Tuesday, October 25, 2011

KHALIFA ABU BAKR TIDAK MENGIKUTI PEMBUKTIAN PERUNDANGAN DI DALAM KES-KES LAIN.




Petunjuk kedua yang kamu telah katakan bahawa khalifa terpaksa bertindak dengan etika perundangan agama, oleh kerana ‘ayat pada pembuktian’ dengan maksudnya yang umum telah diguna pakai di dalam kes ini. Maka dengan ketiadaan saksi, dia tidak dapat memberikan ‘harta kepunyaan muslim’ kepada Fatima, pada dasar tuntutan dia seorang sahaja. Bahkan dia sungguh berhati-hati sehingga dia telah meminta, dengan bertentangan pada perundangan agama, saksi pada pemilik harta sebenar. Pertama saya telah katakan Fadak bukanlah harta milik muslim. Ianya telah diberikan kepada Fatima sebagai hadiah oleh bapanya, dan telah menjadi miliknya dari ketika itu.

Kedua, jika khalifa sebenarnya hendak mengikut perundangan agama, dia hendaklah dengan tegas mengikutinya di dalam semua keadaan. Mengapa dia memakai polisi dua cara berlainan? Dia biasa memberikan harta muslim kepada orang lain hanya dengan kata-kata sesaorang tanpa meminta bukti atau saksi. Tetapi di dalam kes harta Fatima dia menjadi begitu berhati-hati.

Ibn Abi’l-Hadid telah merekodkan di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid IV, ms 25, bahawa dia bertanya kepada Ali Ibnu’l-Fariqi, seorang guru di Madrasa Gharbi di Baghdad, sama ada Fatima benar, dan mengatakan yang sebenar mengenai tuntutannya. Dia berkata, ‘Ya,’ Saya berkata, ‘Jika dia benar dan berkata jujur, mengapa khalifa tidak memberikan Fadak bagi pihak dirinya?’ Fariqi tersenyum [walaupun dia bukan menyindir] dan berkata bahawa jika Abu Bakr telah menyerahkan Fadak kepada Fatima pada hari itu, dihari esoknya dia akan datang menuntut kedudukan khalifa untuk suaminya. Maka khalifa terpaksa memberikan haknya yang itu juga, oleh kerana dia telah menerima kebenarannya pada kes yang pertama.’

Menurut dari ulama kamu yang terkenal, kedudukan peristiwa amatlah jelas. Mereka telah menerima faktanya dari semenjak hari pertama lagi bahawa Fatima adalah yang benar, tetapi kedudukan politik telah meminta supaya mereka menolak tuntutan hak yang sah dari wanita malang yang tidak berdosa itu.


ABU BAKR MEMBERIKAN HARTA KEPADA JABIR TANPA MEMINTA DIADAKAN SAKSI.

Hafiz: Bilakah khalifa memberikan harta muslim tanpa meminta diadakan saksi?

Shirazi: Apabila Jabir menuntut bahawa nabi telah menjanjikan bahawa dia hendaklah dibayar dari rampasan yang didapati dari Bahrain, dia telah diberikan 1 500 dinar dari baitul-mal tanpa sebarang bantahan atau meminta diadakan saksi darinya.

Hafiz: Pertama, saya belum pernah melihat laporan yang sedemikian. Mungkin ianya di dalam buku kamu. Kedua, bagaiamana kamu boleh mengatakan saksi tidak diminta?

Shirazi: Adalah pelik bahawa kamu tidak pernah melihatnya. Ini laporan dari Jabir Ibn Abdullah Ansari adalah satu-satunya hujah ulama di dalam menyokong pandangan mereka bahawa laporan dari satu orang penyampai yang adil dan benar dari kalangan sahabat adalah diterima.

Menurut, Sheikhu’l-Islam Hafiz Abdu’l-Fazl Ahmad Bin Ali Bin Hajar Asqalani berkata di dalam bukunya Fathu’l-Bari Fi Sharh-e-Sahihu’l-Bukhari: Laporan ini membuktikan bahawa sampaian dari seorang sahabat yang adil adalah diterima walaupun ianya memberikan manfaat kepada dirinya sendiri kerana Abu Bakr tidak meminta saksi dari Jabir di dalam menyokong tuntutannya.

Bukhari merekodkan laporang yang sama dengan lebih mendalam di dalam sahihnya. Di dalam Bab ‘Man Yakfal un mayyit dainan’ dan ‘Kitabu’l-Khuma fi Bab-e-ma Qata’an-nabi mina’l-Bahrain, dia menulis bahawa apabila harta rampasan Bahrain dibawa ke Madina, Abu Bakr mengistiharkan bahawa sesiapa yang telah dijanjikan harta oleh nabi Allah atau sesiapa yang mempunyai tuntutan yang tidak memuaskan hati mereka hendaklah datang menerima hak mereka. Jabir datang dan berkata: ‘Nabi menjanjikan kepada saya bahawa apabila Bahrain ditawan dan dibawah pemerintahan muslim; saya akan diberikan dengan hadiah dari harta itu.'’ Maka dengan itu Abu Bakr memberikan kepadanya 1 500 dinar tanpa meminta sebarang bukti, hanya sekadar diatas dasar tuntutannya sahaja.

Jalalu’d-din Suyuti juga merekodkan kejadian itu di dalam bukunya Ta’rikhu’l-Khulafa di dalam bahagian yang berkenaan dengan khalifa Abu Bakr.
Wahai manusia yang adil: Tolong katakan kepada kami dengan nama Allah adakah ini satu keadilan? Yang pastinya terdapat adanya tindakkan berpihak disini, bagaimana diperbolehkan Abu Bakr menentang ‘ayat pada pembuktian’ dan memberikan wang kepada Jabir diatas dasar tuntutannya seorang sahaja? Selain itu Bukhari di dalam sahihnya dan banyak yang lain lagi dari ulama dan kaum perundangan golongan kamu, menerima pembuktian seorang, dari sahabat yang adil walaupun jika ianya memberikan faedah kepada diri orang perseorangan? Tidakkah Ali seorang individu yang paling sempurna diantara semua para sahabat? Jika kamu mempertimbangkan perkara ini dengan jujur kamu akan mengakui bahawa ini bukan sahaja pada penolakkan keadilan, malah ianya semua adalah kuasa dan penipuan yang terangan-terangan.

Hafiz: Saya fikir Abu Bakr tidak meminta saksi dari Jabir kerana dia adalah seorang sahabat nabi yang rapat. Dia tentunya mendengar nabi berkata: ‘Jika sesiapa memberikan kenyataan yang palsu dari saya, tempat tinggalnya adalah neraka.’ Diberikan amaran yang keras ini, adalah satu bukti yang sahabat rapat yang di didik oleh nabi tidak akan membuat gerakkan yang salah dengan memberikan keterangan palsu dari nabi Allah.


Shirazi: Adakah Jabir lebih rapat kepada nabi dari Ali dan Fatima, siapakah yang telah di didik secara khusus oleh nabi?

No comments:

Post a Comment