawud bergantung pada penyampaiannya. Rujuk kepada hadith yang disampaikan mengenai sujud dengan tidak disengajakan di dalam kedua Sahih. Shihab, Abu `Awanah, dan banyak lagi yang sama kalibar telah menyebut dari beliau. Al-Thahbi, yang memperkatakannya di dalam Al-Mizan, telah meletakkan tanda keduanya Abu Dawud dan al-Tirmithi pada nama beliau untuk menunjukkan pergantungan mereka terhadap penyampaiannya. Dia juga menyebut Sufyan sebagai berkata bahawa Jabir al-Ju`fi adalah orang yang takut kepada Allah ketika menyampaikan hadith, dan bahawa dia telah berkata: "Saya tidak pernah kenal sesiapa yang lebih wara’ dari beliau [Jabir]." Dia juga menyebutkan Shu`bah sebagai berkata bahawa Jabir adalah benar, dan ‘Setiap kali Jabir menyampaikan hadith, kami mendengarnya, kerana beliau amat dipercayai dari semua orang." Waki` pernah berkata, "Jika keraguan bermain difikiran kamu, kamu boleh meragui sesiapa sahaja selain dari Jabir al-Ju`fi," dan bahawa Ibn `Abd al-Hakam mendengar al-Shafi`i berkata bahawa Sufyan al-Thawri berkata kepada Shu`bah: "Jika kamu pernah meragui mengenai Jabir, itu adalah tandanya berakhir persahabatan kita." Jabir meninggal pada tahun 127 atau 128 H, semoga Allah merahmati ruhnya.

14. Jarir ibn `Abdel-Hamid al-Dabi al-Kufi
Di dalam hasil kerjanya Al-Ma`arif, Ibn Qutaybah menjumlahkan beliau diantara pemuka Shia, sedangkan al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan, menandakan nama beliau untuk menyatakan penerimaannya di dalam Sahih, sebagai penyampai hadith. Dia telah menyanjung beliau dengan berkata: "Beliau adalah ulama dari Rayy yang mana ramai pengarang bergantung pada penyampaiannya," disahkan oleh pendapat ijmak mengenai boleh dipercayai. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih Bukhari dan Muslim yang disampaikan melalui A`mash, Mughirah, Mansur, Isma`il ibn Abu Khalid dan Abu Ishaq al-Shaybani. Qutaybah ibn Sa`id, Yahya ibn Yahya dan `Uthman ibn Abu Shaybah semuanya telah menyebutkan hadith dari beliau sebagaimana yang dituliskan di dalam kedua Sahih. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, di Rayy pada tahun 187 H. Ketika berumur 77.

15. Ja`fer ibn Ziyad al-Ahmar al-Kufi
Abu Dawud telah menyebut beliau dengan berkata: "Beliau adalah Shia yang jujur." Al-Jawzjani telah berkata: "Beliau telah menyimpang dari laluan," bererti dari laluan al-Jawzjani kepada laluan keturunan Rasul [as]. Ibn `Adi telah menerangkan beliau sebagai shia yang wara’. Cucu nya al-Husayn ibn `Ali ibn Ja`fer ibn Ziyad telah berkata: "Datuk saya Ja`fer adalah seorang ketua Shi`a di Khurasan." Abu Ja`fer al-Dawaniqi meminta ikat leher[3] untuk dipasangkan ke leher beliau dan leher sekumpulan Shia yang lain dan ditarik seperti anjing; kemudian dia memenjarakan mereka untuk waktu yang lama. Ibn `Ayinah, Waki`, Abu Ghassan al-Mahdi, Yahya ibn Bishr al-Hariri dan Ibn Mahdi semuanya telah menyebutkan hadith dari beliau, dan sebagai penasihat mereka. Ibn Ma`in dan yang lainnya telah menganggap beliau sebagai penyampai hadith Rasul. Ahmed menyatakan hadith beliau sebagai Sahih, dan tepat. Al-Thahbi ada menyebutnya di dalam Al-Mizan dan menyampaikan apa yang dikatakan diatas, meletakkan tanda keduanya al-Tirmithi dan al-Nisa'i pada nama beliau sebagai tanda kedua mereka itu bergantung pada beliau. Rujuk kepada hadith beliau seperti yang disebutkan di dalam Sahih mereka melalui orang lain yang sama kalibar. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, pada tahun 167 H.

16. Ja`fer ibn Sulayman al-Dab`i al-Basri (Abu Sulayman)
Pada muka surat 206 dari bukunya Ma`arif, Ibn Qutaybah menjumlahkan beliau diantara pemuka Shi`a. Ibn Sa`d telah menyebut beliau dan menekankan bahawa beliau adalah seorang Shi`a dan dipercayai pada menyampaikan hadith. Ahmed ibn al-Miqdam telah menuduh beliau sebagai "Rafidi." Ibn `Adi telah menyebut beliau dengan berkata: "Beliau adalah Shi`a. Tidak terdapat sebarang kecacatan pada penyampaiannya, hadith beliau tidak dapat disanggah, dan saya menganggap beliau sebagai seorang yang hadithnya boleh diterima." Abu Talib telah berkata: "Saya telah mendengar Ahmed berkata bahawa tidak ada sebarang kesalahan dengan ahadith yang disampaikan oleh Ja`fer ibn Sulayman al-Dab`i." Ianya telah dikatakan kepada Ahmed, "Tetapi  Sulayman ibn Harb berkata bahawa dia tidak menuliskan hadith dari al-Dab`i." Ahmed menjawab dengan berkata bahawa Ibn Harb tidak melarang sesiapa yang hendak menulis hadith dari al-Dab`i, dan bahawa [ibn Harb perjudis adalah kerana] al-Dab`i seorang Shi`a yang menyampaikan ahadith mengenai `Ali ibn Abu Talib." Ibn Ma`in telah berkata: "Saya telah mendengar cakap-cakap yang tertentu dari `Abdul-Razzaq yang mengesahkan kepercayaannya terhadap madhab’ Shia. Saya berkata kepada dia: "Penasihat kamu, seperti Mu`ammar, Ibn Jurayh, al-Awza`i, Malik, dan Sufyan, semuanya adalah Sunnis. Dimana kamu belajar ini [madhab shia]?’ Dia menjawab: ‘Satu hari, Ja`fer ibn Sulayman al-Dab`i melawat kami, dan saya melihat dia sangat mulia, wara’ dan darinya saya belajar madhab ini.’ Pada pendapat saya, Muhammad ibn Abu Bakr al-Muqaddami telah melihat yang sebaliknya! Dia dengan secara terbuka pernah berkata bahawa Ja`fer belajar "Rafidism" dari `Abdul-Razzaq; dari itu, dia pernah mengutuk yang terkemudian dan berkata: "Tiada siapa yang merosakkan kepercayaan Ja`fer selain dari dia [`Abdul-Razzaq]."
Menyebut dari Sahl ibn Abu Khadouthah, al-Aqili telah berkata: "Saya berkata kepada Ja`fer ibn Sulayman: `Saya telah mendengar bahawa kamu mengutuk Abu Bakr dan Umar,’ Dia menjawab: ‘Mengutuk saya tidak pernah lakukan, tetapi membenci, kamu boleh katakan apa yang kamu suka.’
Bergantung pada Jarir ibn Yazid ibn Harun, Ibn Haban telah berkata di dalam Thiqat, "Bapa saya telah menghantar saya kepada Abu Ja`fer al-Dab`i. Saya berkata kepadanya: Saya telah mendengar kamu mengutuk Abu Bakr and `Umer.' Dia menjawab: `Saya tidak mengutuk mereka. Tetapi jika kamu hendak mengatakan saya bencikan mereka, ikut sukalah,’ dari itu, saya merumuskan bahawa dia adalah Rafidi."
Di dalam biografi Ja`fer di Al-Mizan, al-Thahbi telah memuatkan semua yang diatas dan juga menekankan kepada fakta bahawa beliau adalah seorang yang wara’ ‘alim’ walaupun Shia. Muslim bergantung kepada beliau di dalam Sahihnya, dan menyebutkan sebahagian dari hadithnya yang unik yang tidak diterbitkan ditempat lain, sebagaimana al-Thahbi sendiri telah mengesahkan apabila dia menyampaikan biografi Ja`fer. Rujuk kepada hadithnya di dalam Sahih yang disampaikan melalui Thabit al-Banani, al-Ja`d ibn `Uthman, Abu `Umran al-Jawni, Yazid ibn al-Rashk dan Sa`id al-Jariri. Qatan ibn Nasir, Yahya ibn Yahya, Qutaybah, Muhammad ibn `Ubayd ibn Hasab, Ibn Mahdi dan Musaddid kesemua mereka telah menyampaikan hadith darinya. Sebagai contoh, beliau telah berkata: "Rasul Allah [sawas], telah menghantar satu pasukan tentera Muslim di bawah pemerintahan Ali; dsb." Hadith lain yang beliau sampaikan: "Apa yang kamu mahu dari `Ali? `Ali adalah dari saya, dan saya adalah dari dia. Dia adalah wali (ketua) selepas saya bagi setiap yang beriman" sebagaimana yang tertulis di dalam Sahih al-Nisa'i's dan disampaikan melalui Ibn `Adi dari al-Nisa'i. Al-Thahbi telah menyatakan yang diatas ketika membincangkan Ja`fer di dalam bukunya Al-Mizan. Dia meninggal di dalam bulan Rajab pada tahun 178 H; semoga Allah merahmatinya.

17. Jami` ibn `Umayrah ibn Tha`labah al-Kufi al-Taymi (Taymullah)
Abu Hatim telah menyebut biografi beliau di dalam bukunya Al-Mizan, pada penghujungnya dia mengatakan: "Al-Kufi adalah seorang ternama Shia, yang mana hadith beliau adalah sahih penyampaiannya." Ibn Haban telah menyebutkan beliau dan berkata sebagaimana yang tertulis di dalam Al-Mizan, bahawa beliau adalah “Rafidi." Saya katakan bahawa al-`Ala' ibn Salih, Sadaqah ibn al-Muthanna, dan Hakim ibn Jubayr kesemua mereka telah mendapatkan ilmu pengetahuan dari beliau, sebagai penasihat mereka.
Buku Sunan menyebutkan dari beliau tiga kali. Al-Tirmithi telah menggunakan hadith beliau sebagaimana buku al-Thahbi Al-Mizan mengesahkan. Beliau adalah seorang dari tabi`in. Beliau belajar dari Ibn `Umer dan `Ayesha. Satu ahadith yang dipelajarinya dari Ibn `Umer mengatakan bahawa dia [Ibn Umer] telah mendengar Rasul Allah berkata kepada Ali: "Kamu adalah adikku didunia ini dan juga diakhirat."

18. Al-Harith ibn Hasirah Abul Nu`man al-Azdi al-Kufi
Abu Hatim al-Razi menerangkan beliau sebagai seorang terkemuka Shia. Abu Ahmed al-Zubayri telah mengatakan bahawa dari beliaulah kepercayaan boleh kembali semula. Ibn `Adi menyebut beliau dengan berkata: "Hadithnya telah dituliskan walaupun saya telah melihat kelemahan di dalamnya. Beliau adalah seorang Kufi yang akan di bakar di dalam api, kerana kepercayaan Shi’a nya." Thanij telah berkata: "Saya bertanya kepada Jarir: `Pernahkah kamu bertemu al-Harith ibn Hasirah?' Dia menjawab, `Ya, sebenarnya, Saya pernah. Saya berjumpa dengan beliau, seorang tua yang duduk diam dikebanyakkan masa, dan dia menekankan kepada sesuatu yang dermawan.'" Yahya ibn Ma`in telah menyebut beliau dan berkata: "Dia boleh dipercayai [walaupun] Khashbi [nama seorang yang menghina dan merendahkan Shi`a, tr.]." Al-Nisa'i, juga, mempercayai beliau. Al-Thawri, Malik ibn Maghul, `Abdullah ibn Namir, dan kumpulan yang mempunyai kalibar yang sama dengan mereka, semuanya telah menyebut dari beliau, oleh kerana beliau adalah penasihat mereka yang mana mereka telah percayai.
Al-Thahbi telah menyampaikan biograpfi beliau di dalam bukunya Al-Mizan dengan mengatakan semua yang diatas. Rujuk kepada hadithnya di dalam Sunan melalui Zayd ibn Wahab, `Ikrimah, dan kumpulan dari kelas mereka. Al-Nisa'i menyebut `Abbad ibn Ya`qub al-Rawajni yang menyebutkan rantaian penyampai termasuk `Abdullah ibn `Abdul-Malik al-Mas`udi bahawa al-Harith ibn Hasirah, menurut Zayd ibn Wahab, telah menyampaikan bahawa `Ali (as) telah didengar sebagai berkata: "Saya adalah hamba Allah dan adik kepada RasulNya, tiada siapa yang boleh mengatakan yang sedemikian melainkan dia seorang pendusta."
Al-Harith ibn Hasirah menyampaikan melalui Abu Dawud al-Subai`i, melalui `Umran ibn Hasin, yang berkata: "Saya sedang duduk di dalam kehadiran Rasul Allah [sawas], dengan Ali duduk disebelahnya. Rasul Allah [sawas] telah membaca: `Atau siapa lagi [selain dari Allah] yang akan menolong kepada orang yang memerlukan pertolongan, menghapuskan kesusahannya, dan menjadikan kamu pemerintah dibumi?’ `Ali telah tergerak menggeletar dengannya; dari itu Rasul Allah [sawas] telah menepuk bahu Ali dan berkata: ‘Tiada siapa yang mencintai kamu melainkan mereka yang benar-benar beriman, dan tiada siapa yang membenci kamu melainkan yang hipokrit sehinggalah ke hari pengadilan.'"
Tradisionists seperti Muhammad ibn Kuthayyir dan yang lainnya telah menyebutkan hadith yang dibacakan diatas dari Al-Harith ibn Hasirah. Al-Thahbi telah menyampaikannya ketika mengatakan biograpfi bagi Nafi` ibn al-Harith melalui rantaian penyampai yang sama. Apabila dia sampai kepada Al-Harith ibn Hasirah, dia komen dengan berkata, "Beliau boleh dipercayai; tetapi beliau adalah juga seorang Rafidi."




19. Al-Harith ibn `Abdullah al-Hamadani
Beliau adalah seorang sahabat karib kepada Amirul Mukminin [as] dan seorang tabi'in yang terbaik. Beliau seorang Shi`a yang tidak memerlukan kepada sebarang bukti. Beliau adalah yang pertama yang dihitung oleh Ibn Qutaybah di dalam bukunya Ma`arif sebagai pemuka Shi`a. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bukunya  Al-Mizan, mengakui bahawa beliau adalah ulama yang terkenal dikalangan tabi`in; kemudian dia menyebut kenyataan Ibn Haban sebagai berkata bahawa beliau adalah seorang ‘pelampau’ di dalam kepercayaan Shi`a. Selepas itu, dengan banyaknya, dia menyebutkan mengenai ramai manusia yang marah kepada beliau kerana kepercayaan Shi`anya. Walaupun terdapat semua ini, dia juga merakamkan ijmak mereka, bahawa beliau berpengetahuan tinggi, wara’ dan amat memahami mengenai amalan agama. Dia juga mengaku bahawa ahadith yang disampaikan oleh al-Harith terdapat di dalam empat buku Sunan. Dia menyatakan kepada fakta bahawa Nisa'i, walaupun perjudis, telah bergantung dengan kuat pada penyampaian al-Harith, mengakui bahawa manusia umum walaupun memperkecilkan beliau, tetapi terus juga menyampaikan hadith dari beliau di dalam perkara agama, dan namun begitu al-Sha`bi memanggil beliau pendusta, kemudian dia berpaling dan menyebutkan hadith daripadanya!
Al-Thahbi menyatakan yang berikutnya di dalam bukunya Al-Mizan: "Nyata sekali, al-Nisa'i mendustakan beliau apabila sampai kepada percakapan dan cerita; tetapi apabila beliau menyampaikan hadith, dia mempercayai beliau." Al-Mizan menyebut Muhammad ibn Sirin sebagai berkata: "Terdapat 5 sahabat Ibn Mas’ud yang terkenal. Saya mengetahui empat dari mereka, tetapi saya tertinggal al-Harith, yang saya tidak pernah jumpa. Dia adalah yang terbaik dari mereka semua."
Terdapat kontroversi yang besar mengenai siapakah yang tiga orang lagi, iaitu Alqamah, Masruq, atau  `Ubaydah, yang terbaik. Saya katakan bahawa Allah telah membolehkan tradisionists yang dipercayai untuk melakukan keadilan kepada al-Sha`bi dan membuktikan dia sebagai pendusta. Ini telah ditunjukan oleh Ibn `Abd al-Birr di dalam bukunya Jami'` Bayanul `Ilm yang menyebutkan kenyataan jujur yang dibuat oleh Ibrahim al-Nakh`i terhadap pembohongan al-Sha`bi, dia menambah secara lisan: "Saya fikir bahawa al-Sha`bi telah menerima pembalasan yang setimpal kerana mengatakan yang berikut mengenai al-Harith al-Hamadani: `Al-Harith, seorang pendusta, memberitahu saya bahawa ..., etc.'"[4] Ibn `Abd al-Birr telah berkata: "Al-Harith tidak menunjukkan sebarang tanda sebagai seorang pendusta; sebahagian manusia telah merasa sakit hati terhadap beliau kerana cintanya kepada `Ali yang amat mendalam dan telah mengutamakan Ali dari yang lain. Inilah sebabnya mengapa al-Sha`bi telah mengatakan beliau sebagai pendusta, oleh kerana al-Sha`bi mengutamakan Abu Bakr, dengan mengatakan bahawa Abu Bakar adalah orang yang pertama pada memeluk Islam, dan dia  mengutamakan `Umer, juga."
Diantara mereka yang dengki terhadap al-Harith adalah Muhammad Ibn Sa`d yang memuatkan biograpfi al-Harith di dalam jilid 6 pada bukunya Tabaqat, mengatakan bahawa al-Harith berkata ‘yang cemar’ Dengan mengatakan ini dia tidak dapat melakukan apa-apa kepada al-Harith, tidak juga kepada pemuka-pemuka Shi`a yang lain, apabila tiba pada ilmu pengetahuan atau keberanian. Perkataan cemar yang dirujuk Ibn Sa`d adalah tidak lain dari bersekutu kepada keturunan Muhammad dan mengambil mereka sebagai petunjuk di dalam semua perkara sebagaimana Ibn `Abd al-Birr telah mengesahkan di dalam kenyataannya diatas. Al-Harith meninggal pada tahun 65 H; semoga Allah merahmati ruhnya.

20. Habib ibn Abu Thabit al-Asadi al-Kahili al-Kufi
Dia adalah seorang dari tabi`in. Qutaybah, di dalam bukunya Ma`arif, dan Shahristani, di dalam bukunya Al-Milal wal Nihal, keduanya telah memuatkan beliau diantara pemuka Shi`a. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan, memberi tanda pada nama beliau dengan petunjuk bahawa pengarang enam Sahih bergantung kepada penyampaian beliau tanpa ragu-ragu. Yahya Ibn Ma`in dan sekumpulan ulama yang lain telah mempercayai beliau.
Bagaimana pun Al-Dawalibi telah mengatakan yang buruk mengenai beliau dan mengkelasifikasinya sebagai ‘lemah’ hanya kerana beliau seorang Shi`a. Apa yang sebenarnya memeranjatkan saya adalah atitiut Ibn `Awn yang tidak dapat mencari sebarang sebab untuk mengadakan keraguan terhadap tradisi Habib, walaupun dia bersungguh-sungguh pada melakukannya; dari itu dia terpaksa memandang rendah kepada beliau dan memanggil beliau ‘peperangan’ ‘bermata-satu’. Kelemahan sebenar sesaorang adalah melakukan dosa dan mengatakan perkataan yang buruk terhadap orang lain, tidak pada kehilangan sebelah mata.
Rujuk kepada tradisi Habib di dalam sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disampaikan melalui Sa`id ibn Jubayr dan Abu Wa'il. Hadith beliau yang disampaikan melalui Zayd ibn Wahab telah dirakamkan hanya di dalam sahih Bukhari. Di dalam sahih Muslim, hadith beliau telah disampaikan melalui Muhammad ibn `Ali ibn `Abdullah ibn `Abbas, dan melalui Tawus, al-Dahhak al-Mashriqi, Abu `Abbas ibn al-Sha`ir, Abu al-Minhal `Abdul-Rahman, `Ata' ibn Yasin, Ibrahim ibn Sa`d ibn Abu Waqqas, dan melalui Mujahid. Di dalam kedua sahih  Misar, al-Thawri, dan Shu`bah telah menyebutkan tradisi beliau. Di dalam sahih Muslim, ahadith beliau telah disebutkan oleh Sulayman al-A`mash, Hasin, `Abdul-`Aziz ibn Sayah dan Abu Ishaq al-Shaybani. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, pada tahun 119 H.

21. Al-Hasan ibn Hayy
Nama penuh Hayy adalah Salih ibn Salih al-Hamadani, adik kepada `Ali ibn Salih. Kedua mereka dilahirkan kembar dan berada di senarai teratas bagi orang kenamaan Shi`a. `Ali telah dilahirkan satu jam lebih awal. Tiada siapa pernah mendengar adiknya memanggil beliau dengan namanya yang pertama, sebaliknya dia selalu merujuk kepada beliau sebagai "Abu Muhammad." Ini telah dinyatakan di dalam jilid 6 dari buku Ibn Sa`d Tabaqat, di dalam bab yang mengatakan al-Hasan. Pengarang mengatakan: "Al-Hasan adalah seorang dari kenamaan, tetapi dia telah dijangkiti dengan Shi`ism. Dia telah tidak mengambil bahagian di dalam solat Jum`a, dan dia menyampaikan pada penolakkan pemerintah yang zalim." Dia juga menyebut kepada fakta bahawa manusia tidak pernah meminta Allah mensejahterakan `Uthman.
Ibn Sa`d telah menyebutnya di dalam jilid 6 pada bukunya Tabaqat, dengan mengatakan, "Dia adalah dipercayai; beliau menyampaikan banyak hadith, dan beliau adalah Shi’a." Imam Ibn Qutaybah telah memuatkan nama beliau diantara nama-nama penyampai hadith yang lainnya di dalam buku Ma`arif, menerangkan bahawa beliau adalah Shi’a. Pada penghujung bukunya, dia menuliskan al-Hasan diantara penyampai yang sedemikian. Muslim dan pengarang buku Sunan, semuanya telah bergantung pada penyampaian beliau. Rujuklah kepada hadithnya di dalam Sahih Muslim seperti yang disampaikan oleh Sammak ibn Harb, Isma`il al-Sadi, `Asim al-Ahwal, dan Harun ibn Sa`d. `Ubaydullah ibn Musa al-`Abasi, Yahya ibn Adam, Hamid ibn `Abdul-Rahman al-Rawasi, `Ali ibn al-Ja`d, Ahmed ibn Yunus dan semua mereka yang intelek, berkalibar dan terkenal telah belajar dari beliau.
Di dalam biograpfinya di dalam Al-Mizan, al-Thahbi menunjukkan bahawa Ibn Ma`in dan yang lain telah mempercayai hadith dari beliau. Dia menambah dengan berkata bahawa `Abdullah ibn Ahmed telah menyebutkan dari bapanya sabagai berkata bahawa al-Hasan lebih sahih dari Sharik. Al-Thahbi juga menyatakan bahawa Abu Hatim telah berkata: "Dia dipercayai mempunyai daya ingatan yang baik dan sahih," dan bahawa Abu Zar`ah telah berkata: "Dia mempunyai di dalam dirinya kesempurnaan, fiqh, wara’ dan zuhud," dan bahawa Nisa'i telah mempercayai beliau. Dia juga menyebut dari Abu Na`im sebagai berkata: "Saya telah menyebutkan 800 ahli tradisionists; saya tidak menjumpai seorang yang lebih baik dari al-Hasan ibn Salih," dan bahawa dia juga telah berkata: "saya telah dapati tiada siapa yang tidak bersalah selain dari al-Hasan ibn Salih." Dia menyebut `Ubaydah ibn Sulayman berkata: "Allah merasa malu untuk mencederakan al-Hasan ibn Salih." Dia menyebut  Yahya ibn `Ali Bakir meminta al-Hasan ibn Salih: "Terangkan kepada kami bagaimana untuk melakukan mandi jenazah;" dia tidak dapat melakukannya kerana telah dikuasai oleh tangisan. Dia menyebut `Ubaydullah ibn Musa berkata: "Saya pernah membaca al-Quran di kehadiran `Ali ibn Salih. Setelah selesai membaca ayat `Amalkan kesabaran [Wahai Muhammad]!; Kami telah memberikan kepada mereka hanya sampai kepada waktu yang ditentukan,' adiknya jatuh dan berbunyi seperti lembu yang luka; maka Ali mengangkat beliau, menyapu dan mencuci mukanya dan memegangnya supaya tidak jatuh lagi," dan bahawa Waki` telah berkata: "Al-Hasan dan `Ali anak kepada Salih dan ibu mereka membahagikan waktu malam diantara mereka tiga bahagian: setiap mereka bergilir pada bahagian mereka dari itu dapat terus berjaga, menghabiskannya di dalam beribadah dan sanjungan. Apabila ibu mereka meninggal dunia, mereka membahagikan kepada dua. Kemudian Ali meninggal, maka al-Hasan tinggal berjaga sepanjang malam beribadah."
Abu Sulayman al-Darani telah berkata: "Saya tidak pernah melihat sesiapa yang teramat takut dari al-Hasan anak kepada Salih yang berdiri sepanjang malam membaca Bab 78 dari al-Quran dan pengsan bahkan bagun dan terus membaca hingga ke pagi." Dia dilahirkan, semoga Allah merahmatinya, pada tahun 100 H. Dan meninggal pada tahun 169.

22. Al-Hakam ibn `Utaybah al-Kufi
Ibn Qutaybah telah menunjukkan kepada fakta bahawa al-Hakam ibn `Utaybah adalah seorang Shi`a di dalam bukunya Ma`arif dan menjumlahkan beliau diantara kenamaan Shi`a. Keduanya Bukhari dan Muslim bergantung kepada penyampaian beliau. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih mereka seperti yang disampaikan oleh Abu Jahifah, Ibrahim al-Nakh`i, Mujahid, dan Sa`id ibn Jubayr. Di dalam Sahih Muslim, ianya disampaikan oleh `Abdul-Rahman ibn Abu Layla, al-Qasim ibn Mukhaymarah, Abu Salih, Tharr ibn `Abdullah, Sa`id ibn `Abdul-Rahman ibn `Abzi, Yahya al-Jazzar, Nafi` (hamba Ibn `Umer), `Ata' ibn Abu Rabah, `Imarah ibn `Umayr, `Arrak ibn Malik, al-Sha`bi, Maymun ibn Mahran, al-Hasan al-`Arni, Mus`ab ibn Sa`d dan `Ali ibn al-Husayn.
Di dalam kedua sahihs, hadith-hadith beliau telah disebutkan oleh Mansur, Misar dan Shu`bah. Terutama di dalam Sahih Bukhari, hadith-hadith beliau telah disampaikan oleh `Abdul-Malik ibn Abu Ghaniya. Di dalam Sahih Muslim, hadith-hadith beliau telah disampaikan oleh al-A`mash, `Amr ibn Qays, Zayd ibn Abu Anisa, Malik ibn al-Maghul; Aban ibn Taghlib, Hamzah al-Zayyat, Muhammad ibn Jehada, Mutraf dan Abu `Awanah. Beliau meninggal pada tahun 115 H. Pada umur 65 tahun.

23. Hammad ibn `Isa al-Jehni
Dia lemas di Juhfa. Abu `Ali telah menyebut beliau di dalam bukunya Muntahal Maqal. Al-Hasan ibn `Ali ibn Dawud meringkaskan artikal tersebut di dalam karangannya Mukhtasar, di dalam bab pada mengatakan biografi orang-orang tertentu, sekumpulan ulama Shi`a dan pengarang biografi dan kamus, telah menganggap beliau sebagai boleh dipercayai, dari pengikut-pengikut para Imam petunjuk [as]. Dia belajar dari Imam al-Sadiq [as], 70 hadith oleh Rasul [sawas], tetapi beliau tidak menyampaikan lebih dari 20 hadith. Dia telah mengarang beberapa buku yang mana diketahui oleh pengikut kepercayaan kami.
Suatu ketika beliau hadir pada Imam Abul-Hasan al-Kazim [as], dan berkata: "Semoga nyawa saya dipertaruhkan untuk kamu! Tolong doakan kepada Allah untuk merahmati saya dengan sebuah rumah, seorang isteri, seorang anak, seorang orang suruhan dan menunaikan haji setiap tahun." Hammad berkata: "Apabila dia mendoakan untuk saya mengerjakan haji 50 kali, saya telah pasti saya tidak akan hidup lebih dari itu. Saya telah mengerjakan haji tahunan sebanyak 48 kali; ini adalah rumah saya yang dengannya Allah telah merahmati saya; dihujung sana isteri saya disebalik tabir mendengar kepada saya; ini adalah anak saya, dan ini orang suruhan saya; saya telah dirahmati dengan semua ini."
Dua tahun kemudian, dan setelah mengerjakan haji 50 kali, beliau bersama Abul `Abbas al-Nawfali al-Qasir pada menunaikan haji ke 51 kali. Apabila dia sampai ketempat dimana para jamaah memakai pakaian ihram, dia masuk ke sungai Juhfa untuk mandi, tetapi arusnya telah mengatasi beliau, dan dia lemas sebelum dapat mengerjakan hajinya yang ke 51 kali. Kematiannya, semoga Allah merahmati ruhnya, berlaku pada tahun 209 Hij. Tempat lahirnya adalah Kufa, tetapi dia tinggal di Basrah. Dia hidup lebih dari 70 tahun. Kami telah jalankan kajian yang mendalam di dalam biograpfi beliau di dalam buku kami Mukhtasar al-Kalam fi Mu'allifi al-Shi`a min Sadr al-Islam [Sejarah Ringkas Terhadap Pengarang Shi`a Pada Permulaan Islam].
Al-Thahbi telah menyebutkan beliau dan meletakkan "TQ" pada nama beliau sebagai rujukan kepada mereka diantara pengarang Sunan yang telah menyebutkan hadith dari beliau [Tirmithi] dan Dar Qutni, dan telah menyebutkan kepada fakta bahawa beliau telah lemas dalam tahun 208 Hij., dan bahawa beliau telah menyampaikan hadith melalui Imam al-Sadiq (as). Pengarang telah menunjukkan rasa benci kepada beliau, dan mengatakan hadithnya sebagai ‘lemah’ dengan tidak ada sebab melainkan bahawa kepercayaannya adalah Shi`a. Aneh sungguh, Dar Qutni mengatakan hadith beliau ‘lemah’ pada suatu ketika, sedangkan diketika yang lain menggunakannya sebagai penyampai hadith di dalam buku Sunannya sendiri – beginilah caranya sebahagian dari kelakuan manusia!

24. Hamran ibn `Ayinah
Beliau adalah adik kepada Zurarah. Keduanya adalah diantara Shi’a yang amat dipercayai, penjaga shari’a, lautan pengetahuan mengenai keturunan Muhammad [as] Mereka adalah pelita di dalam kegelapan dan tungak bagi petunjuk. Mereka selalu bersama Imams al-Baqir dan al-Sadiq (as) dan menikmati status yang mulia pada mata para Imams diantara keturunan Muhammad. Al-Thahbi menyebut Hamran di dalam bukunya Al-Mizan, menandakan nama beliau dengan ‘Q’ untuk menunjukkan siapakah diantara penyusun Sunan yang bergantung kepada penyampaian beliau [i.e. Dar Qutni.] Kemudian al-Thahbi menambah: "Beliau telah menyampaikan hadith dari Abul Tufayl dan lainnya. Hamzah telah membacakan al-Quran kepada beliau, dan beliau sendiri pernah membacanya dengan tepat dan sempurna." Ibn Ma`in menganggap hadith beliau ‘boleh diabaikan’ sedangkan Abu Hatim menyambutnya sebagai penasihat [mentor]. Sebaliknya Abu Dawud melabel beliau sebagai "Rafidi."

25. Khalid ibn Mukhlid al-Qatwani
Juga dikenali sebagai Abul-Haytham al-Kufi, beliau adalah seorang dari mentor [penasihat] Bukhari, seperti mana yang terkemudian menyatakan di dalam Sahihnya. Ibn Sa`d menyebutnya pada muka surat 283, Vol. 6, di bukunya Tabaqat, sebagai berkata, "Dia adalah pengikut kuat Shi`a. Dia meninggal di Kufa di dalam pertengahan tahun 213 H. semasa pemerintahan al-Ma'mun. Dia adalah pelampau di dalam kepercayaan Shi`a  dan penulis telah merakamkan fakta ini."
Abu Dawud menyebut beliau dengan berkata: "Beliau adalah benar; tetapi beliau adalah pengikut Shi`ism." Al-Jawzjani berkata yang berikut mengenai beliau: "Beliau tidak pernah berhenti menolak orang-orang tertentu, secara umum menerangkan kezaliman golongannya." Al-Thahbi menyampaikan biografi beliau di dalam bukunya Al-Mizan, menyebutkan pandangan keduanya Abu Dawud dan Jawzjani seperti yang tertulis diatas. Bahkan keduanya Bukhari dan Muslim telah bergantung kepada penyampaian di dalam beberapa bab di dalam Sahih-sahih mereka. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih Bukhari seperti yang disampaikan dari al-Mughirah ibn `Abdul-Rahman, dan di dalam Sahih Muslim oleh Muhammad ibn Ja`fer ibn Abul Kathir, Malik ibn Anas, dan Muhammad ibn Musa. Kedua Sahih menyebutkan di Al-Mizan  beliau dari Sulayman ibn Bilal dan `Ali ibn Mushir. Al-Bukhari menyebut hadith beliau di dalam beberapa tempat pada Sahihnya, tanpa merujuk kepada mana-mana rantaian penyampai, menyebutkan dua hadith beliau dari Muhammad ibn `Uthman ibn Karamah. Muslim menyebutkan hadith beliau seperti yang disampaikan oleh Abu Karib, Ahmed ibn `Uthman al-`Awdi, al-Qasim ibn Zakariyyah, `Abd ibn Hamid, Ibn Abu Shaybah, dan Muhammad ibn `Abdullah ibn Namir. Pengarang bagi Sunan semuanya bergantung kepada penyampaian hadith beliau, sedang mereka sedar akan golongannya.

26. Dawud ibn Abu `Awf (Abul-Hijab)
Ibn `Adi telah menyebut beliau dengan berkata, "Saya tidak boleh bergantung kepada penyampaiannya disebabkan beliau adalah Shi’a. Kebanyakkan dari hadith yang beliau sampaikan adalah berkenaan kemuliaan Ahl al-Bayt."
Pertimbangkanlah keanehan kenyataan yang sedemikian!! Ya tidak ada apa-apa yang menimpa terhadap Dawud dari Nasibis ini, oleh kerana keduanya Sufyans menyebutkan hadith beliau, sebagai tambahan kepada `Ali ibn `Abis dan lainnya yang tergolong di dalam para elit diantara yang terkemuka. Keduanya Abu Dawud dan al-Nisa'i telah bergantung kepada penyampaian beliau, dan begitu juga Ahmed dan Yahya. Al-Nisa'i telah mengatakan yang berikut mengenai beliau: "Tidak ada apa-apa yang salah pada hadith beliau." Abu Hatim telah berkata: "Hadith beliau baik." Al-Thahbi telah menyebutkan testimoni sedemikian di dalam sahihnya. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sunan Abu Dawud, di dalam al-Nisa'i's melalui Abu Hazim al-Ashja`i, `Ikrimah, dan lainnya.


27. Zubayd ibn al-Harith ibn `Abdul-Karim al-Yami al-Kufi
Juga dikenali sebagai Abu `Abdul-Rahman, beliau telah disebutkan di dalam Al-Mizan, al-Thahbi dimana pengarang telah berkata: "Beliau adalah tabi’I yang dipercayai dan condong kepada Shi’a.’ Kemudian dia menyebutkan kenyataan untuk membuktikan bahawa hadith Zubayd telah disahkan oleh al-Qattan, dan bahawa terdapat pengkritik dan penilai terkenal yang menganggap beliau sebagai bekepercayaan. Abu Ishaq al-Jawzjani telah menulis perkataan yang menghina mengenai beliau, itu memang khusus terhadap atitiutnya  dan juga Nasibis yang lainnya, telah mengatakan:- "Diantara penduduk Kufa, terdapat sekumpulan yang kepercayaan mereka tidak diterima [oleh Nasibis], malah mereka adalah ahli hadith. Diantara mereka adalah: Abu Ishaq, Mansur, Zubayd al-Yami, al-A`mash dan lainnya. Manusia telah menerimanya dengan tiada sebab selain dari kebenaran mereka di dalam menyampaikan hadith, dan penyampaiannya telah mengesahkan kepada kesahihan hadith dari satu dengan yang lainnya,' sehinggalah kepada penghujung kenyataan yang mana kebenaran telah memaksa dia untuk mendedahkannya. Kerap kali kebenaran telah diperkatakan oleh mereka yang berfikiran waras sebagaimana ianya juga diperkatakan oleh mereka yang degil dan keras hati. Bencana apakah yang boleh sampai kepada tunggak pengetahuan yang mulia ini, ahli hadith dalam Islam, jika kritik yang sedemikian tidak menghargai pandangan mereka yang tinggi terhadap kerabat rasul yang suci, yang menjadi pintu keampunan, penyelamat semua makhluk dimuka bumi ini selepas Rasul [sawas] sendiri, bahtera keselamatan ummahnya?
Bencana apa yang dapat menimpa mereka dari kritik yang sedemikian yang tidak mempunyai pilihan melainkan pada meneruskan pencarian, sehinggalah sampai kemuka pintu rumah mereka, dan tanpa pilihan memohon pertolongan mereka?
Jika pemuka-pemuka kaum saya senang dengan saya
Maka biarlah penjenayahnya bergeseran dan meradang
Penyampai yang begini tidak memberikan sebarang perhatian kepada al-Jawzjani atau yang lainnya seperti dia, setelah beliau dianggap berkepercayaan oleh pengarang buku-buku Sahih dan Sunan. Rujuk kepada hadith Zubayd di dalam keduanya iaitu Sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disampaikan oleh Abu Wa'il, al-Sha`bi, Ibrahim al-Nakh`i, dan Sa`d ibn `Ubaydullah. Hanya Bukhari menyebut hadith beliau melalui Mujahid. Di dalam Sahih Muslim hadith beliau telah disampaikan oleh Murrah al-Hamadani, Muharib ibn Dithar, Ammarah ibn `Umayr, dan Ibrahim al-Taymi. Hadith beliau yang disebutkan di dalam kedua Sahih seperti yang disampaikan oleh Shu`bah, al-Thawri, dan Muhammad ibn Talhah. Di dalam Sahih Muslim hadith beliau telah disampaikan oleh Zuhayr ibn Mu`awiyah, Fadil ibn Ghazwan, dan Husayn ibn al-Nakh`i. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, pada tahun 124 H.

28. Zayd ibn al-Habab, Abul-Hasan al-Kufi al-Tamimi
Ibn Qutaybah telah memuatkan biograpfi beliau diantara biografi mereka yang dia telah jumlahkan diantara pemuka Shi’a di dalam hasil kerjanya Al-Ma`arif. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan, menerangkan beliau sebagai wara’, berkepercayaan, dan benar. Dia menunjukkan beliau telah dikatakan sebagai berkepercayaan oleh Ibn Ma`in dan Ibn al-Madini. Dia juga menyebutkan Abu Hatim dan Ahmed, menerangkan beliau sebagai benar, menambah bahawa ‘Adi telah berkata: "Beliau adalah seorang tradisionists Kufi yang dipercayai, yang mana kepercayaan kepadanyanya tidak diragukan." Muslim telah bergantung kepada penyampaiannya. Rujuk kepada Sahih Muslim yang mengandungi hadith beliau seperti yang disampaikan oleh Mu`awiyah ibn Salih, al-Dahhak ibn `Uthman, Qurrah ibn Khalid, Ibrahim ibn Nafi`, Yahya ibn Ayyub, Saif ibn Sulayman, Hasan ibn Waqid, `Ikrimah ibn `Ammar, `Abdul-`Aziz ibn Abu Salma, dan `Aflah ibn Sa`id. Hadith beliau telah disebutkan oleh Ibn Abu Shaybah, Muhammad ibn Hatim, Hasan al-Hulwani, Ahmed ibn al-Munthir, Ibn Namir, Ibn Karib, Muhammad ibn Rafi`, Zuhair ibn Harb, dan Muhammad ibn al-Faraj.

29. Salim ibn Abul Ja`d al-Ashja`i al-Kufi
Beliau adalah adik kepada `Ubayd, Ziyad, `Umran, dan Muslim, anak lelaki Abul-Ja`d.
Di dalam jilid 6 dari Al-Tabaqat, Sa`d menyebut kesemua mereka pada muka surat 2303 dan pada muka surat seterusnya. Apabila dia sampai kepada Muslim, dia berkata, "Abul-Ja`d mempunyai 6 orang anak lelaki. Dua darinya mengikuti Shi`ism. Mereka adalah Salim dan `Ubayd. Dua yang lain adalah Murji'is, sedang yang selebihnya adalah Kharijites. Bapa mereka pernah berkata: `Apa kena dengan kamu semua? Saya hairan mengapa Allah menjadikan pandangan kamu berbeza amat sangat.'" Ibn Qutaybah telah membincangkannya pada muka surat 156 dari bukunya Ma`arif di dalam bab pada memperkatakan tabi`in Shi`a dan penggantian mereka.
Sekumpulan ulama telah mengesahkan pandangan Salim ibn Abul-Ja`d kepada Shi’a. Qutaybah, pada muka surat 206 dari bukunya Ma`arif, telah memuatkannya diantara pemuka Shi`a, dan begitu juga al-Shahristani di dalam kerjanya Al-Milal wal Nihal di muka surat 27, Vol. 2, di dalam notakaki pada bab mengenai Ibn Hazm. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan, mengatakan beliau sebagai tabi’I yang berkepercayaan. Dia juga mengatakan bahawa hadith beliau dari al-Nu`man ibn Bashir dan Jabir telah terjumlah di dalam kedua Sahih. Yang sebenarnya hadith beliau dari Anas ibn Malik dan Karib, telah terjumlah di dalam kedua Sahih sebagaimana ulama hadith telah sedia mengetahui. Al-Thahbi mengatakan bahawa hadith beliau dari `Abdullah ibn `Umer, dan dari Ibn `Umer, terdapat di dalam Sahih Bukhari. Yang terkemudian juga mengandungi hadith beliau dari Ma`dan ibn Abu Talha dan dari bapa yang terkemudian. Hadith beliau telah disebutkan di dalam kedua Sahih oleh al-A`mash, Qatadah, `Amr ibn Murrah, Mansur, dan Hasin ibn `Abdul-Rahman. Dia juga mengetahui hadith yang disebutkan oleh al-Nisa'i dan Abu Dawud di dalam Sunan mereka. Dia meninggal; sama ada pada tahun 87 atau 97 H. semasa pemerintahan Sulayman ibn `Abdul-Malik, atau, sebagaimana sebahagian mereka mengatakan semasa `Umer ibn `Abdul-`Aziz, dan Allah Maha Mengetahui.

30. Salim ibn Abu Hafsah al-`Ijli al-Kufi
Al-Shahristani memuatkannya di dalam buku Al-Milal wal-Nihal diantara pemuka Shi`a. Al-Fallas berkata: "Beliau adalah tradisionist yang ‘lemah’ yang melampau di dalam kepercayaan Shi`a." Ibn `Adi berkata: "Manusia mengkritik terhadap ekstremnya, tetapi saya harap tidak ada apa-apa kesalahan pada hadithnya." Muhammad ibn Bashir al-`Abdi berkata: "Saya telah melihat Salim ibn Abu Hafsah seperti orang yang dungu dengan janggut yang panjang – wahh janggutnya! Dia berkata: Saya harap saya adalah rakan Ali di dalam apa sahaja yang dipunyainya.'"
Al-Husayn ibn `Ali al-Ju`fi telah berkata: "Saya telah melihat Salim ibn Abu Hafsah seperti orang dungu dengan janggut yang panjang yang selalu akan berkata, ‘Kini saya datang, Wahai pembunuh Na’thal, pembasmi Banu Umayyah!'" `Amr ibn al-Salim ibn Abu Hafsah bertanya kepadanya : "Adakah kamu membunuh `Uthman?" Dia menjawab: "Adakah saya?!" `Amr berkata "Ya, kamu lakukan. Kamu tidak mengutuk pembunuhnya." Abu ibn al-Madini telah berkata: "Saya telah mendengar Jarir berkata, `Saya memutuskan persahabatan saya dengan Salim ibn Abu Hafsah kerana dia selalu mempertahankan Shi`as.'" Al-Thahbi mempunyai biografi beliau yang khusus, menyebutkan semua yang diatas. Pada muka surat 234 dari Vol. 6 pada Tabaqat, Ibn Sa`d menyebut beliau dan berkata: "Dia amat kuat berpegang kepada kepercayaan Shi`a. Dia memasukki Mekah semasa pemerintahan `Abbasid dan melaungkan, `Ini saya datang, ini saya datang, Wahai pembunuh Omayyads!' Suaranya agak lantang juga, sehinggakan laungannya telah didengari oleh Dawud ibn `Ali yang bertanya: `Siapakah orang itu?' Manusia memberitahunya bahawa itu adalah Salim ibn Abu Hafsah, dan mereka menjelaskan cerita dan pandangannya."
Al-Thahbi telah menjumlahkan biografi dia di dalam bukunya Al-Mizan memberi komen, "Dia adalah ketua bagi mereka yang memandang rendah kepada Abu Bakr dan `Umer." Walaupun dengan semua itu, keduanya, Sufyans menyebut hadith darinya dan begitu juga Muhammad ibn Fudayl, sedang al-Tirmithi telah bergantung kepada penyampaiannya dan Ibn Ma`in telah menganggap dia sebagai boleh dipercayai. Dia meninggal pada tahun 137 A.H.

31. Sa`d ibn Tarif al-Iskafi al-Hanzali al-Kufi
Al-Thahbi menyebut beliau, menandakan namanya dengan TQ sebagai rujukan kepada pengarang Sunan yang menyebutkan darinya (i.e. al-Tirmithi and Dar Qutni). Al-Thahbi juga menyebut al-Fallas sebagai berkata bahawa Sa`d adalah  "lemah, pelampau di dalam kepercayaan Shi`a." Walaupun beliau adalah ‘ekstrimis Shi’a’ al-Tirmithi dan yang lainnya menyebut hadith darinya. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih al-Tirmithi seperti yang sampaikan oleh `Ikrimah dan Abul-Wa'il. Beliau juga menyampaikan hadith seperti yang disampaikan oleh al-Asbagh ibn Nabatah, `Uman ibn Talhah dan `Umayr ibn Ma'mun. Isra'il, Haban dan Abu Mu`awiyah semuanya menyebut dari beliau.

32. Sa`id ibn Ashwa`
Beliau telah disebut di dalam buku al-Thahbi, Al-Mizan dimana pengarang telah berkata: "Sa`id ibn Ashwa` adalah kadi Kufa yang jujur dan terkenal. Al-Nisa'i berkata bahawa tidak terdapat kesalahan pada hadith beliau, dan bahawa beliau adalah sahabat al-Sha`bi. Al-Jawzjani menerangkan beliau sebagai pelampau, menyimpang dan fanatik Shi’a."
Keduanya al-Bukhari and Muslim bergantung kepada penyampaiannya di dalam Sahih mereka. Hadithnya dari al-Sha`bi telah dianggap sebagai sahih oleh pengarang kedua buku Sahih. Di dalam kedua buku Sahih Bukhari dan Muslim, hadith beliau telah sebutkan oleh Zakariyyah ibn Abu Za'idah dan Khalid al-Haththa'. Dia meninggal semasa pemerintahan Khalid ibn `Abdullah.

33. Sa`id ibn Khaytham al-Hilali
Ibrahim ibn `Abdullah ibn al-Junayd telah ditanya: "Sa`id ibn Khaytham adalah seorang Shi`a. Apa fikiran awak mengenai dia?" Dia menjawab: "Katakanlah bahawa dia adalah Shi`a, tetapi dia juga boleh dipercayai."
Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan, menyebut dari Ibn Ma`in yang menyampaikan juga percakapan  yang telah dicatitkan diatas. Dia juga menandakan nama beliau dengan singkatan nama keduanya al-Tirmithi dan al-Nisa'i untuk menunjukkan bahawa kedua pengarang menyebut hadith beliau di dalam Sahih mereka. Dia juga menyatakan fakta bahawa Sa`id membacakan hadith dari Yazid ibn Abu Ziyad dan Muslim al-Malla'i. Sepupunya, Ahmed ibn Rashid, juga menyampaikan hadith beliau.

34. Selamah ibn al-Fudayl al-Abrash
Beliau adalah kadi Rayy dan penyampai tradisi berkaitan kepada peperangan yang mana Rasul [sawas] mengambil bahagian, sebagaimana yang disampaikan oleh Ibn Ishaq. Kunyat (surname) beliau Abu `Abdullah. Di dalam biografinya pada Al-Mizan, Ibn Ma`in berkata: "Selamah al-Abrash al-Razi adalah berkepercayaan Shi`ism dan seorang yang hadithnya selalu disebutkan, dan tidak terdapat kesalahan pada hadithnya." Abu Zar`ah telah juga berkata di dalam Al-Mizan bahawa orang asal Rayy tidak suka kepadanya kerana pandangan agamanya. Yang sebenarnya itu adalah atitiut mereka disebabkan pandangan mereka mengenai semua pengikut keturunan Rasul [sawas]
Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan, menandakan nama beliau dengan singkatan nama Abu Dawud dan al-Tirmithi dan berkata : "Dia telah diingati kerana ibadah dan doanya." Dia meninggal pada tahun 191.H. Ibn Ma`in mengesahkan fakta bahawa hadith yang berkaitan dengan ekpedisi ketenteraan Rasul sebagaimana yang disampaikan oleh Selamah adalah lebih dipercayai dari yang lainnya. Zanih telah disebutkan sebagai berkata bahawa dia telah mendengar Selamah al-Abrash berkata bahawa beliau telah mendengar hadith mengenai ekspedisi itu dari Ishaq dua kali, dan bahawa dia telah menulis hadithnya seperti yang dia telah lakukan terhadap ekspedisi tersebut.

35. Selamah ibn Kahil ibn Hasin ibn Kadih ibn Asad al-Hadrami, Abu Yahya
Sekumpulan ulama yang mengikuti majoriti Muslim, seperti Ibn Qutaybah di dalam bukunya Ma`arif, yang menyebut pada muka surat 206 mengenai kecemerlangan beliau, dan al-Shahristani di dalam bukunya Al-Milal wal-Nihal, pada muka surat 27, Vol. 2, telah menjumlahkannya diantara kenamaan Shi`a. Pengarang dari Enam Sahih semuanya telah bergantung pada penyampaiannya, dan begitu juga yang lain. Beliau telah mempelajari hadith dari orang seperti Abu Jahifah, Suwayd ibn Ghaflah, al-Sha`bi, `Ata' ibn Abu Rabah, kesemuanya disebut di dalam Bukhari dan Muslim. Di dalam Muslim, beliau menyebut hadith dari Karib, Tharr ibn `Abdullah, Bakir ibn al-Ashaj, Zayd ibn Ka`b, Sa`id ibn Jubayr, Mujahid, `Abdullah ibn `Abdul-Rahman ibn Yazid, Abu Selamah ibn `Abdul-Rahman, Mu`awiyah ibn al-Suwayd, Habib ibn `Abdullah, dan Muslim al-Batin. Al-Thawri dan Shu`bah, keduanya telah menyebutkan hadith beliau di dalam hasil kerja keduanya, sedangkan di dalam Bukhari, hadith beliau telah disebutkan oleh Isma`il ibn Abu Khalid. Di dalam Muslim, beliau disebutkan oleh Sa`id ibn Masruq, Aqil ibn Khalid, `Abdul-Malik ibn Abu Sulayman, `Ali ibn Salih, Zayd ibn `Abu Anisah, Hammad ibn Selamah, dan al-Walid ibn Harb. Selamah ibn Kahil meninggal pada `Ashura tahun 121H.

36. Sulayman ibn Sa`id al-Khuza`i al-Kufi
Beliau pernah menjadi ketua tertinggi Shi`a di Iraq, pengantara diantara mereka, penasihat dan penjaga mereka. Mereka semua telah bertemu di dalam rumah beliau apabila mereka memberikan bai’ah kepada Imam Husayn (as). Beliau adalah penyampai bagi tawwabin (yang kesal) diantara Shi`as, mereka yang bangun untuk membalas dendam diatas pembunuhan Imam Husayn (as). Mereka terdiri dari 4 000 tentera yang berkhemah di Nakhila pada awal Rabi` al-Thani, 65 H., mereka berarak menuju `Ubaydullah ibn Ziyad dan bertempur dengan tenteranya di Jazira. Mereka bertempur dengan hebatnya sehingga setiap dari mereka semua gugur. Sulayman, juga telah syahid disuatu tempat dipanggil `Ayn al-Warda setelah Hasin memanah beliau dengan anak panah yang membawa maut. Beliau berusia 93 tahun diketika itu. Kepalanya dan juga al-Musayyab ibn Najba telah dibawa sebagai trophi kepada Marwan ibn al-Hakam.
Biografi beliau telah dirakamkan di dalam Vol. 6, Bahagian satu, dari buku Ibn Sa`d', Tabaqat, dan di dalam Isti`ab oleh Ibn `Abd al-Birr. Semua mereka yang menulis cerita para keturunan warisan telah merakamkan biografi beliau dan memuji kemuliaannya, keimanan dan taqwa. Dia menikmati kedudukan yang mulia, dihormati dan dimuliakan dikalangan manusia dan perkataannya berat pada timbangan. Beliaulah orangnya yang membunuh Hawshab, musuh terkenal Amirul Mukminin, di dalam pertarungan dipeperangan Siffin. Sulayman amat tajam penglihatannya terhadap musuh Ahl al-Bayt yang telah menyimpang. Para tradisionists telah meminta pandangannya. Hadith yang beliau sampaikan mengenai Rasul [sawas] adalah yang disampaikanya secara terus atau yang disampaikan oleh Jubayr ibn Mut`im yang bergantung pada penyampaiannya, telah dirakamkan di dalam kedua Sahih Bukhari dan Muslim. Di dalam Muslim beliau telah disebutkan oleh Abu Ishaq al-Subay`i dan `Adi ibn Thabit. Sulyman telah menyampaikan hadith yang tidak dituliskan di dalam mana-mana Sahih. Ini termasuk hadith dari Amirul Mukminin, anaknya Imam al-Hasan al-Mujtaba (as), dan Abiy. Di dalam kerja-kerja selain dari Sahih ini, hadith beliau telah disampaikan oleh Yahya ibn Ya`mur, `Abdullah ibn Yasar, dan oleh yang lainnya.

37. Sulayman ibn Tarkhan al-Taymi al-Basri
Seorang hamba Qays, imam, dia seorang yang amat dipercayai pada penyampaian hadith. Ibn Qutaybah telah menjumlahkan beliau diantara pemuka Shi’a di dalam bukunya Al-Ma`arif. Pengarang dari enam sahih, begitu juga yang lain telah bergantung pada penyampaiannya. Rujuk kepada hadith beliau di dalam kedua Sahih melalui Anas ibn Malik, Abu Majaz, Bakr ibn `Abdullah, Qatadah, dan Abu `Uthman al-Nahdi. Di dalam Sahih Muslim, hadith beliau telah disebut melalui yang lain. Di dalam kedua Sahih hadith beliau telah disebutkan oleh anaknya Mu`tamir, dan oleh Shu`bah dan al-Thawri. Parti yang lain menyebutkan hadithnya di dalam sahih Muslim. Dia meninggal pada tahun 143 H.

38. Sulayman ibn Qarm ibn Ma`ath
Dia juga dikenali sebagai Abu Dawud al-Dabi al-Kufi. Ibn Haban menyebut beliau di dalam buku biografi Sulayman, Al-Mizan. Ibn Haban telah berkata, "Dia seorang Rafidi – begitulah ianya. "Walaupun begitu, Ahmed ibn Hanbal telah mempercayai beliau. Pada penghujung biografi Sulayman seperti yang dirakamkan di dalam Al-Mizan, Ibn `Adi berkata, "Hadith yang disampaikan oleh Sulayman ibn Qarm adalah sahih. Lebih-lebih lagi, hadith beliau lebih dipercayai dari yang disampaikan oleh Sulayman ibn Arqam."
Muslim, al-Nisa'i, al-Tirmithi, dan Abu Dawud semuanya telah menyatakan hadith beliau. Apabila al-Thahbi menyebut beliau, dia meletakkan tanda singkatan nama tradisionists pada nama beliau. Rujuk kepada Sahih Muslim dimana hadith Abul-Jawab telah disampaikan oleh Sulayman ibn Qarm dari al-A`mash, sampai kepada Rasul [sawas]. Hadith itu menyatakan bahawa Rasul [sawas] telah berkata bahawa sesaorang itu akan selalu bersama dengan mereka yang dicinta. Di dalam Sunan, hadith beliau menyabut Thabit melalui Anas berturutan, berkata bahawa Rasul [sawas] telah berkata: "Mencari ilmu adalah wajib keatas setiap Muslim." Dia menyebut al-A`mash dari `Amr ibn Murrah, dari Abdullah ibn al-Harith, dari Zuhair ibn al-Aqmar, dari `Abdullah ibn `Umer yang berkata bahawa al-Hakam ibn Abul `Yang biasa berada dengan Rasul [sawas] kemudian akan pergi menyampaikan hadith baginda [setelah diputar belitkan] kepada Quraysh; dari itu Rasul [sawas] telah mencela kelakuan dia dan kesemua keturunannya sekali, sehingga kehari pengadilan.

39. Sulayman ibn Mahran al-Kahili al-Kufi al-Asla`
Beliau adalah seorang dari kenamaan Shi`a dan tradisionis yang amat dipercayai. Ramai genius diantara ulama Sunni, seperti Ibn Qutaybah di dalam bukunya Ma`arif dan al-Shahristani di dalam bukunya Al-Milal wal-Nihal, dan begitu juga yang lain, semuanya telah memuatkan beliau diantara pemuka Shi`a.
Di dalam biografi Zubayd, al-Jawzjani berkata yang berikut di dalam bukunya Al-Mizan: "Diantara manusia di Kufa, terdapat beberapa orang yang golongannya tidak diterima, sebaliknya mereka adalah pakar di dalam hadith diantara ahli-ahli hadith di Kufa. Diantara mereka adalah: Abu Ishaq, Mansur, Zubayd al-Yami, al-A`mash, dan yang terkemuka lainnya. Manusia hanya menerima mereka kerana mereka itu jujur pada menyampaikan hadith," sehingga penghujung kenyataannya yang dengan nyata telah menunjukkan kejahilan dan perjudisnya mereka. Keburukan apa yang boleh menimpa pemuka tersebut jika Nasibis tidak menghargai tanggong jawab mereka pada menyampaikan perintah Tuhan dan mencari keridhaanNya dengan terus mentaati kepada kerabat Rasul [sawas]? Yang sebenarnya Nasibis ini menerima orang-orang tersebut bukan kerana mereka adalah jujur pada menyampaikan hadith tetapi kerana mereka diperlukan. Jika mereka telah menolak hadith orang-orang ini, kebanyakkan dari hadith-hadith Rasul akan hilang, sebagaimana al-Thahbi sendiri mengakuinya di dalam buku Al-Mizan ketika membincangkan biografi Aban ibn Taghlib. Saya fikir ini adalah kenyataan al-Mughirah: "Abu Ishaq dan A`mash kamu telah membawa Kufa kepada kehancuran" ini telah di katakan, disebabkan oleh kepercayaan orang ini mengenai Shi`a. Selain dari itu keduanya, Abu Ishaq dan al-A`mash adalah lautan ilmu pengetahuan dan penjaga warisan Rasul.
Al-A`mash telah meninggalkan kepada kita banyak insiden yang menarik yang mana telah membayangkan kebesarannya. Satu darinya, sebagai contoh, telah dimuatkan oleh Ibn Khallikan di dalam biografi al-A`mash di dalam Wafiyyat al-A`yan dimana pengarang telah mengatakan:
"Hisham ibn `Abdul-Malik suatu ketika menulis kepada al-A`mash mengatakan: `Tuliskan untuk ku kemuliaan `Uthman dan dosa-dosa `Ali.' Al-A`mash mengambil surat itu dan membalingkan ke dalam mulut unta betinanya. Kemudian dia berpaling kepada si utusan dan berkata: ‘Itulah jawapan saya.' Si utusan bagaimana pun meminta al-A`mash menuliskan jawapan dengan berkata bahawa tuannya telah bersumpah untuk membunuhnya jika dia pulang dengan tidak membawa jawapan. Dia merayu kepada adik al-A`mash supaya menekankan kepadanya untuk menuliskan sesuatu. Akhirnya beliau menulis: `Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih `Uthman mempunyai segala kemuliaan bagi manusia didunia ini, ianya tidak dapat memberikan kamu apa-apa faedah, dan `Ali mempunyai di dalam dirinya segala dosa manusia di dunia ini, ianya tidak dapat mencederakan kamu sedikit pun, dari itu, khuatirlah mengenai jiwa kamu sendiri, dan keamanan bagi kamu.'"
Satu lagi kisah yang disampaikan oleh Ibn `Abd al-Birr di dalam bab pada kenyataan para ulama menilai kerja masing-masing di dalam bukunya Jami` Bayanul `Ilm wa Fada'ilih.[5] Pengarang menyebut dari `Ali ibn Khashram yang berkata, "Saya mendengar Abul-Fadl ibn Musa berkata, `Saya memasuki rumah al-A`mash bersama Abu Hanifah untuk menziarahnya ketika beliau sakit. Abu Hanifah berkata: `Wahai Abu Muhammad! Jika tidaklah kerana saya takuti kedatangan saya ini menjadi gangguan kepada kamu, saya pasti akan datang menziarah kepada kamu dengan lebih kerap lagi'. Al-A`mash menjawab, `Kamu adalah penggacau bagi saya walaupun jika kamu berada dirumah kamu sendiri; dari itu bayangkanlah bagaimana perasaan saya apabila saya terpaksa melihat kepada rupa kamu.'" Abul-Fadl berkata seterusnya, setelah meninggalkan rumah al-A`mash, Abu Hanifah berkata, `Al-A`mash tidak pernah memerhatikan puasanya di bulan Ramadan.' Ibn al-Khashram kemudian bertanya kepada al-Fadl apakah yang dimaksudkan oleh Abu Hanifah. Al-Fadl menjawab, `Al-A`mash umumnya akan memerhatikan suhur semasa bulan Ramadan menurut pada hadith Rasul seperti yang disampaikan oleh Huthayfah al-Yemani.'" Yang sebenarnya, beliau memerhatikan kepada ayat al-Quran: "Dari itu, makan dan minumlah sehingga kamu dapat membezakan antara benang putih dan benang hitam, dari awal pagi, dan sempurnakanlah puasa kamu sehingga malam tiba."
Pengarang dari Al-Wajiza dan Bihar Al-Anwar keduanya telah menyebut dari Hasan ibn Sa`id al-Nakh`i yang menyebut dari Sharik ibn `Abdullah, seorang kadi, berkata, "Saya menziarahi al-A`mash ketika beliau sakit yang membawa kepada kematiannya. Ketika saya berada disana, Ibn Shabramah, Ibn Layla dan Abu Hanifah masuk dan bertanya mengenai kesihatan beliau. Dia memberitahu mereka bahawa dia sedang menderita kesakitan, bahawa dia takut kepada Allah diatas segala dosanya dan hampir sahaja dia akan menangis. Abu Hanifah kemudian berkata kepada beliau: `Wahai Abu Muhammad! Takutlah akan Allah! Lihatlah sekarang kepada diri kamu. Kamu pernah menyampaikan hadith yang tertentu mengenai `Ali yang mana, jika kamu menolaknya, adalah lebih baik untuk kamu.' Al-A`mash menjawab: `Berani kamu kata begitu kepada orang seperti saya?' Bahkan beliau terus mencela dia, dan tidak ada perlunya disini untuk pergi kearah itu. Beliau adalah, semoga Allah merahmati jiwanya, seperti al-Thahbi terangkan di dalam bukunya Al-Mizan, Imam yang dipercayai. Beliau adalah tepat seperti apa Ibn Khallikan telah terangkan ketika membincangkan biografi beliau di dalam bukunya Wafiyyat al-A`yan, seorang yang jujur dan ulama yang mulia. Semua para ulama telah akui jujurnya beliau, saksama dan taqwa. Pengarang dari buku enam Sahih, begitu juga dengan yang lainnya, semuanya telah bergantung kepada penyampaiannya. Rujuk kepada hadithnya di dalam buku Sahih Bukhari dan Muslim dari Zayd ibn Wahab, Sa`id ibn Jubayr, Muslim al-Batin, al-Sha`bi, Mujahid, Abu Wa'il, Ibrahim al-Nakh`i dan Abu Salih Thakwan. Beliau telah menyampaikan di dalam kerja-kerja ini oleh Shu`bah, al-Thawri, Ibn `Ainah, Abu Mua`awiyah Muhammad, Abu `Awanah, Jarir, dan Hafs ibn Ghiyath. Al-A`mash telah dilahirkan pada tahun 61 H. dan meninggal dalam tahun 148 H., semoga Allah merahmati beliau.

40. Sharik ibn `Abdullah ibn Sinan al-Nakh`i al-Kufi, seorang kadi
Imam Abu Qutaybah, di dalam bukunya Ma`arif, tidak ragu-ragu mengatakan bahawa beliau diantara orang kenamaan Shi`a. Pada penghujung biografi Sharik seperti dirakamkan di dalam Al-Mizan, `Abdullah ibn Idris bersumpah bahawa Sharik adalah seorang Shi`a. Abu Dawud al-Rahawi telah disebutkan di dalam Al-Mizan, juga telah mendengar Sharik berkata, "`Ali adalah kejadian yang terbaik; sesiapa yang menafikan fakta ini adalah kafir."[6] Apa yang beliau maksudkan sudah pastinya bahawa `Ali adalah manusia yang terbaik selepas Rasul [sawas] seperti mana semua Shi’a percaya  Atas sebab ini, al-Jawzjani, telah disebutkan di dalam Al-Mizan, pada mengatakan beliau sebagai ‘berat sebelah’ bererti condong kepada kepercayaan Ahl al-Bayt dan lebih mengutamakannya dari golongan Jawzjani. Al-Mizan juga menyebut hadith Sharik mengenai Amirul Mukminin. Dia menyebut Abu Rabi`ah dari Ibn Buraydah dari bapanya sehinggalah kepada Rasul [sawas] yang berkata: "Untuk setiap Rasul terdapat wazir dan pewaris. "
Beliau amat bergiat pada mengembangkan pengetahuan mengenai kemuliaan Amirul Mukminin, dan menekan Omayyads untuk mengakuinya dan menyebarkan kemuliaannya [as]. Didalam hasil kerja beliau Durrat al-Ghawwas, al-Hariri, seperti di dalam biografi Sharik di dalam buku Ibn Khallikan Wafiyyat al-A`yan, telah berkata, "Sharik mempunyai seorang kawan Omayyad. Satu hari, Sharik menyebutkan sifat-sifat kecemerlangan ‘Ali ibn Abu Talib (as). Kawannya yang Omayyad berkata bahawa `Ali adalah orang baik.' Ini telah menimbulkan kemarahan Sharik yang berkata, `Adakah itu sahaja yang kamu dapat ucapkan mengenai ‘Ali, bahawa dia seorang yang baik, dan tak ada apa-apa lagi?'"[7]
Pada penghujung biografi Sharik seperti yang tersebut di dalam Al-Mizan, Ibn Abu Shaybah telah menyebut dari ‘Ali ibn Hakim ibn Qadim yang menyatakan bahawa `Ali telah berkata bahawa aduan telah dibawa seorang kepada perhatian Sharik. Orang itu berkata: "Manusia mengatakan bahawa fikiran kamu meragukan." Sharik menjawab: "Kamu jahil! Bagaimana saya boleh merasa ragu?! Saya harap saya ada bersama dengan ‘Ali untuk menjadikan pedang saya menitiskan darah musuhnya."
Sesiapa yang mempelajari cara hidup Sharik akan menjadi yakin bahawa beliau adalah pengikut yang taat pada jalan Ahl al-Bayt (as). Beliau menyampaikan banyak tradisi yang disampaikan oleh kebanyakkan ulama Ahl al-Bayt. Anak lelakinya `Abdul-Rahman telah berkata, "Bapa saya telah mempelajari banyak dari Ja`fer al-Ju`fi, sebagai tambahan kepada 10 000 tradisi yang unik." `Abdullah ibn al-Mubarak telah disebutkan di dalam Al-Mizan sebagai berkata, "Sharik lebih berpengetahuan mengenai hadith orang Kufa dari Sufyan. Beliau adalah musuh ketat kepada musuh-musuh `Ali, dan orang yang mengatakan perkara buruk mengenainya [as]." `Abdul-Salam ibn Harb berkata mengenai beliau: "Mengapa kamu tidak menziarah adik kamu yang sakit?" Dia bertanya: "dan siapakah dia?" Orang itu menjawab: "Malik ibn Maghul." Sharik, sebagaimana tersebut di dalam biografi di dalam Al-Mizan, kemudian berkata: "Sesiapa yang berkata buruk mengenai ‘Ali dan Ammar sudah pasti bukan saudara kepada saya."
Satu ketika nama Mu`awiyah telah disebut dihadapan beliau dan telah dikatakan sebagai ‘berbudi’, seperti yang dirakamkan di dalam biografinya di dalam Al-Mizan begitu juga di dalan buku Ibn Khallikan, Wafiyyat al-A`yan, beliau berkata: "sesiapa yang mengenepikan kesaksamaan dan menentang `Ali tidaklah sekali-kali yang berbudi." Beliau menyampaikan satu hadith dari Asim, Tharr, `Abdullah ibn Mas`ud berturutan yang menunjukkan bahawa Rasul [sawas] telah berkata: "Jika kamu melihat Muawiyah diatas mimbar ku, bunuhlah dia." Ini telah disebutkan oleh al-Tabari, dan al-Tabari pula menyebutnya dari al-Thahbi ketika dia membincangkan biografi Abbad ibn Ya`qub.
Di dalam buku Ibn Khallikan, Wafiyyat termasuk biografi Sharik dimana pengarangnya menyebutkan dialog diantara Sharik dan Mis`ab ibn `Abdullah al-Zubairi, di kehadiran pemerintah `Abbasid al-Mahdi. Mis`ab bertanya kepada Sharik: "Adakah kamu benar-benar memperkecilkan Abu Bakr dan `Umer?" sehinggalah kepada penamat dari insiden itu.
Walaupun terdapat semua itu, al-Thahbi telah menerangkan bahawa beliau sebagai ‘orang dipercayai’ Dia juga menyebutkan dari Ma`in sebagai berkata bahawa Sharik adalah "jujur dan dipercayai." Pada penghujung biografi nya, pengarang mengatakan: "Sharik mempunyai pengetahuan yang tinggi. Ishaq al-Azraq belajar dari beliau 9 000 hadith." Dia juga menyebut dari Tawbah al-Halabi sebagai berkata, "Kami berada di Ramla suatu ketika, dan setiap orang tertanya-tanya siapakah dia orang bagi ummah. Sebahagian manusia mengatakan ianya adalah Lahi`ah, sedang yang lain mengatakan ianya adalah Malik. Kami tanya `Isa ibn Yunus untuk menyatakan pandangan dia. Dia kata: `Orang untuk ummah adalah Sharik,' yang pada ketika itu masih hidup lagi."
Muslim dan pengarang empat buku Sunan semuanya telah bergantung pada penyampaian Sharik. Rujuk kepada hadith beliau seperti yang disebut dan disampaikan oleh Ziyad ibn Alaqah, `Ammar al-Thihni, Hisham ibn `Urwah, Ya`li ibn `Ata', `Abdul-Malik ibn `Umayr, `Ammarah ibn al-Qa`qa` dan `Abdullah ibn Shabramah. Mereka yang menyampaikan ini telah mengatakan dari Ibn Shaybah, `Ali ibn Hakim, Yunus ibn Muhammad, al-Fadl ibn Musa, Muhammad ibn al-Sabah, dan `Ali ibn Hajar. Dia telah dilahirkan sama ada di Khurasan atau  Bukhara dalam tahun 95.H., dan dia meninggal di Kufa pada awal sabtu dalam bulan Thul-Qi`dah, 177 atau  178.
41. Shu`bah ibn al-Hajjaj Abul-Ward al-`Atki al-Wasiti (Abu Bastam)
Telah dilahirkan dan tinggal di Basra, Abu Bastam adalah orang pertama di Iraq yang bertanyakan mengenai  ahli-ahli tradisionis, dan beliau telah dipuji kerana memberikan pertolongan kepada yang lemah dan diabaikan. Dia dianggap diantara kenamaan Shi’a oleh ramai intelek sunni seperti Qutaybah di dalam bukunya Al-Ma`arif, dan al-Shahristani di dalam bukunya Al-Milal wal-Nihal. Pengarang enam buku sahih telah  bergantung kepada penyampaian beliau. Hadith beliau terdapat di dalam buku sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disampaikan oleh Abu Ishaq al-Subai`i, Isma`il ibn Abu Khalid, Mansur, al-A`mash dan yang lainnya. Di dalam buku keduanya Bukhari dan Muslim, hadith beliau telah dibacakan oleh Muhammad ibn Ja`fer, Yahya ibn Sa`id al-Qattan, `Uthman ibn Jabalah dan yang lainnya. Beliau dilahirkan pada tahun 83 dan meninggal pada tahun 160 H., semoga Allah merahmatinya.

42. Sa`sa`ah ibn Sawhan ibn Hajar ibn al-Harith al-`Abdi
Imam Ibn Qutaybah menerangkan beliau pada muka surat 206 di dalam bukunya Ma`arif sebagai seorang pemuka Shi’a yang terkenal. Ibn Sa`d mengatakan pada muka surat 154, Vol. 6, dari bukunya Tabaqat: "[Sa`sa`ah] amat terkenal di seluruh Kufa sebagai pemidato dan sahabat `Ali yang bersama beliau telah disaksikan pada peperangan Unta; bersama dengan saudaranya Zayd dan Sihan anak lelaki Sawhan. Sihan telah dikenali sebagai pemidato sebelum Sa`sa`ah, dan dia adalah pembawa panji-panji semasa peperangan unta.[8] Setelah terbunuh, Sihan telah digantikan oleh Sa`sa`ah. Sa`sa`ah telah menyampaikan hadith dari Imam `Ali (as), dan juga dari ‘Abdullah ibn `Abbas. Beliau seorang tradisionis yang dipercayai walaupun hadith yang disampaikan tidak banyak." Ibn `Abd al-Birr menyebutkan beliau di dalam bukunya Isti`ab dengan berkata: "Dia menerima Islam semasa hidupnya Rasul Muhammad (sawas) walaupun beliau tidak pernah berjumpa baginda, disebabkan beliau masih kanak-kanak ketika itu."
Beliau adalah ketua bagi puaknya, keturunan `Abd al-Qays. Beliau adalah pemidato yang fasih, manusia bijak yang dapat menguasai bahasa. Beliau adalah seorang yang wara’, mulia dan bijaksana. Beliau terjumlah di dalam para sahabat `Ali [as]. Yahya ibn Ma`in telah disebutkan sebagai berkata bahawa Sa`sa`ah, Zayd dan Sihan anak lelaki Sawhan semuanya adalah pemidato, dan bahawa Zayd dan Sihan telah terbunuh semasa peperangan unta. Dia juga menyebutkan masaalah kritikal yang khalifa `Umer tidak dapat selesaikan, maka khalifa telah menyampaikan syarahannya, yang mana dia bertanya kepada manusia untuk memberikan pendapat. Sa`sa`ah, ketika itu seorang remaja, berdiri dan memperjelaskan keseluruhan kerumitannya dan kemudian memberikan pendapat yang mana kemudiannya telah diterima sebulat suara. Ini tidak seharusnya memeranjatkan pembaca kerana keturunan Sawhan adalah diantara pemuka utama kaum Arab, tunggak penghormatan dan kemuliaan. Ibn Qutaybah menyebutkan mereka pada muka surat 138 pada Bab Pemuka-pemuka yang Terkenal dan Orang-orang yang Berpengaruh, di dalam bukunya Ma`arif. Pengarang berkata: "Keturunan Sawhan adalah Zayd ibn Sawhan, Sa`sa`ah ibn Sawhan, Sihan ibn Sawhan, dari Banu `Abd al-Qays." Dia menambah: "Zayd adalah diantara orang yang terbaik. Dia menyampaikan ini dengan berkata bahawa Rasul [sawas] telah berkata: `Sebenarnya Zayd adalah seorang yang baik, dan Jandab – betapa baiknya mereka ini!' Manusia bertanya: `Mengapa baginda menyebutkan mereka ini sahaja?' Rasul menjawab: `Tangan seorang dari mereka akan mendahului badannya memasuki syurga 30 tahun lebih awal, sedang yang seorang lagi akan mengenakan tamparan yang hebat supaya yang benar dapat dibezakan dari yang salah.' Yang pertama telah berlaku, ketika dia mengambil bahagian di dalam peperangan Jalawla’ dimana tangannya telah terpotong. Beliau juga mengambil bahagian di dalam peperangan unta dipihak `Ali (as). Dia berkata kepada Imam: `Wahai Amirul Mukminin! Ianya kelihatan seperti saya akan menemui takdir saya.' Imam (as) bertanya kepada beliau, `Bagaimana kamu mengetahui itu, wahai bapa Sulayman?' Dia menjawab: `Saya telah melihat pada penglihatan saya bahawa tangan saya menjangkau dari syurga untuk membawa saya dari dunia ini.' Dia telah dibunuh oleh `Amr ibn Yathribi, sedangkan saudaranya Sihan telah terbunuh di dalam peperangan unta."
Ianya bukanlah suatu rahsia bahawa ramalan Rasul mengenai tangan Zayd mendahului keseluruh badannya pada memasukki syurga, bahkan ianya telah dianggap oleh semua Muslim sebagai pengeshan terhadap kerasulannya, satu tanda kebenaran bagi agama Islam dan pengenalan kepada manusia yang benar. Semua penulis biografi Zayd telah menyebutnmya.. Rujuklah kepada biografinya di dalam Al-Isti`ab, Al-Isabah, dan yang lainnya. Tradisionis telah merakamkan yang diatas, setiap mereka dengan perkataan mereka tersendiri, dengan tambahan bahawa walaupun beliau seorang Shi’a beliau telah dijanjikan dengan syurga; maka segala pujian bagi Tuhan sekelian alam.
Al-`Asqalani menyebut Sa`sa`ah ibn Sawhan di dalam Bahagian 3 dari bukunya Isaba, dengan berkata: "Beliau menyampaikan tradisi mengenai `Uthman dan `Ali (as). Beliau telah mengambil bahagian di dalam peperangan Siffin dipihak ‘Ali's. Beliau seorang pemidato yang fasih yang berdepan dengan Mu`awiyah." Al-Sha`bi telah berkata: "Saya pernah belajar cara-cara untuk menyampaikan syarahan dari beliau."[9] Abu Ishaq al-Subai`i, al-Minhal ibn `Amr ibn Baridah, dan lainnya telah menyampaikan hadith dari beliau. Al-`Ala'i, menyebutkan pertentangan Ziyad, dengan berkata bahawa al-Mughirah mengusir Sa`sa`ah, menurut dari perintah yang diterima dari Mu`awiyah, dari Kufa ke Jazirah, atau ke Bahrain (sebahagian ahli sejarah mengatakan ke pulau Ibn Fakkan), dimana beliau telah meninggal di dalam buangan sama seperti Abu Tharr al-Ghifari yang telah meninggal sebelum beliau di Gurun Rabatha (selatan Iraq). Al-Thahbi menyebut Sa`sa`ah dan menerangkan beliau sebagai "tradisionis yang terkenal lagi dipercayai," menyatakan testimoni terhadap kejujurannya dari Ibn Sa`d and Nisa'i, dan memberi tanda nama beliau untuk menunjukkan bahawa al-Nisa'i bergantung kepada penyampaiannya. Sesiapa yang tidak bergantung kepada penyampaiannya, yang sebenarnya tidak menganiaya sesiapa melainkan terhadap dirinya sendiri, seperti mana al-Quran telah mengatakan: ‘Kami tidak menganiaya sesiapa; mereka telah menganiaya diri mereka sendiri."

43. Tawus ibn Kisan al-Khawlani al-Hamadani al-Yamani
Beliau adalah bapa `Abdul-Rahman. Ibunya seorang Farsi, dan bapanya adalah Ibn Qasit, seorang hamba  Namri bagi Bajir ibn Raysan al-Himyari. Intelek Sunni menganggap beliau seorang Shi’a tanpa sebarang soalan. Diantara pemuka-pemuka Shi’a, al-Shahristani menyebut beliau di dalam bukunya Al-Milal wal-Nihal, dan Ibn Qutaybah di dalam bukunya Al-Ma`arif. Pengarang dari enam buku sahih, begitu juga yang lain, semuanya telah bergantung pada penyampaiannya. Rujuk kepada hadith beliau di dalam kedua sahih dimana beliau menyebutkan dari Ibn `Abbas, Ibn `Umer dan Abu Hurayrah, dan di dalam sahih Muslim dimana beliau menyebut dari `Ayesha, Zayd ibn Thabit, dan `Abdullah ibn `Umer. Hadith beliau telah dirakamkan di dalam sahih Bukhari sahaja yang disampaikan oleh al-Zuhri, dan di dalam Muslim oleh ramai tradisionis yang terkenal. Beliau meninggal di Makah semasa hendak menunaikan fardhu haji, satu hari sebelum hari Tarwiya (i.e.pada 7th Thul-Hijjah), dalam tahun sama ada 104 atau 106 H. Perkebumiannya mendapat perhatian umum. Keranda beliau telah dipikul oleh `Abdullah anak lelaki al-Hasan anak lelaki Amirul Mukminin (as). Dia sedang berebut-rebut dengan yang lain untuk memikulnya, sehinggakan tutup kepalanya jatuh, dan pakaiannya koyak dibahagian belakang oleh kesesakkan, seperti yang disampaikan oleh Ibn Khallikan di dalam buku biografinya bagi Tawus di dalam Wafiyyat al-A`yan.

44. Zalim ibn `Amr ibn Sufyan, Abul-Aswad al-Du'ali
Beliau seorang Shi’a dan taat mematuhinya semasa wilayat Imams `Ali, al-Hasan dan al-Husayn, begitu juga dengan yang lainnya dari ahli Ahlul al-Bayt, keamanan kepada mereka semua, adalah lebih jelas dari sinaran matahari itu sendiri dan tidak memerlukan kepada pembuktian.[10] Kami telah memperkatakannya dengan mendalam di dalam hasil kerja kami Mukhtasar al-Kalam fi Muallifi al-Shi`a min Sadr al-Islam. Beliau adalah seorang Shi’a tiada siapa yang mempertikaikannya. Walaupun terdapat ini semua, pengarang enam buku sahih kesemuanya bergantung kepada penyampaiannya. Rujuk kepada hadith beliau mengenai `Umer ibn al-Khattab di dalam sahih Bukhari. Di dalam Muslim hadith beliau telah disampaikan oleh Abu Musa dan `Umran ibn Hasin. Di dalam kedua buku sahih, hadith beliau telah disampaikan oleh Yahya ibn Ya`mur. Di dalam Bukhari, `Abdullah ibn Buraydah telah menyebutkan beliau,  dan di dalam Muslim, hadith beliau telah disampaikan oleh anak lelakinya Abu Harb. Dia meninggal, semoga Allah merahmatinya, ketika berumur 85 tahun di Basrah pada tahun 99 H. oleh wabak yang menyerang kota tersebut. Beliaulah yang meletakkan asas pada nahu arab menurut tata cara yang dipelajarinya dari Amirul Mukminin [as] sebagaimana kami telah terangkan di dalam buku kami Al-Mukhtasar.

45. `Amr ibn Wa’ilah ibn `Abdullah ibn `Umer al-Laithi al-Makki
Juga dikenali sebagai Abul-Tufayl, beliau telah dilahirkan pada tahun yang sama berlakunya peperangan Uhud  i.e. 3.H. Beliau selama lapan tahun berada semasa dengan Rasul [sawas]. Ibn Qutaybah telah memuatkan beliau diantara yang dipanggilnya ‘pelampau Rafidis," mengatakan bahawa beliau adalah pembawa panji-panji al-Mukhtar dan para sahabat yang terakhir mati. Ibn `Abd al-Birr telah menyebut beliau di dalam Bab kunayat di dalam bukunya Isti`ab dengan berkata, "Beliau tinggal di Kufa dan beliau bersama `Ali (as) di dalam semua peperangan. Apabila `Ali (as) telah dibunuh, beliau pergi ke Makah." Dia mengakhirnya dengan berkata, "Beliau seorang terhormat dan bijak, pantas pada memberikan jawapan yang betul, fasih. Beliau juga adalah seorang dari Shi’a `Ali [as]" Dia juga menunjukkan bahawa ‘Suatu ketika Abul-Tufayl menemui Mu`awiyah dan dia bertanya kepada beliau: `Untuk berapa lama kamu berkabung diatas kematian sahabat kamu Bapa al-Hasan (as)?' Beliau menjawab: `Saya bersedih sebanyak mana ibu Musa bersedih ketika berpisah dengan anaknya, dan saya mengadu kepada Allah diatas kekurangan saya.' Mu`awiyah bertanya kepada beliau: `Adakah kamu diantara mereka yang mengenakan kepongan dirumah `Uthman?' Dia menjawab: `Tidak; tetapi saya ada menziarahi dia.' Kemudian Mu`awiyah bertanya lagi: `Apa yang menghalang kamu dari menyelamatkan dia?' Dia membidas: `Bagaimana pula dengan kamu? Apa yang mengahalang kamu dari melakukan itu apabila kamatian telah pasti akan berlaku kepda dia, sedang kamu berada di Syria, seorang ketua diantara orang-orang suruhannya?!' Mu`awiyah menjawab: `Tidakkah kamu lihat bahawa membalas dendam adalah petunjuk terhadap sokongan saya?' `Amir kemudian memberitahu Mu`awiyah bahawa dia bertindak sama seperti apa yang dikatakan di dalam syair yang digubah oleh saudara Ju`f, seorang penyair dimana dia berkata: `Kamu menanggisi kematian ku, bahkan ketika aku hidup, kamu tidak langsung menghilangkan kelaparan yang aku tanggong.'"
Al-Zuhri, Abul-Zubair, al-Jariri, Ibn Abul-Hasin, `Abdul-Malik ibn Abjar, Qatadah, Ma`ruf, al-Walid ibn Jami`, Mansur ibn Hayyan, al-Qasim ibn Abu Bardah, `Amr ibn Dinar, `Ikremah ibn Khalid, Kulthum ibn Habib, Furat al-Qazzaz, dan `Abdul-Aziz ibn Rafi` telah menyampaikan hadith beliau seperti mana terdapat di dalam buku sahih Muslim dan Bukhari. Kerja-kerja Bukhari mengandungi tradisi Rasul [sawas] mengenai haji yang disampaikan oleh Abul-Tufayl. Beliau menerangkan kerekteristik Rasul, dan beliau menyampaikan mengenai ibadah dan tanda-tanda kerasulan dari Ma`ath ibn Jabal, dan beliau menyampaikan mengenai ketentuan dari `Abdullah ibn Mas`ud. Beliau sampaikan dari `Ali (as), Huthayfah ibn al-Yemani, `Abdullah ibn `Abbas dan `Umer ibn al-Khattab, seperti mana yang telah diketahui oleh semua penyelidik hadith Muslim selain daripada pengarang Musnad. Abul-Tufayl, semoga Allah merahmati ruhnya, telah meninggal di Makah pada tahun 100 H. (sebahagian mengatakan pada tahun 102, sedang yang lain mengatakan 120), dan Allah lebih mengetahui.
46. `Abbad ibn Ya`qub al-Asadi al-Ruwajni al-Kufi
Beliau telah disebutkan oleh Dar Qutni yang mengatakan, "`Abbad ibn Ya`qub adalah Shi’a yang jujur" Ibn Hayyan menyebut beliau dan berkata, "`Abbad ibn Ya`qub pernah mempelawa manusia kepada Rafidism." Ibn Khuzaymah berkata, "`Abbad ibn Ya`qub adalah seorang yang mana tradisinya tidak diragukan, walaupun pegangan kepercayaannya dipersoalkan, etc." `Abbad menyampaikan dari al-Fadl ibn al-Qasim, Sufyan al-Thawri, Zubayd, Murrah, bahawa Ibn Mas`ud pernah menterjemahkan ayat "Allah telah menyelamatkan yang beriman dari berperang" (Qur'an, 25:33) untuk menunjukkan bahawa mereka telah diselamatkan dari memerangi `Ali. Dia menyebut dari Sharik, `Asim, Tharr, dari `Abdullah yang telah mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata: "Apabila kamu melihat Mu`awiyah diatas mimbar ku, bunuhlah dia." Hadith ini telah dirakamkan oleh Tabari dan lainnya. `Abbad berkata bahawa sesiapa yang tidak menyebutkan di dalam doa harian mereka bahawa dia melepaskan diri dari musuh keturunan Rasul [as] akan dibangkitkan di dalam golongan mereka. Dia juga mengatakan, "Allah awj adalah terlalu adil untuk membenarkan Talhah dan al-Zubayr memasuki syurga, mereka telah memerangi ‘Ali setelah memberikan sumpah setia mereka kepadanya." Salih al-Jazrah telah berkata: "`Abbad ibn Ya`qub pernah menolak `Uthman." `Abbad al-Ahwazi menyebutkan dari penyampai yang dipercayainya berkata bahawa `Abbad ibn Ya`qub pernah menolak keturunan ‘mereka’. Walaupun terdapt semua ini, para Imams Sunni seperti al-Bukhari, al-Tirmithi, Ibn Majah, Ibn Khuzaymah, dan Ibn Abu Dawud bergantung kepada penyampaiannya, penasihat mereka, kepada beliau mereka telah memberikan sepenuh kepercayaan.
Walaupun dengan perjudis dan penolakkannya, Abu Hatim telah menyebutkan beliau dan berkata bahawa beliau adalah shaykh yang dipercayai. Al-Thahbi menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan dan berkata, "Beliau adalah seorang pelampau Shi’a, ketua pembuat bid’ah; tetapi jujur apabila menyampaikan hadith." Dia terus menyebutkan seperti yang telah diperkatakan diatas mengenai pandangan `Abbad. Al-Bukhari menyebut dari beliau secara terus ketika membincangkan tawhid di dalam sahihnya. Dia meninggal, semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya, di dalam bulan Shawwal 150 H. Al-Qasim ibn Zakariyyah al-Mutarraz dengan sengaja telah salah sampaikan kenyataan `Abbad mengenai menggali laut dan aliran airnya, dan kami berlindung dengan Allah dari berkata dusta mengenai mereka yang beriman; sesungguhnya Dialah yang menggagalkan rencana mereka.

47. `Abdullah ibn Dawud
Beliau adalah bapa kepada `Abdul-Rahman al-Hamadani al-Kufi. Beliau tinggal di Al-Harbiyya, di pinggir Basrah. Qutaybah telah menjumlahkan beliau diantara personaliti Shi’a yang terkemua di dalam bukunya Al-Ma`arif, dan al-Bukhari telah bergantung kepada penyampaiannya di dalam buku sahihnya. Rujuk kepada hadith beliau dari al-A`mash, Hisham ibn `Urwah dan Ibn Jurayh. Hadith beliau telah disampaikan di dalam sahih Bukhari oleh Musaddid, `Amr ibn `Ali, dan, disebahagian tempat oleh Nasr ibn `Ali. Dia meninggal pada tahun 212.

48. `Abdullah ibn Shaddad ibn al-Had
Nama penuh Al-Had adalah Usamah ibn `Abdullah ibn Jabir ibn al-Bashir ibn `Atwarah ibn `Amir ibn Malik ibn Laith al-Laithi al-Kufi Abul-Walid, seorang sahabat Amirul Mukminin (as). Ibu beliau adalah Salma anak perempuan  `Amis al-Khayth`ami, adik kepada Asma'. Dia adalah sepupu dari pihak ibu kepada `Abdullah ibn Ja`fer dan Muhammad ibn Abu Ja`fer, dan abang kepada `Amara anak perempuan Hamzah ibn `Abdul-Muttalib dari pihak ibu. Ibn Sa`d memuatkan beliau diantara penduduk Kufa yang amat terkenal dengan ilmu fiqh dan berpengetahuan dan tergolong di dalam tabi`in. Pada penutup biografinya, pengarang mengatakan di muka surat 86 di  Vol. 6 dari bukunya Tabaqat: "Semasa pemerintahan `Abdul-Rahman ibn Muhammad ibn al-Ash`ath, `Abdullah ibn Shaddad adalah diantara mereka yang membaca al-Quran secara hafalan dan memerangi al-Hajjaj, dan beliau terbunuh semasa peperangan Dujail." Dia juga berkata, "Beliau adalah salah seorang faqih yang jujur yang telah menyampaikan banyak hadith, dan beliau adalah seorang Shi’a."
Peperangan yang dirujukkan diatas berlaku di dalam tahun 81 H. Semua pengarang buku sahih telah bergantung pada penyampaian `Abdullah ibn Shaddad. Hadith beliau telah disampaikan oleh Ishaq al-Shaybani, Ma`bid ibn Khalid dan Sa`d ibn Ibrahim. Hadith mereka dari ‘Abdullah ibn Shaddad terdapat di dalam kedua buku sahih dan juga yang lainnya, sebagai tambahan kepada semua Musnad. Al-Bukhari dan Muslim menyebutkan hadith beliau seperti disampaikan dari `Ali (as), Maymuna dan `Ayesha.

49. `Abdullah ibn `Umer ibn Muhammad ibn Aban ibn Salih ibn `Umayr al-Qarashi al-Kufi
Beliau juga dikenali sebagai Mishkadanah, beliau adalah penasihat kepada Muslim, Abu Dawud, al-Baghwi, dan ramai lagi mereka yang terkenal dan semuanya telah mempelajari hadith dari beliau. Abu Hatim telah menyebut beliau dengan mengatakan tentang kejujurannya. Dia menyebutkan hadith dari beliau dan mengatakan bahawa beliau adalah Shi’a. Salih ibn Muhammad ibn Jazrah telah menyebut beliau dan berkata bahawa beliau adalah ‘pelampau’ Shi’a. Walaupun terdapat semua ini, `Abdullah ibn Ahmed telah menyampaikan hadith bari bapanya. Abu Hatim menyatakan bahawa Mishkadanah seorang yang boleh dipercayai. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam Al-Mizan, menerangkan beliau sebagai "seorang yang jujur yang telah mempelajari banyak hadith dari al-Mubarak, al-Dar Wardi, dan kumpulan ulama dari golongan mereka. Muslim, Abu Dawud, al-Baghwi dan ramai yang lain telah merakamkan banyak hadith dari beliau." Dia telah memberi tanda nama beliau dengan singkatan nama Muslim dan Abu Dawud, menunjukkan dengannya bahawa mereka bergantung kepada hadithnya, dan meyebutkan apa yang ulama diatas telah katakan mengenai beliau. Dia juga telah mengatakan bahawa beliau telah meninggal dalam tahun 239 H. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih Muslim seperti yang disampaikan melalui `Abdah ibn Sulayman, `Abdullah ibn al-Mubarak, `Abdul-Rahman ibn Sulayman, `Ali ibn Hashim, Abul-Ahwas, Husayn ibn `Ali al-Ju`fi dan Muhammad ibn Fudayl. Di dalam bab mengenai dengan penyebab-penyabab pada perpecahan, Muslim menyebut hadith dari beliau secara terus. Abul-`Abbas al-Sarraj telah berkata bahawa beliau meninggal dalam tahun 238 atau 237 H.

50. `Abdullah ibn Lahi`ah ibn `Uqbah al-Hadrami, seorang kadi dan ulama Mesir
Di dalam bukunya Ma`arif, Ibn Qutaybah telah memuatkan beliau diantara shaykh yang terkenal. Di dalam biografi `Abdullah ibn Lahi`ah, di dalam Al-Mizan nya, Ibn `Adi telah menerangkan beliau sebagai ‘pelampau Shi’a’ Menyebut dari Talhah, Abu Ya`li, mereka telah berkata: "Abu Lahi`ah telah berkata: `Hay ibn `Abdullah al-Ghafari telah menyampaikan melalui penyampaian Abu `Abdullah Rahman al-Hibli dari `Abdullah ibn `Umer bahawa ketika baginda sakit (yang membawa kepada kewafataannya), Rasul Allah [sawas] memberitahu kami untuk memanggil adiknya. Kami bawakan kepada beginda Abu Bakr, tetapi baginda berpaling darinya dan berkata: `Saya telah meminta untuk dibawakan adik saya'. Kami kemudian bawakan `Uthman, tetapi sekali lagi Rasul Allah [sawas] berpaling darinya. `Ali (as) kemudiannya telah dibawa kepada baginda. Baginda menutupnya dengan jubah dan miringkan kepada baginda kepada bahu beliau untuk seketika lamanya [seakan baginda membisik sesuatu ketelinga beliau]. Apabila `Ali telah beredar, manusia bertanya kepada beliau: `Apakah yang Rasul [sawas] telah katakan kepada kamu?' Beliau menjawab: `Baginda mengajarkan kepada ku seribu bab dan setiap bab membawa kepada seribu seksen.'"
Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan nya, menandakan nama beliau dengan DTQ untuk menunjukkan siapakan diantara pengarang buku sahih yang menyebutkan dari beliau [i.e. Abu Dawud, al-Tirmithi, dan Dar Qutni. Rujuklah kepada hadith beliau di dalam sahih al-Tirmithi, Abu Dawud dan semua musnads. Ibn Khallikan sangat menyanjung beliau di dalam Wafiyyat al-A`yan. Rujuklah kepada hadith beliau di dalam Sahih Muslim seperti yang disampaikan oleh Yazid ibn Abu Habib. Di dalam bukunya Al-Jam` Bayna Kitabay Abu Nasr al-Kalabathi wa Abu Bakr al-Asbahani [Penyusunan kedua buah buku dari Abu Nasr al-Kalabathi dan Abul-Faraj al-Asbahani, al-Qaysarani memuatkan beliau diantara penyampai yang dipercayai oleh Bukhari and Muslim. Ibn Lahi`ah meninggal pada hari Ahad pertengahan Rabi`ul Akhir, 174 H.

51. `Abdullah ibn Maymun al-Qaddah al-Makki
Seorang sahabat Imam Ja`fer ibn Muhammad al-Sadiq (as), penyampaian beliau telah digunakan oleh al-Tirmithi. Al-Thahbi menyebut beliau dan menandakan nama beliau dengan singkatan al-Tirmithi sebagai petunjuk bahawa yang kemudian menyebutkan hadith dari beliau. Dia menambah dengan berkata bahawa beliau menyampaikan hadith yang disampaikan oleh Imam Ja`fer ibn Muhammad al-Sadiq (as), dan dari  Talhah ibn `Umer.

52. `Abdul-Rahman ibn Salih al-Azdi
Nama beliau adalah Abu Muhammad al-Kufi. Pelajar dan juga sahabat beliau `Abbas al-Duri berkata bahawa beliau seorang Shi’a. Ibn `Adi menyebutnya dan berkata, "Beliau telah terbakar di dalam api Shi’a." Salih Jazrah berkata bahawa `Abdul-Rahman pernah menentang `Uthman. Abu Dawud berkata bahawa `Abdul-Rahman telah menyusun sebuah buku mengandunggi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian para sahabat Rasul [sawas], dan bahawa beliau adalah seorang yang keji. Walaupun terdapat ini semua keduanya `Abbas al-Duri dan Imam al-Baghwi menyampaikan hadith beliau. Al-Nisa'i juga menyebut darinya. Al-Thahbi telah merujuk kepada beliau di dalam Al-Mizan nya dan menandakan nama beliau dengan singkatan  al-Nisa'i sebagai petunjuk bahawa yang kemudian telah bergantung kepada beliau. Dia juga telah menyebutkan apa yang para Imams (diantara para Sunnis) telah katakan mengenai beliau seperti tertulis diatas. Dia menunjukkan bahawa Ma`in mempercayai kepada beliau, dan beliau meninggal pada tahun 235. Rujuklah kepada hadith beliau di dalam buku Sunan seperti yang disampaikan melalui Sharik dan kumpulan terkemuka lainnya.

53. `Abdul-Razzaq ibn Humam ibn Nafi` al-Himyari al-San`ani
Seorang dari pemuka Shi’a dan dari keturunan yang dihormati, beliau telah dijumlahkan oleh Ibn Qutaybah diantara yang terkemuka Shi’a di dalam Ma`arif. Ibn al-Athir, pada muka surat 137, Vol. 6, dari bukunya Al-Tarikh Al-Kamil, menyebutkan kematian `Abdul-Razzaq pada penghujung peristiwa di dalam tahun 211 H. iaitu: "Dalam tahun itu, ahli tradisionis `Abdul-Razzaq ibn Humam al-San`ani, seorang dari penasihat Ahmed, yang Shi`a telah meninggal." Al-Muttaqi al-Hindi menyebut beliau ketika membincangkan hadith no 5994 di dalam bukunya Kanz al-`Ummal, pada muka surat 391, Vol. 6, mengatakan bahawa beliau adalah Shi’a. Al-Thahbi, di dalam Al-Mizan, berkata, "`Abdul-Razzaq ibn Humam ibn Nafi`, penasihat Abu Bakr al-Himyari, adalah seorang Shi’a, seorang pembesar San`a, adalah seorang tradisionis yang amat dipercayai diantara semua ulama." Dia meyampaikan biografi beliau dan menambah: "Beliau mempunyai banyak penulisan, mengarang [khususnya] Al-Jami` Al-Kabir. Beliau adalah pemelihara pengetahuan yang dicari oleh ramai manusia, seperti Ahmed, Ishaq, Yahya, al-Thahbi, al-Ramadi, dan `Abd." Dia membincangkan kerekter beliau dan menyebut al-`Abbas ibn `Abdul-`Azim, yang menuduh beliau sebagai penipu. Dia menyatakan bahawa al-Thahbi telah menolak tuduhan yang sedemikian. Dia berkata, "Bukan sahaja Muslim, tetapi semua mereka yang telah menghafal hadith telah bersetuju dengan al-`Abbas, sedangkan para Imams yang berpengetahuan bergantung kepada penyampaian beliau." Dia terus menyampaikan biografi beliau, dengan menyebut dari al-Tayalisi sebagai berkata: "Saya telah mendengar Ibn Ma`in mengatakan sesuatu yang darinya saya telah yakin bahawa `Abdul-Razzaq adalah seorang Sh’a. Ibn Ma`in bertanya kepadanya: `Guru kamu seperti Mu`ammar, Malik, Ibn Jurayh, Sufyan, al-Awza`i, semuanya adalah Sunnis. Dimana kamu belajar golongan Shi`ism?' Dia menjawab: `Ja`fer ibn Sulayman al-Zab`i suatu ketika datang melawat, dan saya dapati beliau amat dihormati dan mendapat petunjuk yang benar, dari itu saya mempelajari Shi`ism dari beliau.'"
`Abdul-Razzaq, seperti yang disebutkan diatas, dalam kenyataan dimana beliau berkata bahawa beliau adalah seorang Shi’a menunjukkan bahawa beliau telah mempelajari Shi`ism dari Ja`fer al-Zab`i, tetapi Muhammad ibn Abu Bakr al-Muqaddimi memikirkan bahawa Ja`fer al-Zab`i sendiri yang telah mempelajari Shi`ism dari `Abdul-Razzaq. Bahkan dia menolak `Abdul-Razzaq atas sebab ini. Di dalam Al-Mizan, dia telah disebutkan sebagai berkata, "Saya harap saya telah kehilangan `Abdul-Razzaq untuk selamanya. Tiada siapa yang telah merosakkan kepercayaan Ja`fer selain dari dia." Kerosakkan yang dia maksudkan adalah Shi`ism!
Ibn Ma`in sangat bergantung kepada penyampaian `Abdul-Razzaq, walaupun dia telah mengatakan bahawa beliau adalah seorang Shi`a seperti yang dinyatakan diatas. Ahmed ibn Abu Khayth`amah, seperti di dalam biografi Abdel-Razzaq di dalam Al-Mizan, telah berkata, "Ianya telah dikatakan kepada Ibn Ma`in bahawa  Ahmed berkata bahawa `Ubaydullah ibn Musa menolak hadith `Abdul-Razzaq kerana beliau adalah seorang Shi’a. Maka Ibn Ma`in menjawab: `Saya bersumpah dengan Allah, Tuhan yang Esa, bahawa `Abdul-Razzaq lebih utama 100 kali dari `Ubaydullah, dan saya telah mendengar hadith `Abdul-Razzaq dan mendapatinya lebih banyak berjilid-jilid dari yang dipunyai `Ubaydullah.'" Juga di dalam biografi `Abdel-Razzaq di dalam Al-Mizan, Abu Salih Muhammad ibn Isma`il al-Dirari telah disebutkan sebagai berkata, "Ketika kami di San`a, tetamu `Abdul-Razzaq, kami mendengar bahawa Ahmed dan Ibn Ma`in, bersama dengan yang lainnya, telah menolak hadith `Abdul-Razzaq, atau mengatakan tidak suka kepadanya, kerana tradisionis adalah seorang Shi’a. Berita itu amat menyedihkan kami. Pada fikiran kami bahawa kami telah membelanjakan wang yang banyak dan bersusah payah untuk datang kesini, semuanya adalah sia-sia sahaja. Kemudian saya bersama dengan rombongan haji yang hendak menuju ke Makah dimana saya bertemu dengan Yahya dan bertanyakan beliau mengenai isu tersebut. Dia, sebagaimana tersebut di dalam biografi `Abdel-Razzaq di dalam Al-Mizan, berkata: `Wahai Abu Salih! Walaupun jika `Abdul-Razzaq meninggalakan Islam sama sekali, janganlah kita menolak hadith darinya.'"
Ibn `Adi telah menyebut beliau dan berkata: "`Abdul-Razzaq telah menyampaikan hadith mengenai kemuliaan, tetapi tiada siapa yang mengesahkannya.[11] Beliau juga menyenaraikan kesalahan-kesalahan orang tertentu,  pandangannya telah ditolak oleh yang lain;[12] lebih-lebih lagi beliau dipercayai adalah seorang Shi’a."
Walaupun telah terdapat semua ini, Ahmed ibn Hanbal telah ditanyakan suatu ketika, seperti tertulis di dalam biografi `Abdel-Razzaq di dalam Al-Mizan, sama ada dia mengetahui mana-mana hadith yang lebih baik dari yang disampaikan oleh `Abdul-Razzaq, dan jawapannya adalah negetif. Ibn al-Qaysarani menyatakan pada penghujung biografi `Abdul-Razzaq di dalam bukunya Al-Jami` Bayna Rijalul Sahihain, menyebut dari Imam Ahmed ibn Hanbal sebagai berkata, `Jika manusia mempertikaikan hadith Mu`ammar, maka penyelesainya yang terakhir adalah `Abdul-Razzaq.' Mukhlid al-Shu`ayri berkata bahawa dia suatu ketika berada di dalam kumpulan `Abdul-Razzaq apabila sesaorang menyebut Mu`awiyah. `Abdul-Razzaq, seperti yang disebutkan di dalam biografinya di dalam Al-Mizan, kemudian berkata: `Janganlah merosakkan perjumpaan kita dengan menyebutkan keturunan Abu Sufyan.'" Zayd ibn al-Mubarak telah berkata: "Kami berada di dalam kumpulan ‘Abdul-Razzaq suatu ketika apabila kita memperkatakan hadith ibn al-Hadthan. Iaitu apabila `Umer's berkata kepada `Ali dan al-`Abbas: `Kamu (i.e. `Abbas) telah datang untuk meminta warisan sepupu kamu [Rasul [sawas] sedangkan orang ini (i.e. `Ali) telah datang untuk meminta warisan isterinya dari bapanya, telah dibacakan, `Abdul-Razzaq, sebagaimana yang dinyatakan di dalam biografinya Al-Mizan, berkata: `Hentikanlah yang sungguh memalukan ini, manusia yang biadap sahaja yang menggunakan ‘sepupu’ dan ‘bapa’ sepatutnya Rasul Allah [sawas]!"
Walaupun dengan semua ini, kesemua penyusun Hadith telah merakamkan hadith beliau dan bergantung kepada penyampaiannya. Malah telah diperkatakan, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Khallikan di dalam Wafiyyat al-A`yan, bahawa manusia tidak pergi kepada sesiapa selepas Rasul [sawas] sebegitu kerap seperti yang mereka lakukan kepada `Abdul-Razzaq's. Beliau telah disebutkan oleh Imam yang sezaman dengannya seperti Sufyan ibn `Ayinah, adalah diantara para-para penasihat-penasihat. `Abdul-Razzaq sendiri adalah seorang darinya,  Ahmed ibn Hanbal, Yahya ibn Ma`in, dan lain lagi.
Rujuklah kepada hadith beliau di dalam semua buku Sahih, dan juga Musnad, yang mana mengandungi sebahagian dari hadith beliau. Beliau telah dilahirkan, semoga Allah merahmati ruhnya, pada tahun 211 H. Beliau adalah sezaman dengan Abu `Abdullah Imam al-Sadiq (as) untuk selama 20 tahun.[13] Beliau meninggal semasa permulaan Imamate bagi Imam Abu Ja`fer al-Jawad (as), sembilan tahun sebelum Imam wafat.;[14] semoga Allah membangkitkan beliau bersama dengan para Imam ini yang beliau telah berkhidmat kepada mereka [as], adalah untuk mencari keridhaan kepada Allah.

No comments:

Post a Comment