Tuesday, October 25, 2011

DIALOG MENGENAI SIAPA 12 KHALIFAH DALAM MUKTAMAR BAGHDAD


 (dikutip dari Kitab Muktamar Baghdad)

Rasul Melantik Khalifah-Khalifah Selepasnya

       Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Rasul sendiri telah melantik- dengan perintah daripada Allah- khalifah-khalifahnya selepasnya. Di dalam satu hadis Rasul bersabda: Khalifah-khalifah selepasku adalah dua belas orang seramai bilangan Nuqabaa’ Bani Israel dan semuanya daripada Quraisy[1]

Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata kepada wazir: Adakah benar bahawa Rasul telah bersabda sedemikian?

       Wazir berkata: Ya.

       Raja berkata: Siapakah mereka yang dua belas itu?

       Al-‘Abbasi berkata: Empat daripada mereka adalah terkenal,      mereka: Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali.

       Raja berkata: Siapa lagi?

       Al-‘Abbasi berkata: Khilaf di kalangan para ulama. 
   
       Raja berkata: Namakan mereka.

       Al-‘Abbasi diam.

Nama-Nama  Imam Dua Belas
      
       Al-‘Alawi berkata: Wahai raja, sekarang aku akan menyebut kepada anda nama-nama mereka menurut kitab-kitab ulama Ahl al-Sunnah, mereka adalah: Ali, al-Hasan, al-Husain, Ali, Muhammad, Ja‘far, Musa, Ali, Muhammad, Ali, al-Hasan dan al-Mahdi a.s.

       Al-‘Abbasi berkata: Dengarlah, wahai raja,: Sesungguhnya Syi‘ah berkata: Bahawa al-Mahdi masih hidup di dunia semenjak tahun 255 hijrah dan adakah ini masuk akal? Dan mereka juga berkata: Dia akan zahir pada akhir zaman untuk memenuhi bumi dengan keadilan selepas ia dipenuhi dengan kezalaiman.

Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata kepada al-‘Alawi: Adakah benar kamu percaya sedemikian?

       Al-‘Alawi berkata: Ya, benar, kerana Rasul telah bersabda sedemikian. Ia telah diriwayatkan oleh Syi‘ah dan Ahl al-Sunnah.

Bagaimana Manusia Boleh Kekal Dalam Masa Yang Panjang?
      
       Raja berkata: Bagaimana mungkin manusia boleh kekal di dalam masa yang begini panjang?

       Al-‘Alawi berkata: Sekarang umur Imam al-Mahdi belum sampai seribu tahun[2]. Allah berfirman tentang Nuh a.s di dalam Surah al- ‘Ankabut (29): 14 “Maka dia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun” Adakah Allah lemah mengekalkan manusia sepanjang masa ini?

       Tidakkah Allah di tangan-Nya kematian dan kehidupan Dia berkuasa di atas segala sesuatu? Kemudian Rasul telah bersabda sedemikian, maka ia adalah benar dan dipercayai.
    
Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata kepada Wazir: Adakah benar bahawa Rasul telah memberitahu tentang al-Mahdi sebagaimana dikatakan oleh al-‘Alawi?

       Wazir berkata: Ya[3].

       Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Kenapa anda mengingkari hakikat-hakikat yang terdapat di sisi kita Ahl al-Sunnah?
    
Al-‘Abbasi Khuatir Orang Awam Cenderung Kepada Syi‘ah!
      
       Al-‘Abbasi berkata: Kerana khuatir tentang akidah orang awam akan bergoncang dan cenderung hati mereka kepada Syi‘ah!

       Al-‘Alawi berkata: Jikalau begitu, anda wahai al-‘Abbasi, termasuk di dalam firman Allah Surah al-Baqarah (2): 159 “Sesungguhnya golongan yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan pula oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati” Maka laknat daripada Allah meliputi anda…

       Kemudian al-‘Alawi berkata: Wahai raja, tanyalah al-‘Abbasi ini: Adakah wajib di atas orang yang alim menjaga Kitab Allah dan sabda-sabda Rasul-Nya atau wajib di atasnya menjaga akidah golongan awam  yang terpesong daripada Kitab dan Sunnah?

       Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku menjaga akidah orang awam sehingga hati mereka tidak cenderung kepada Syi‘ah, kerana Syi‘ah adalah Ahli Bid‘ah!

       Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya kitab-kitab muktabar memberitahu kami bahawa imam kamu; Umar adalah orang pertama yang memasukkan bid‘ah di dalam Islam. Dia sendiri dengan jelas berkata: Sebaik-baik bid‘ah adalah ini. Ini dirujukkan kepada kisah sembahyang Taraawih manakala dia memerintahkan orang ramai supaya melakukan sembahyang sunat secara berjemaah. Dia mengetahui bahawa Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan sembahyang sunat dilakukan secara berjemaah. Justeru itu, bid‘ah Umar adalah menyalahi Allah dan Rasul-Nya secara terang-terangan.

       Kemudian: Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah pada azan dengan membuang perkataan “Hayya ‘alaa khairi al-‘Amal” dan menambah perkataan “Al Salaat khairun mina al-Naum”?[4]

       Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah dengan memansuhkan saham golongan muallaf menyalahi Allah dan Rasul-Nya?[5]

       Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah dengan memansuhkan mut‘ah haji menyalahi Allah dan Rasul?[6]

       Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah dengan memansuhkan mut‘ah perempuan menyalahi Allah dan Rasul-Nya?[7]

       Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah dengan memansuhkan had zina ke atas penjenayah zina: Khalid bin al-Walid menyalahi Allah dan Rasul-Nya yang mewajibkan supaya dijalankan hukum had ke atas penzina dan pembunuh?

       Dan lain-lain bid‘ah kamu yang mengikut Umar.
       Oleh itu, adakah kamu ahli bid‘ah atau kami Syi‘ah?[8]

Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi tentang bid‘ah-bid‘ah Umar?

       Wazir berkata: Ya, sekumpulan ulama telah menyebutnya di dalam kitab-kitab mereka!

       Raja berkata: Bagaimana kita mengikut orang yang telah melakukan bid‘ah pada agama?

       Al-‘Alawi berkata: Justeru itu, diharamkan mengikuti manusia seperti ini, kerana Rasul (s.a.w) bersabda: Setiap bid‘ah adalah sesat dan setiap kesesatan ke neraka” Maka mereka yang mengikuti Umar di dalam bid‘ahnya- mereka mengetahuinya- maka mereka adalah daripada ahli neraka- secara putus-!

Para Imam Mazhab Empat  
      
       Al-‘Abbasi berkata: Tetapi para Imam Ahl al-Sunnah telah mengakui perbuatan Umar.

       Al-‘Alawi berkata: Ini adalah bid‘ah yang lain pula, wahai raja!
       Raja berkata” Bagaimana begitu? 

       Al-‘Alawi berkata: Kerana para imam mazhab: Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi‘I dan Ahmad bin Hanbal, bukan hidup semasa Rasulullah (s.a.w), malah mereka datang dua ratus tahun –lebih kurang- selepasnya. Adakah kaum muslimin di antara masa Rasul dan masa mereka berempat berada di atas kebatilan dan kesesatan? Apakah pengukur bagi menghadkan mazhab-mazhab kepada mereka berempat dan tidak mengikut semua fakih? Adakah Rasul telah berwasiat mengenainya?

       Raja berkata: Apakah pendapat anda, wahai  ‘Abbasi?

       Al-‘Abbasi berkata:  Mereka itu lebih alim daripada selain daripada mereka!

       Raja berkata: Adakah ilmu telah kering tanpa mereka?

Mazhab Ja‘fari
      
       Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Syi‘ah juga mengikut mazhab (Ja‘far al-Sadiq)?

       Al-‘Alawi berkata: Kami mengikut mazhab Ja‘far, kerana mazhabnya adalah mazhab Rasulullah, kerana beliau adalah daripada Ahl al-Bait yang difirmankan Allah di dalam Surah al-Ahzab (33): 33 “Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan dosa daripada kamu Ahl al-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya” Jika tidak, kami mengikut setiap imam dua belas, tetapi disebabkan Imam al-Sadiq (a.s) dapat menyebarkan ilmu, tafsr, hadis yang mulia lebih banyak daripada para Imam yang lain (disebabkan wujud kebebasan pada masanya) sehingga majlis ilmunya dihadiri oleh lebih empat ribu pelajar sehingga Imam al-Sadiq a.s mampu memperbaharui lambang Islam selepas Bani Umayyah dan Bani ‘Abbas menghapuskannya. Justeru itu, Syi‘ah dinamakan dengan al-Ja‘fariyyah dinisbahkan kepada Ja‘far al-Sadiq a.s.

       Raja berkata: Apakah jawapan anda, wahai ‘Abbasi?

       Al-‘Abbasi berkata: Kami Ahl al-Sunnah biasanya mengikut para imam empat mazhab.!

       Al-‘Alawi berkata: Malah, sebahagian penguasa memaksa kamu supaya berpegang kepada mazhab empat[9]. Kamu telah mengikut mereka secara membabi buta, tanpa hujah dan dalil!

       Al-‘Abbasi diam.


Mati Sebagai Seorang Jahiliyah
      
       Al-‘Alawi berkata: Wahai raja, sesungguhnya aku naik saksi bahwa sesungguhnya al-‘Abbasi daripada ahli neraka, jika dia mati di dalam keadaan ini.

       Raja berkata: Dari manakah anda mengetahui bahawa dia daripada ahli neraka? 

       Al-‘Alawi berkata: Kerana Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa mati dan dia tidak mengetahui imam pada zamannya, dia mati sebagai seorang Jahiliyah” (Man maata wa lam ya‘raf imaama zamaani-hi maata maitatan jaahiliyyatan). Lantaran itu, bertanyalah kepada al-‘Abbasi, wahai raja, Siapakah imam zaman al-‘Abbasi?

       Al-‘Abbasi berkata: Tidak ada hadis Rasulullah mengenainya.

Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata kepada wazir: Adakah terdapat hadis daripada Rasulullah tentang perkara ini?

       Wazir berkata: Ya, terdapat hadis Rasulullah tentangnya.
       Raja berkata di dalam keadaan marah: Aku menyangka bahawa anda, wahai al-‘Abbasi, seorang yang boleh dipercayai (thiqah), sekarang terserlah pembohongan anda!

       Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku mengetahui imam zamanku!

       Al-‘Alawi berkata: Siapakah dia?

       Al- ‘Abbasi berkata: Raja!

       Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, bahawa dia berbohong, dia hanya berkata sedemikian kerana mengambil hati anda!

       Raja berkata: Ya, aku mengetahui bahawa dia berbohong, aku mengetahui diriku bahawa aku tidak layak menjadi imam zaman orang ramai, kerana aku tidak mengetahui apa-apapun. Aku hanya menghabiskan waktu-waktuku dengan memburu dan mengurus pejabat!

       Kemudian raja berkata: Wahai al-‘Alawi, siapakah imam zaman pada pendapat anda?

       Al-‘Alawi berkata: Imam zaman pada pendapatku dan akidahku adalah Imam al-Mahdi a.s sebagaimana di dalam hadis terdahulu daripada Rasulullah s.a.w. Justeru itu, barangsiapa mengetahuinya, dia akan mati sebagai seorang muslim dan dia adalah daripada ahli syurga. Dan barangsiapa yang tidak mengetahuinya, maka dia mati sebagai seorang jahiliyah, dia di neraka bersama ahli jahiliyah.

Kebenaran Bersama Syi‘ah
      
       Di sini muka raja berseri dan terserlah kesan-kesan kegembiraannya pada mukanya dan berpaling kepada hadirin seraya berkata:

       Ketahuilah, wahai jemaah, sesungguhnya aku terasa senang dan yakin daripada dialog ini (Selama tiga hari). Aku telah mengetahui dan aku telah yakin bahawa kebenaran adalah bersama Syi‘ah pada setiap apa yang mereka katakan dan pada setiap apa yang mereka percayai. Sesungguhnya Ahl al-Sunnah adalah batil mazhab mereka, dan akidah mereka adalah menyeleweng.

Raja Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syi‘ah
      
       Sesungguhnya aku adalah di kalangan mereka apabila kebenaran terserlah, tunduk kepadanya dan mengakuinya. Aku bukanlah daripada ahli kebatilan di dunia dan ahli neraka di akhirat. Justeru itu, sesungguhnya aku mengisytiharkan kepada kamu bahawa aku menjadi seorang Syi‘ah (tasyayyu‘). Oleh itu, barangsiapa yang suka bersamaku, maka hendaklah dia menjadi Syi‘ah di atas keberkatan Allah dan keredaan-Nya, dia mengeluarkan dirinya daripada kegelapan kebatilan kepada cahaya kebenaran!
     
Wazir Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syi‘ah
      
       Wazir Nizam al-Mulk berkata: Aku telah mengetahui bahawa Syi‘ah adalah benar. Sesungguhnya mazhab yang benar adalah mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas sahaja semenjak hari-hari persekolahanku. Justeru itu, aku mengisytiharkan bahawa aku juga menjadi seorang Syi‘ah.

       Demikianlah kebanyakan para ulama, menteri-menteri dan ketua-ketua tentera yang hadir pada muktamar itu (bilangan mereka hampir tujuh puluh orang) telah memasuki mazhab Syi‘ah.

       Berita tentang raja Malik Syah, wazir Nizam al-Mulk, menteri-menteri, ketua-ketua tentera dan penulis-penulis telah memasuki mazhab Syi‘ah telah tersebar di seluruh negara, lalu sebilangan besar daripada orang ramai telah berpegang kepada mazhab Syi‘ah dan Nizam al-Mulk- bapa kepada isteriku- telah memerintahkan supaya guru-guru mengajar mazhab Syi‘ah di sekolah-sekolah Nizamiyyah di Baghdad![10]

Sebahagian Mereka Kekal Di Atas Mazhab Mereka
     
       Tetapi sebahagian ulama yang berkeras di atas kebatilan, kekal di atas mazhab mereka yang terdahulu sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 74 “Seperti batu, bahkan lebih keras lagi
                                          
Rancangan Jahat
      
       Mereka mulai membuat rancangan-rancangan jahat[11] bagi menentang Malik Syah dan Nizam al-Mulk. Mereka menjadikan Nizam al-Mulk bertanggung jawab di atas perkara yang berlaku, kerana dia adalah akal yang mentadbir negara sehingga tangan yang berdosa dihulurkan kepadanya- daripada penentang-penentang Ahl al-Sunnah.

Kematian Nizam Al-Mulk Dan Malik Syah

       Kemudian mereka membunuh Nizam al-Mulk pada 12 Ramadan tahun 485 hijrah. Dan selepas itu pula mereka membunuh Malik Syah Saljuqi[12].

       Fa-innaa li-llah wa innaa ilai-hi raaji‘uun. Sesungguhnya kedua-duanya telah dibunuh pada jalan Allah, kerana kebenaran dan keimanan, maka ucapan tahniah kepada mereka berdua dan kepada setiap mereka yang dibunuh pada jalan Allah, kerana kebenaran dan keimanan.



Sebuah Qasidah
              
       Sesungguhnya aku telah menulis sebuah qasidah meratapi  Nizam al-Mulk (bapa mentuaku) di antaranya:

                  Wazir Nizam al-Mulk adalah mutiara yang berharga
                    Diukir oleh Yang Maha Pemurah daripada kemuliaan
                    Hari-hari tidak mengetahui kemulian nilainya
                    Dikembalikannya kerana cemburu kepada kulitnya
                    Dia memilih mazhab kebenaran di dalam dialog
                    Melahirkan hakikat pada bukti yang terbuka
                    Agama tasyayyu‘ suatu kebenaran tanpa
                    kemegahan untuknya
                    Selain daripadanya adalah fata morgana penipu licik
                    Tetapi dengki terpendam mereka lakukan untuknya
                    Dia bermalam di bulan terang di bayangan yang redup
                    Ke atasnya seribu salam Allah yang mengikutinya
                    Mencucuri rohnya yang abadi
                   
Aku Menghadiri Muktamar Dan Aku Menulis Buku Ini
      
       Sesungguhnya aku telah menghadiri muktamar dan dialog. Sesungguhnya aku telah menulis setiap apa yang berlaku di muktamar itu, tetapi aku membuang apa yang tidak perlu dan sekarang aku mengemukakan [kepada anda] apa yang telah berlaku di muktamar itu di dalam buku ini.
       Segala pujian kepada Allah sahaja, selawat dan salam kepada Muhammad, keluarganya yang baik dan para sahabatnya yang cerdik.
       Aku telah menulis buku ini di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad.

      

Penulis:
Muqaatil bin ‘Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri

No comments:

Post a Comment