Thursday, October 27, 2011

DIALOG MENGENAI DALIL AL QURAN DAN HADIS PART 1

SURAT 17


1] MENGHARGAI SENTIMEN PEMBINCANG
2] TERIMA, TIDAK ADA BANTAHAN JIKA AHLEL SUNNAH BERGANTUNG PADA PENYAMPAIAN SHI’A
3] KEPERCAYAANNYA KEPADA KEAJAIPAN AHL AL-BAYT
4] DILEMMA UNTUK BERTOLAK-ANSUR PERKARA YANG DIATAS DENGAN APA YANG DILAKUKAN OLEH AHL AL-QIBLA

Thul-Hijjah 3, 1329 H.

1] Saya bersumpah demi mata mu, bahawa saya belum pernah melihat sesiapa yang lebih berhati mulia, cepat di dalam menanggani sesuatu tajuk, tekun, berpandangan dalam, bernas dalam penghujahan, jelas dalam pembuktian, selain dari kamu. Surat kamu telah sampai seperti berarusnya air terjun, dan penjelasan kamu telah mengawal segala pancaindera dan sentimen saya. Surat kamu yang terakhir telah memulas leher manusia [untuk melihat kembali kearah yang betul], dan menghancurkan kepala kepalsuan.

2] Sunni tidak lagi punya sebarang alasan untuk tidak bergantung kepada saudaranya Shi’a, jika ianya jujur. Pandangan kamu dalam perkara ini amatlah jelas, dan bahawa penentang kamu tidak lebih dari fanatik yang tidak diterima. Hujah mereka bahawa adalah salah untuk bergantung kepada Shi’a bertentangan dengan apa yang dilakukan, dan apa yang mereka lakukan sebenarnya bertentangan dengan hujah-hujah mereka. Hujah dan amalan mereka tidak berlumba di dalam satu arena yang sama, tidak juga mereka menuju kematlamat yang satu, disebabkan oleh pergeseran diantara mereka yang menyebabkan mereka untuk terus bergeseran. Atas sebab ini, hujah mereka telah terbukti salah, sedangkan kamu kekal mantap. Dalam masa yang begitu singkat, kamu telah menghasilkan, apa yang saya anggap sebagai satu penulisan yang mana tajuknya adalah, ‘Perawi Shi’a Pada Menyokong Perawi Sunni,’ mungkin agak sesuai. Objektif sebenar kami bukanlah untuk mempertahankan golongan ini atau itu; atau menang berhujah, bahkan saya berharap ianya akan insya Allah, membawa pembaharuan yang cemerlang di dalam dunia Islam.

3] Kami percaya di dalam mukjizat Allah, yang terdapat pada ketua kami Amirul Mukminin, dan pada mereka Ahlul al-Bayt [as], lebih dari apa yang kamu katakan.

4] Persoalannya sekarang, mengapa manusia ahl al-qibla berpaling dari mengikuti laluan para Imam Ahl al-Bayt [as]? Mengapa manusia tidak menyembah Allah melalui konsep usul dan furu’ Ahl al-Bayt? Mengapa manusia tidak mengambil kata-kata Ahl al-Bayt sebagai muktamad di dalam perkara yang pertikaikan? Mengapa ulama ummah tidak menyelidik pandangan Ahl al-Bayt? Mengapa manusia sebaliknya menentang ideologi Ahl al-Bayt? Ulama ummah selalunya, dari anak kepada bapa, saya merujuk kepada manusia-manusia tertentu, selain dari Ahl al-Bayt, tidak dinafikan telah melakukan itu [menentang Ahl al-Bayt]. Jika ayat-ayat al-kitab dan juga teks sunnah adalah seperti apa yang kamu katakan, Ahl al-Qibla tentunya tidak berpaling dari Imam Ahl al-Bayt, tidak juga manusia akan menerima sebarang pilihan yang lain darinya. Tetapi manusia tidak faham pada ayat-ayat al-kitab dan teks sunnah, selain daripada sanjungan kepada Ahl al-Bayt [inilah yang difahami manusia dari isi kandongan teks]., dan pada perlunya mencintai dan menghormati mereka [itu sahaja]. Manusia yang terdahulu [ulama ummah] lebih dekat kepada kebenaran dan lebih memahami akan maksud sunnah dan ayat-ayat al-kitab [‘dan ikuti petunjuk mereka [6:90] Wassalam.

Yang ikhlas,
‘S’


SURAT 18


1] UCAPAN PENGHARGAAN KEMBALI
2] KESILAPAN PEMBINCANG DI DALAM MENILAI SECARA UMUM MENGENAI AHL AL-QIBLA
3] AHLI POLITIK UMMAHLAH YANG BERPALING DARI AHL AL-BAYT
4] PARA IMAM AHL AL-BAYT [TIDAK DIPERSOALKAN] TIDAKLAH LEBIH RENDAH DARI YANG LAINNYA
5] HAKIM YANG JUJUR DARI MAHKAMAH MANA YANG MENGATAKAN PENGIKUTNYA ‘SESAT’?

Thul-Hijjah 4, 1329 H.

1] Terima kasih kerana memandang tinggi kepada saya yang da’if ini, dan saya menghargai sanjumgan kamu terhadap kandungan isi surat saya; dari itu saya merasa rendah hati dengan sanjungan yang sedemikian dan saya tunduk diketulusan budi pada menghormati kebesaran dan martabatnya

2] Tetapi saya meminta kamu untuk memikirkan semula apa yang kamu telah katakan mengenai manusia yang berpaling dari Ahl al-Bayt, mengatakan manusia secara umum semuanya Ahl al-Qibla. Saya ingatkan kamu bahawa separuh dari Ahl al-Qibla adalah Shi’a Muhammad [sawas] yang belum lagi berpaling dan tidak akan berpaling dari para Imam Ahl al-Bayt dari segi keimanan pada asas dan juga cabangnya. Ini adalah pandangan mereka bahawa mengikuti golongan Ahl al-Bayt [as] adalah satu dari arahan yang wajib yang ditekankan di dalam al-Quran dan juga sunnah; maka mereka menyembah Allah awj pada setiap waktu dan dimana saja. Inilah petunjuk dari generasi mereka begitu juga dari keturunan baginda semenjak dari Rasul Allah [sawas] wafat.

3] Manusia yang telah berpaling dari kepercayaan Ahl al-Bayt, di dalam perkara yang berkaitan pada asas dan cabang agama adalah ahli politik ummah, manusia inilah yang mengawal arah haluannya agama, disebabkan berpalingnya manusia ini dari cara penggantian Rasul [sawas], menukarkan penggantian itu dengan cara pilihanraya; walaupun manusia ini telah tahu dengan pasti bahawa kedudukan itu telah diperuntukkan kepada Amirul Mukminin ‘Ali ibn Abu Talib [as]. Manusia ini telah melihat bahawa Arab tidak akan menerima penggantian yang sedemikian jika ianya terhad kepada satu dinasti; dari itu manusia ini telah mula mentafsirkan teks [ayat al-Quran], merampas kuasa melalui pilihanraya supaya setiap orang dari manusia-manusia boleh menikmati kedudukan tersebut sekarang ataupun kemudiannya. Maka ianya bermula dikala ini dan diketika itulah. Manusia ini telah mengorbankan segala kaedah dan kekuatannya untuk mengekalkan dan terus menyokong prinsip ini, serta menghapuskan segala aliran dan pandangan yang berbeza. Keazaman inilah yang telah memaksa manusia ini supaya berpaling dari kepercayaan Ahl al-Bayt. Manusia ini mula mentafsirkan ayat al-Quran atau sunnah untuk bermaksud perlunya pada mengikuti konsep tersebut. Jika manusia ini telah tunduk kepada bukti yang jelas, dan merujukkan orang-orang elit dan orang-orang awam kepada Ahl al-Bayt di dalam perkara yang berkaitan dengan asas dan cabang agama, maka manusia ini tidak punya pilihan selain dari mematuhi kepada prinsip Ahl al-Bayt. Maka akan jadilah manusia ini diantara penyeru kepada Ahl al-Bayt yang terkemuka. Tetapi ini tidak sealiran dengan kehendak, perancangan dan politik manusia ini. Sesiapa yang melihat dengan teliti dalam perkara ini akan mendapati bahawa berpaling dari Imam Ahl al-Bayt dan golongannya adalah seperti berpaling dari pemerintahan mereka [as], yang hanya setanding sahaja kepada Rasul Allah [sawas], dan bahawa terjemahan terhadap hujah mengenai kepimpinnan mereka yang khusus telah digunakan setelah terjemahan hujah mengenai kepimpinan mereka secara umum, jika tidak, tiada siapa yang akan berpaling dari mereka.

4] Tinggalkan teks dan hujah-hujah mereka ditepi, dan lihatlah kepada mereka [Ahl al-Bayt] sedang kita juga lihat pada yang terdahulu [para Imam sunni], adakah kamu dapati mereka [Ahl al-Bayt], di dalam pengetahuan, amalan, atau ibadah, kurang dari Imam al-Ash’ari, atau Imam yang empat, atau mana-mana yang lainnya? Dan jika jawapannya Tidak, jadi mengapa yang lain mesti diikuti? Kepimpinan hendaklah diberikan kepada mereka yang paling berkelayakan.

5] Hakim jujur yang mana telah menentukan bahawa manusia yang berpegang kepada tali mereka [as] dan mengikuti jejak langkah mereka [as] adalah sesat?

Sunni telah melampaui pada memberikan hukuman tersebut, dan keaman bersama kamu.

Yang ikhlas,
‘Sh’


SURAT 19


1] TIDAK ADA HAKIM YANG JUJUR MENGATAKAN PENGIKUT AHL AL-BAYT SESAT
2] MENGIKUTI GOLONGAN MEREKA ADALAH MENJALANKAN TANGGONG JAWAB
3] BOLEHLAH DIKATAKAN BAHAWA MEREKA MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MEMIMPIN
4] MEMINTA TEKS YANG BERKAITAN DENGAN KHALIFA

Thul-Hijjah 5, 1329 H.

1] Tidak; hakim yang jujur tidak akan melebelkan orang yang berpegang pada tali Ahl al-Bayt, yang mengikuti jejak langkah mereka, sebagai ‘sesat’, tidak juga Ahl al-Bayt, lebih rendah dari lain-lain Imam.

2] Taat kepada golongan mereka [Ahl al-Bayt] adalah wajib, dan meyakinkan pada diri, sama seperti taat kepada mana-mana empat golongan yang lain; tidak ada keraguan mengenainya.

3] Bolehlah dikatakan bahawa 12 Imam kamu adalah lebih utama untuk diikuti dari keempat-empat Imam atau yang lainnya, kerana kesemuanya [as] mengikuti satu golongan yang mereka telah teliti, bersetuju dan sepakat.

Sebaliknya, Imam yang empat perbezaan diantara mereka terdapat di dalam semua pekara perundangan, meninggalkan puncanya sebagai eksklusif, tidak diperiksa. Telah diketahui umum bahawa jika sesaorang meneliti sesuatu, usahanya tidak setaraf dengan Imam yang 12. Ini adalah jelas bagi setiap orang yang mempunyai minda yang sihat, dan ianya tidak meninggalkan sebarang hujah bagi orang yang zalim. Ya, Nasibis mungkin mempertikai rujukan golongan kamu kepada Imam Ahl al-Bayt, dan saya mungkin, dilain waktu, meminta kamu membuktikan kesalahan Nasibis.


4] Untuk kali ini, saya meminta kamu untuk meneruskan pada menunjukkan apa yang kamu kata sebagai kenyataan menamakan ‘Ali ibn Abu Talib [as] sebagai pengganti kepada Rasul [sawas]. Hasilkan hujah kamu dari rujukan sunni, dan keamanan bersama kamu.

Yang ikhlas,
‘S’


SURAT 20


1] RUJUKAN UMUM KEPADA TEKS [NAS]
2] RUJUKAN, MEMBERI PERINGATAN KEPADA AHLI TERDEKAT [KERABAT]
3] PERAWI SUNNI TERHADAP HADITH INI

Thul-Hijjah 9, 1329 H.

1] Sesiapa yang mengetahui biografi Rasul [sawas], terutama penyelidikkan terhadap keperibadian baginda ketika meletakkan asas kepada kerajaan Islam dan sistem perundangannya, mendirikan asas-asasnya, mengeluarkan perundangan dan menguruskan segala urusannya bagi pihak Allah awj….., akan mendapati ‘Ali [as] wazir bagi Rasul [sawas], penyokong yang menentang musuhnya, pemelihara pengetahuannya, pewaris bagi kerajaanya, penggantinya, dan yang berkuasa selepasnya. Sesiapa yang mempelajari kenyataan-kenyataan dan tindakkan Rasul [sawas], ketika ditempat kediaman atau diperjalanan, akan dapati kenyataan beginda [sawas] berturutan dalam keadaan sebegini dari mula baginda memulakan seruan sehinggalah baginda wafat.

2] Rujuklah kepada kenyataan pada permulaan dakwah, sebelum Islam disebarkan di Mekah secara terbuka, apabila Allah awj mewahyukan kepada baginda ayat: ‘Dan berilah peringatan keluarga terdekat [26:214] Baginda mempelawa mereka kerumah bapa saudaranya Abu Talib. Mereka semua lebih kurang 40 orang. Diantara mereka adalah bapa saudaranya Abu Talib, al-Hamzah, al-Abbas dan Abu Lahab. Hadith mengenai perkara ini telah disampaikan oleh sunni secara turutan. Pada penghujung kenyataan baginda kepada mereka, Rasul Allah [sawas] berkata: ‘Wahai ketrurunan Abdul-Muttlib! Saya bersumpah dengan Tuhan bahawa setahu saya tidak ada orang muda diantara kaum Arab yang telah membawa sesuatu kepada orangnya yang lebih baik dari apa yang saya bawakan kepada kamu. Saya bawakan untuk kamu yang terbaik dalam hidup ini, dan untuk kehidupan yang akan datang, dan Tuhan telah memerintahkan saya untuk mengajak kamu kepadaNya. Dari itu, siapakah diantara kamu yang akan menyokong saya dalam perkara ini dan menjadi saudara saya, pelaksana wasiat saya dan pengganti saya?’

Kesemua yang mendengar, dengan pengecualian ‘Ali, yang termuda diantara mereka, mendiamkan diri. “Ali bertindak dengan mengatakan: ‘Saya, Wahai Rasul Allah, bersedia menjadi wazir kamu dalam perkara ini.’ Rasul Allah [sawas] kemudian memegang ‘Ali pada lehernya dan berkata: ‘Ini adalah saudara saya, pelaksana wasiat dan wazir saya, dari itu dengarkanlah dia dan patuhlah kepadanya.’ Mereka yang hadir tertawa dan terus mengatakan kepada Abu Talib, ‘Allah telah memerintahkan kamu supaya dengar kepada anak kamu dan taat kepadanya!’

3] Kebanyakkan dari mereka yang telah mempelajari tradisi Rasul secara hafalan dan telah menyampaikan hadith dengan tepat seperti yang diatas. Diantara mereka adalah: Ibn Ishaq, Ibn Jarir, Ibn Abu Hatim, Ibn Mardawayh, Abu Na`im, al-Bayhaqi di dalam bukunya Al-Dala'il, keduanya al-Tha`labi dan al-Tabari di dalam tafsiran pada Surat al Shu`ara' di dalam buku mereka Al-Tafsir al-Kabir, di Vol. 2 dari buku al-Tabari Tarikh al-Umam wal Muluk. Ibn al-Athir telah menyampaikannya sebagai fakta yang tidak boleh dipertikaikan di dalam Vol. 2 dari bukunya Al-Kamil apabila dia menyebutkan bagaimana Allah awj mengarahkan RasulNya untuk menyampaikan dakwahnya secara umum [terbuka], Abul-Fida dalam Vol. 1 dari buku Tarikh ketika membincangkan siapakah yang pertama pada memeluk Islam, Imam Abu Ja`fer al-Iskafi al-Mu`tazili di dalam bukunya Naqd al-Uthmaniyyah menyatakan ketepatannya,[1] al-Halabi di dalam bab pada tempat persembunyian Rasul di rumah Arqam di dalam bukunya yang terkenal Sirah.[2]
Di dalam kontek yang sama, dengan perkataannya yang seakan serupa, hadith ini telah disampaikan oleh ramai ahli-ahli hadith dan kebanyakkan dari penyampai hadith sunni yang dipercayai seperti al-Tahawi, Diya' al-Maqdisi di dalam bukunya Mukhtara, dan Sa`id ibn Mansur di dalam Sunan. Rujuklah kepada apa yang Ibn Hanbal telah rakamkan dari hadith `Ali's pada muka surat 111 dan 159 dari Vol. 1 buku Musnad. Dia juga menunjukkan pada permulaan muka surat 331 dari Vol. 1 pada Musnad, kepada hadith yang sangat penting [bererti] dari Ibn `Abbas menggandongi 10 kerekteristik [sifat keutamaan] yang mana ‘Ali membezakan dirinya dari manusia lainnya. Hadith ini juga telah diterbitkan di dalam Nisa'i,dari Ibn `Abbas, pada muka surat 6 dari bukunya Khasa'is al `Alawiyyah, dan pada muka surat 132, Vol. 3, dari buku Hakim, Mustadrak. Al-Thahbi telah menyebutkan di dalam bukunya Talkhis, bersumpah tentang sahihnya. Rujuk kepada Vol. 6 dari Kanz al-`Ummal yang mengandongi semuanya secara khusus [mendalam][3] Rujuk juga kepada Muntakhabul Kanz yang disebutkan di nota kaki oleh Musnad Imam Ahmed; rujuk kepada notakaki pada muka surat 41 dan 43 pada Vol. 5 dari buku tersebut untuk semuanya secara khusus. Ini, kami percaya mencukupi untuk memberikan bukti yang nyata, dan keamanan dengan kamu.

Yang ikhlas,
Sh

[1] Seperti pada muka surat 263, Vol. 3, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh Ibn Abul Hadid, edisi Egyptian. Seperti juga bukunya Naqd al-`Uthmaniyya, adalah sebuah buku yang unik, perlu diberikan perhatian bagi mereka yang mencari kebenaran. Pada muka surat 257 dan muka surat seterusnya sehingga muka surat 281, Vol. 3, dari Sharh, pada penghujung komen di dalam rumusan syarahan "qasi`a" .
[2] Rujuk pada muka surat 4 dari bab tersebut, atau kepada muka surat 381 dari jilid pertama pada Al-Sira al-Halabiyya. Ibn Taymiyyah amat tidak adil sekali, dan penilaiannya adalah disebabkan oleh kefanatikan yang telah diketahui umum. Hadith ini telah disebutkan oleh seorang sosiologis Mesir Muhammad Hasanayn Haykal; rujuk kepada ruangan kedua muka surat 5 dari penambahan pada isu 2751 di dalam surat khabar Al-Siyasa bertarikh Thul-Qi`da 12, 1350, dan kamu akan menjumpainya disana, diterangkan secara mendalam. Jika kamu rujuk kepada ruangan 4 pada muka surat 6 dari penambahan kepada isu 2785 di dalam suratkhabar yang sama, kamu akan dapati pengarangnya menyebutkan hadith ini dari Muslim's: sahih, Ahmed's: musnad, `Abdullah ibn Ahmed's: Ziyadat al-Musnad, Ibn Hajar al-Haithami's: Jami`ul Fara'id, Ibn Qutaybah's: `Uyun al-Akhbar, Ahmed ibn `Abd Rabbih's: Al-`Iqd al-Farid, `Amr ibn Bahr al-Jahiz di dalam penulisannya mengenai keturunan Hashim, dan Imam Abu Ishaq al-Tha`labi's: Tafsir. Hadith ini juga disebutkan oleh pengarang British  Georges di dalam bukunya yang terkenal A Treatise on Islam, diterjemahkan kedalam bahasa Arab oleh seorang atheis dari keturunan Protestant yang mengelar dirinya sebagai Hashim al-`Arabi. Kamu boleh juga menjumpai hadith ini pada muka surat 79 pada buku treatise versi Arabic, edisi ke 6. Disebabkan oleh terlalu terkenal hadith ini dapat menikmati, dari beberapa penulis yang bukan Arab telah memuatkannya kedalam buku-buku mereka, terutama dalam bahasa Peranchis, Inggeris dan Jerman. Di dalam bukunya Heroes and Hero Worship, Thomas Carlyle menyebutnya secara ringkas. 

[3] Rujuk kepada hadith 6008 pada muka surat 392, dan kamu akan menjumpai ianya disebutkan dari Ibn Jarir, sedangkan hadith 1045 pada muka surat 396 telah disebutkan dari Ahmed's: Musnad dan dari al-Dia al-Maqdisi's: Al-Mukhtara, dan dari al-Tahawi. Ibn Jarir telah mengesahkannya. Juga rujuk kepada hadith 6056 pada muka 397 dan kamu akan dapati ianya disebutkan dari Ibn Ishaq, Ibn Jarir, Ibn Abu Hatim, Ibn Mardawayh, Abu Na`im, al-Bayhaqi pada bahagian cabang agama, dan di dalam Dala'il, dan hadith 6102 pada muka surat 401 dan kamu akan menjumpainya disebut dari Ibn Mardawayh, dan hadith 6155 pada muka surat 408, kamu akan dapatinya disebut dari Ahmed's: Musnad dan dari Ibn Jarir dari Al-Diya fil Mukhtara. Sesiapa yang menyelidikki Kanz al-`Ummal akan dapati hadith ini di dalam beberapa tempat dikeseluruhan buku tersebut. Jika kamu melihat pada muka surat 255, Vol. 3, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh seorang Mu`tazilite Imam Ibn Abul-Hadid, atau pada penghujung penerangan dari syarahan "qasi`a" di dalamnya kamu akan menjumpai hadith ini dengan lengkap.

No comments:

Post a Comment